Wednesday, August 5, 2009

alfu mabruk buat Abu Huzaif

Inilah gambar beliau semasa pergi mencari bahan untuk tesis MA nya di Mesir. blog beliau yg terkini http://bicara-hamba.blogspot.com/

Alfu Mabruk buat Abu Huzaif yang baru sahaja mendapat cahaya mata pagi tadi (khamis). Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini akan menambahkan lagi seri dalam keluarga beliau.

Sekilas pandang tentang Abu Huzaif (Mohd Kamil) yang mana suatu tika dulu adalah merupakan teman abi yang boleh dikatakan rapat juga di bumi Urdun (Jordan). Pernah kami tidur serumah, makan setalam, belajar bersama, buat bahas (tesis) bersama, usrah bersama dan lain-lain lagi. Pernah juga beliau menyatakan hasratnya untuk mendirikan masjid di Jordan kepada abi dan abi merupakan orang-orang terawal yang tahu tentang itu. Banyak kenangan manis bersama beliau.

Kami dipertemukan semula di buni Miri ini setelah berpisah di bumi Jordan pada tahun 2000. Selama hampir 5 tahun kami di sini maka kami berpisah semula kerana beliau manyambung pelajarannya di peringkat Sarjana di UKM 2 tahun lepas. Abi bila lagi ???Emmmm! pernah diajak beberapa kali oleh kawan tapi ......tunggulah saatnya nanti....
Dan mungkinkah ukhuwwah kami akan bertaut kembali di satu tempat lagi ???

Doa apabila wabak menular

Tuesday, August 4, 2009

Antara angkara manusia dan bala' Allah

hari pertama persekolahan.Jerebu jelas kelihatan pada jam 8 pagi.

keadaan jerebu pada hari kedua persekolahan. Kelihatan pemandangan hanya dapat dilihat dalam jarak 200 meter sahaja. Gambar diambil jam 7.05 pagi. Inilah angkara manusia yang tidak berperikemanusiaan. Membakar sesuka hati tanpa mengambil kira kepentingan orang ramai.
Disebabkan menularnya H1N1 ini maka abi dan guru-guru yang lain dinasihati supaya memakai mask ni. Nak keluar ke kelas terpaksa pakai benda ni. Inilah bala namanya yang datangnya daripada Allah yang mana manusia harus sedar tentang keagungan dan kebesaran Allah. Tidak ada siapa yang mampu menentangnya.

Berita mutakhir daripada sekolah apa yang abi dengar jam 1.00 tengahari tadi ....sekolah ini akan ditutup / dikuarantin selama seminggu bermula hari ini sehingga 12 Ogos ini. Maksudnya mana-mana kakitangan dan pelajar yang berada dalam kawasan sekolah tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah dan orang luar tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Itu adalah arahan daripada pihak kementerian kesihatan.

Walaubagaimana pun perkara sebegini harus dijadikan iktibar buat kita semua supaya menitikberatkan kesihatan dan kebersihan.

Monday, August 3, 2009

Selamat Hari Lahir

Acara memotong kek bersama gurunya. Kali ni Jazlan sambut besdaynya di sekolahnya

disuap oleh salah seorang gurunya

JAZLAN makan kek dengan kengkawannya di PASTI

Selamat Hari Lahir buat puteraku "Ahmad Jazlan". Dikau dah masuk umur 4 tahun sekarang pada 2 Ogos yang lepas.

Dikau agak berbeza dengan abangmu "Ahmad Wildan" terutamanya dari segi perangai. Dikau kuat merajuk....kuat menangis...kuat mengamuk....kuat memecah/merosak barang....kuat makan....cerewet dan ......banyak lagi .....tapi.....

Apabila abi menyuruhmu membuat sesuatu....jika moodmu okey, dikau buat....itu yang abi suka. Walaubagaimana sekalipun perangaimu abi tetap menyayangimu seperti anak-anak abi yang lain. Tak pernah abi kurangkan kasih sayang dan mahabbah. Tak pernah abi ketepikan dan sisihkanmu daripada yang lain. Bagi abi dikau adalah insan yang istimewa dalam mengajar abi erti kesabaran dan seorang bapa.
SELAMAT HARI LAHIR JAZ !

Sunday, August 2, 2009

Ummu Mihjan

Masjid perlu dijaga dengan sebaiknya dari segi fizikal dan rohani

Kenal tak dengan nama Ummu Mihjan ? Beliau adalah sahabiah nabi Muhammad Saw. Umurnya dah lanjut usia. Kerja sehariannya adalah dengan membersihkan masjid nabi. Ditakdirkan Allah beliau meninggal dunia. Para sahabat nabi tidak memberitahu tentang kematiannya.

Pada suatu hari baginda Rasulullah saw perasan yang mana Ummu Mihjan tiada dan tidak membersihkan masjid.Lalu nabi bertanyakan para sahabatnya tentang beliau. Para sahabat memberitahu bahawa Ummu Mihjan telah meninggal dunia.

Lantas Rasulullah bersegera pergi ke kubur Ummu Mihjan dan bersolat serta berdoa untuknya.

Moral of the story:
1) Pada pandangan para sahabat Ummu Mihjan adalah seorang yang biasa dan tiada apa-apa kepentingan untuk Islam tapi bagi baginda Ummu Mihjan adalah seorang yang istimewa di sisinya sehingga baginda pergi untuk bersolat dan berdoa kepada Allah.

2) Berilah masa dan infaklah tenaga untuk menyampaikan dan membantu agama Allah walaupun dengan keupayaan yang sedikit ( seperti Ummu Mihjan yang sudah tua, hanya mampu untuk menyapu dan membersihkan masjid nabi ).

3) Jangan dikira dan berkira apa orang kata dengan usaha yang kita lakukan untuk Islam. Tapi yakinlah dengan apa yang Allah akan anugerahkan kepada mereka yang infak diri dan harta di jalan Allah.

Histeria


Minggu lepas kejadian seorang pelajar perempuan di sekolah abi telah histeria. Dia meraung dan menangis dalam kelas kononnya ternampak sesuatu yang aneh dan hodoh.

Mengapa histeria ?

Ada beberapa sebab mengapa histeria berlaku di kalangan pelajar:

1) perasaan yang teramat takut melebihi segala-galanya. Menyebabkan fikirannya terganggu dan mudah diganggu oleh makhluk halus.

2)Marah yang teramat sangat pun boleh menyebabkan histeria juga. Ni dah dikira tahap tension giler! Mengamuk tak tentu pasal. semua orang dimarahinya. Yang macam ni pun Syaitan dan iblis boleh masuk dalam diri juga. Kan syaitan tu dicipta daripada api. Dan marah itu pun ada kaitannya dengan api. Dan perlu disirami dengan air wudu'.

3) Kurang iman dalam diri menyebabkan makhluk halus senang menerobos masuk dalam diri manusia.

Buat para pelajar semua...jagalah solat anda dan yakinlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita. Kenapa kita perlu takut kepada syaitan / iblis sedangkan ada perkara lain lagi yang perlu kita fikirkan dan jauhi...nak tau apa dia ???H1 N1 lah!

Saturday, August 1, 2009

Tak sedar diri

Bermula semalam kepala abi terasa sakit dan berdenyut-denyut. Ya Allah ni mesti penyakit abi datang semula. Fokus tak dapat diberikan semasa taklimat system pengurusan sekolah (SPS). Habis taklimat tu , terus pecut motor dan balik ke rumah. Lalu badan direbahkan untuk memberi sedikit kerehatan pada badan. Dunia pada masa tu sekejap berpusing atas bawah kiri dan kanan. Selesai solat asar abi merebahkan tubuh lagi. Kali ni mata tak dapat dibuka…..bismillah ….tawakkal ‘alallah….lepas tu terus tak sedarkan diri sehingga ………

Jarum jam dinding menunjukkan pukul 435 pagi. Alhamdulillah setelah 10 jam tak sedarkan diri abi dapat membuka semula mata. Bangun untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah. Allahu akbar….



Syukur Allah sayangkan abi lagi untuk meneruskan sisa hidup di muka bumi Allah ini.kalaulah abi ditakdirkan mati entah amalan apa yang perlu dibawa berjumpa denganNya.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.