Sunday, April 11, 2010

Skuter untuk Jazlan

bergaya dengan basikal skuter barunya

Baru-baru ni Jazlan dah dapat nombor 2 daripada 14 murid dalam ujiannya di PASTI. So abi belikannya sebuah skuter tanpa enjin. Dihidupkan dengan tolakan kaki kanan @ kiri di atas lantai! Tapi awas orang dewasa sik dapat naik....

Satu je komen daripada gurunya,,,,si Jazlan ni malas utk buat homework. Ni yang buat abi dan ummi pening kepala sikit. Dah banyak kali disuruh tapi tak mahu. Sampai pernah satu tahap abi terpaksa pegang tangannya untuk buat homework. Oh anakku...


PPDa




Tuesday, April 6, 2010

senario sarawak kinek tok


Betapa sedih dan pilunya hati apabila melihat sepasang keluarga tinggal di rumah sedemikian rupa. Di mana perginya mereka yang bertanggung jawab untuk menjaga kebajikan orang di bawah jagaannya.

Amat terkejut rasanya apabila melihat rumah yang beratapkan nipah masih terdapat di abad ini. Abi pun pernah mendiami rumah sebegini suatu ketika dahulu. Tapi pada masa tu adalah sekitar tahun 1975-1980. Abi masih kecil lagi. Pada masa tu ibu dan ayah bekerja sebagai petani sebelum menjadi peneroka felda.

Sunday, April 4, 2010

tidak dapat tidur


Beberapa minggu lepas seorang ibu mengadu pada abi bahawa dia tidak dapat tidur malam. Hampir 3 malam tidak dapat tidur. Fikirannya meracau dan mengganggu. Dia minta beberapa doa daripada abi.

Dikongsikan beberapa doa yang abi berikan padanya:-
1) Al fatihah 2) ayat 1-5 surah al baqarah 3) ayat al kursi 4) 4 qul

Diamalkan waktu pagi dan malam selama beberapa hari.

Alhamdulillah selepas beberapa hari beliau sudah dapat tidur dengan nyenyak.

Picassa google

salah satu hasil daripada picassa google....

Assalamu'alaikum wbth....

Kali ni nak kongsikan bagi mereka yang berminat dan belum lagi mengetahui tentang satu software (picassa google) untuk mencantikkan dan mengedit gambar.

Anda boleh mendownload software tersebut secara percuma daripada internet. Mudah dan cepat. Tak sampai 30 saat anda akan dapat hasilnya.

Wednesday, March 31, 2010

Monday, March 29, 2010

Sehari bersama Nisa' Miri

Pemeriksaan kesihatan oleh doktor bertauliah

Penyampaian sumbangan

antara mereka yang menjayakan program Nisa'Miri.Ummu Wildan takde dalam gambar....sori...sibuk dok jual air kepada customer

tersenyum...hbis program
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.