Inilah kolam pengerat silaturrahim mereka berdua adik beradik. Kolam besar yang dibeli dengan harga RM70 dah rosak. Kini besen baju ummi jadi sasaran mereka.
1 week ago
Alhamdulillah. Rezeki kami murah di bulan Ramadhan dan Syawal. Di samping menerima hidangan juadah berbuka daripada jiran (seminggu 3 - 4 kali) kami juga menerima rezeki daripada Allah SWT berbentuk sayur-sayuran.
Pokok tomato yang ditanam di bulan Rejab dah mula berbuah di bulan Ramadhan dan Syawal dan sudah dapat dipetik.
Begitu juga dengan pokok lada/cili dah mula menampakkan hasil...alhamdulillah
Ini adalah gambar kenangan semasa abi menuntut di Jordan tika dahulu. Gambar ini diambil semasa masih menuntut di tahun satu di Univ. Al Al Bayt, Jordan. Hari raya pertama di perantauan. Baju hijau tu adalah hasil reka cipta pak arab.
Bersama kawan-kawan selepas menunaikan solat hari raya. Jumlah pelajar M'sia pada masa tu hampir 100 orang lebih. Kiranya tak sunyilah...
Tahun ni kami sepakat anak beranak pilih warna merah jambu. Tahun lepas warna hijau. Tahun lepas sebelum tu warna "peper". Tahun depan tak tau lagi...