Sistem akan digunakan dalam semua segi termasuk penyediaan rekod mengajar harian, kedatangan pelajar, gerko dan lain-lain lagi.
Sunday, May 9, 2010
Sistem Pengurusan Sekolah
Sistem akan digunakan dalam semua segi termasuk penyediaan rekod mengajar harian, kedatangan pelajar, gerko dan lain-lain lagi.
Saturday, May 8, 2010
Menagih simpati
Seperti mana biasa si ummi menyiapkan makanan pagi untuk dirinya dan si Wildan sebagai bekalan ke sekolah. Tapi pada hari tersebut ummi tak masak dan disuruhnya abi berikan ongkos kepada Wildan.
Apabila tiba di sekolah, abi terlupa nak berikan ongkos untuk Wildan. Biasanya ongkos tu akan diberikan dalam kereta lagi. Tapi terus lupa .....
Masa abi di sekolah barulah teringat rupa-rupanya abi lupa nak berikan ongkos kepada Wildan. Nasib baik bekalan air ada juga diberikan. Air sarsi. Nak minta kebenaran bos untuk keluar, rasanya tak sempat gak sebab kelas terlalu banyak. Terpaksalah berlapar Wildan dari jam 630 pagi hingga 1200 tengahari.
Sejurus ambil Wildan dari sekolah, terus abi menanyakan apakah yang dimakan Wildan pada rehat tadi. Wildan makan roti. Roti kawannya.
Ayat yang Wildan lafaz itu betul-betul menyentuh hati abi sebagai seorang bapa. Seolah-olah anak seorang fakir atau pengemis. Hampir menitis air mata abi semasa drive kereta ke rumah.
Mungkin kejadian itu boleh dijadikan teladan buat diri abi agar menitik beratkan soal kebajikan anak-anak.
Wednesday, May 5, 2010
Tuesday, April 27, 2010
APC

APC adalah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diberikan kepada pekerja-pekerja @ pegawai kerajaan yang mana telah menunjukkan perkhidmatan dan prestasi yang cemerlang pada tahun tertentu. Ianya diberikan kepada pegawai yang memenuhi kriteria -kriteria seperti dapat melaksanakan tugas yg diberikan dengan jayanya, memberikan sumbangan kepada masyarakat atau orang lain dan sebagainya.
Soalnya adakah APC ini boleh dikatakan "Aku Pilih Cikgu"? Yang memberinya adalah orang atasan (pengetua @ guru besar @ PPD). Bila bercakap dengan kawan-kawan pasal APC ni, banyaklah kedengaran suara-suara dari belakang......
" eh ye ke dia yg dapat....keje tak seberapa pun..."
"....kalau nak banding si A dengan si B, bagus si B yg dapat ..."
" selalu dok lepak je time keje..."
"....kaki bodek bos tu,,keje sendiri tak buat, keje orang lain buat..."
Bagi mereka yang mendapat APC adakah kita termasuk dalam golongan di atas? oh...Ya Allah wal 'iyazubillah.minta dijauhi.
Tapi yang pentingnya sebenar dan sesungguhnya APC tu "ALLAH PILIH CIKGU" supaya cikgu terus semangat menabur bakti kepada sekolah,anak didik & masyarakat.
Sunday, April 18, 2010
majlis ilmu di hujung minggu
Hujung minggu ni kami sekeluarga menghabiskan masa dengan menghadiri majlis ilmu bersama Mudir Pondok Darul Qurra’, Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail dari Melaka.
Banyak iktibar yang dapat diambil daripada pengajaran al fadhil ustaz:
1) seorang muslim lebih-lebih lagi daie wajib menguasai semua ilmu termasuk fekah, tasauf, tauhid dll.
2) Harapan masyarakat kepada ustaz/ustazah amat tinggi.Oleh itu jangan leka dan syok dengan kemewahan dunia seperti anak pinak, isteri, rumah dll…Turunlah memberi kefahaman dan kebajikan kepada masyarakat.
3) Sepatutnya ustaz/ustazah adalah orang yang berada di saf hadapan dalam menghulurkan bantuan dan kebajikan kepada masyarakat tapi sebaliknya orang yang bukan bergelar ustaz lebih terkehadapan…di mana ustaz????
4) Menyeru kepada makruf dan melarang daripada munkar adalah kewajipan setiap muslim. Masuklah ke dalam badan gerakan Islam@ harakah Islamiah.
5) Hidup berjihad dan mati berjihad adalah satu kemuliaan di sisi Allah. Tanamkan dalam diri untuk mati dalam keadaan jihad.
Dapat jalan sudah
Dalam beberapa detik ni timbul rasa nak update blog sebab lama sangat tak jengok….almaklum kerja berlambak.
Kali ni nak cerita si anak abi yang ke 3 tu dah dapat berjalan. Umur baru masuk 1 tahun 2 bulan. Syukur alhamdulillah atas segala sesuatu. Tiada apa-apa kecacatan yang berlaku.
Cuma yang dibimbangkan satu je,,,,bila letak di rumah pengasuh takut dilanggar oleh abang-abang senior. Mereka tu bukannya brek makan sangat. Kelak terpelanting si Furqan ni. Minta dijauhi perkara sebegitu.
Part anak dapat berjalan adalah salah satu daripada tanda kegembiraan ibu dan ayah. Selain daripada melihat mereka ini dapat bercakap.




4 Golongan manusia akhir zaman