Sunday, November 8, 2009

Taklimat kemasukan tahun 1 di SKA

Sabtu ( 7 November ) - Abi dan ummi serta Wildan menghadiri taklimat kemasukan pelajar ke sekolah agama. Wildan ditempatkan di kelas 1 Bestari. Harap-harap jadi pelajar bestari kelak. Banyak pesanan daripada pentadbir kepada para ibubapa, antaranya:

* tolong selalu semak beg anak.Kot-kot ada terambil barang orang lain punya. Ataupun barang anak sendiri telah hilang.

* bagitau guru kelas jika tak dapat hadir ke sekolah.

* perangai anak kita di rumah tak sama dengan perangainya di sekolah.

* Jangan beri anak HANDPHONE. Pernah berlaku bila bapa beri anaknya hp, lalu hpnya hilang guru dimarahnya dan disaman.Alasannya tak pandai jaga harta anaknya. Memang dah ada dalam pekeliling i/bapa tak boleh beri anak hp. Bahlul betoi bapa tu!

* Letakkan no hp bapa / penjaga pada beg murid. In case berlaku apa-apa senang utk dihubungi spontan.

merentas desa peringkat negeri Sarawak





Jumaat 6 November - SM Sains Miri ditugaskan untuk menguruskan acara merentas desa peringkat negeri Sarawak. Sebanyak 11 kontingen dari seluruh pelusuk Sarawak mengambil bahagian.

Wednesday, November 4, 2009

file download

Ramai di antara kita tak tahu kat mana nak download file menggunakan capaian internet seperti antivirus percuma, winamp, cc cleaner dan sebagainya. Anda boleh menziarahi banyak web untuk mendownload perisian secara percuma. Di sini dinyatakan web yang memberikan khidmat download percuma:

http://www.filehippo.com/

http://download.cnet.com/windows/

http://www.4shared.com/network/search.jsp (nak download lagu pun boleh)

kredit to : sifu-sifu komputer ( Fauzan, Ust Azhar, Hisham )tq kepada mereka semua kerana mengajarkan abi apa itu komputer & IT....

Tuesday, November 3, 2009

Barakah Al quran

Minggu lepas, ummi mengadu sakit-sakit di bahagian belakang. Senak dan mencucuk-cucuk. Nak bernafas pun rasa tersekat-sekat dan susah. Dengan sedikit ilmu yang ada abi memulakan bacaan al fatihah,ayat kursi,surah al insyirah dan solawat syifa' sambil tangan mengurut bahagian belakang dan tempat yang sakit.

Alhamdulillah dengan barakah ayat suci Al quran kesakitan yang ummi rasakan makin berkurangan dan keesokan harinya dia tak rasa sakit lagi.

Apa yang nak dikongsikan di sini, kita perlulah yakin dengan ayat-ayat Allah dalam mengubati sesuatu penyakit. Ayat-ayat Al quran merupakan syifa (penyembuhan) kepada segala penyakit.

berikhtiarlah dan berusahalah dengan membaca ayat suci Al quran dalam perubatan, InsyaAllah akan datang manfaatnya dan kesannya.

Monday, November 2, 2009

sakit belakang dan pinggang



Dah beberapa kali abi asyik menahan kesakitan di bahagian belakang dan pinggang. Tiap kali bangkit dari tidur ataupun duduk yang terlalu terasa susah untuk berjalan. Bila dah jalan 10 langkah barulah ok.

Mulut Ummi asyik bising saja suruh abi pergi mengurut. Katanya dalam badan abi tu penuh dengan angin. Angin yang sebabkan badan jadi jadi berat dan sakit. Seingat abi dah masuk 2 tahun abi sakit belakang ni.

Kali ni abi dah tak tahan dengan leteran ummi dan terus pergi mengurut dengan pakcik jiran dekat rumah. Sekitar 15 minit pakcik tu urut belakang abi....alhamdulillah terasa ringan di belakang. Seolah-olah 2 -3 kg benda berat di belakang di buang keluar.... Katanya seseorang itu akan terasa sakit di bahagian belakang akan tekanan kerja,,,,keadaan kerja,,,,kepenatan amat sangat dan bla...bla....

InsyaAllah kalau ada masa abi nak urut seluruh tubuh pulak untuk buang angin dalam badan.

Wednesday, October 28, 2009

ayat al quran pada bayi





MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestandan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.". Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

Tuesday, October 27, 2009

Air Asia ajar maksiat ?



Anda sendiri lihatlah bagaimana wujudnya eksploitasi wanita dalam iklan Ais Asia ini. "Buah dada" dan "punggung" wanita ditonjolkan dalam iklan ini. Siapalah agaknya perempuan murahan ni? Mungkin dia rasa bangga sebab dia dapat masuk iklan dan menayangkan auratnya......

Budak lelaki yang masih mentah pun pandai melihat aurat wanita sebegitu. Seolah - olah nak mengajar budak tu. Tak payah lah ajar budak besar tu tengok aurat perempuan.
kata budak laki tu " i'm a child, so i don't know this " sambil matanya melihat ke arah buah dada pramugari tersebut...

Abi berpendapat Air Asia nak iklankan dan promote tambang murah dalam tv sehinggakan wanita pun dah jadi murah. Macam takder cara lain nak promote. Ambillah simbolik yang lain...
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.