Thursday, February 16, 2012

SAIS & Perarakan Maulidur Rasul 1433H



Warga SAIS tidak ketinggalan dalam perarakan Maulud Nabi yang diadakan di Bandar Permaisuri kelmarin. Tanpa sebarang sepanduk dan banner SAIS tetap juga mengikuti perarakan sebagai menyahut seruan daripada PPD Setiu. Kenapa takde sepanduk? banyak orang tanya sehingga di tempat perarakan pun orang tanya.

Sebenarnya kami terima surat lewat 3 hari sebelum perarakan. Mana sempat nak urus itu dan ini. So kedatangan kami sekadar menyahut seruan. InsyaAllah next year maybe kami bersedia untuk berarak.

Go SAIS!

Maulud


Walaupun bulan maulud dah nak habis, janganlah kita menghabiskannya dengan begitu sahaja.Tapi hayatilah, fahamilah dan praktikkanlah sunnah dalam kehidupan kita. Jika kita bergelar seorang suami, elokkanlah pergaulan dan muamalat kita dengannya. Jika kita seorang bos maka elokkanlah dengan orang bawahannya.

SALAM MAULIDUR RASUL 1433 H.

Sunday, February 12, 2012

bertempur dengan jin harimau (part 2)

sambung lagi cerita pasal bertempur dengan jin harimau yg lepas.....

3. Keadaan dalam surau pada masa tu memang riuh rendah dengan suara samada imam solat isya' ataupun ngauman (bunyi rimau). Pesakit dalam keadaan tak sedar seolah-olah nak pergi ke arah seorang lagi pelajar lelaki. Pelajar laki2 tu memang dalam keadaan tak sedar diri dan asyik2 tunjuk ke arah bumbung surau. Abi pun jadi sedikit panik pada masa tu.

4. Selepas berfikir sejenak dan mencari ilham, habis solat Isyak (abi belum lagi solat Isya' pd masa tu :P) abi arahkan semua pelajar turun. Si Pesakit yang berkelakuan macam rimau tadi nak berganjak dari tempatnya. Abi cuba mententeramkan Si Rimau td dengan berkata
'jangan kamu pergi lagi dari tempat ni' tunggu sini!...arah abi dengan suara yg kuat dan lantang (memang dalam hati abi, abi cukup berdebar sekali manalah tau si rimau tadi datang menerpa dan menerjah abi). Cuma pada masa tu 'cover line' - tunjuk macho supaya tak nampak takut. Pengalaman pertama bah!!!

5. Pesakit lelaki tadi sudah diasingkan jauh daripada si Rimau tadi (pelajar p'puan). Tidak lama selepas itu si rimau tadi bangkit daripada tempatnya dan menuju ke arah abi dan pelajar laki tadi. Abi tergaman seketika dan pada masa tu abi cuba menahannya dan memegangnya sambil melafazkan "la haula wala quwwata illa billahi ....." dengan niat melemahkan si rimau tadi. Berhasil. Syukur. Si Rimau tadi rebah.

6. Seterusnya, abi terus warning rimau tadi dan akan mengazabnya jika ia enggan keluar dari tubuh pelajar tadi. Selepas membaca 'Auzubillahi minasy syaitanir rajim.. dia menggelupur kesakitan dan terus menyerah diri (surender lah tu) dan menyatakan hasratnya untuk masuk Islam.

7. Abi mengajarnya mengucap 2 kalimah syahadah. Tapi yang lawaknya abi tak sedar yang abi suruh dia ucap naik saksi bhw Nabi Muhammad itu pesuruh Allah terlebih dahulu sebelum bersaksi tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah (dalam versi Arab). Pastu bila sedar barulah abi ubahkannya semula dalam versi Melayu. Nak wat lagumano (kata ore Kelate) kalu de nyo gelabah gak!ngucap pun tak ingat!

8. Selepas mengucap, abi mendoakannya supaya dia sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Dan mohon dia berjanji bahawa tak akan kacau budak itu lagi. Dengan kiraan 1 2 3 benda tu keluar ikut anggota kaki.....alhamdulillah selamat semuanya.

Monday, February 6, 2012

bertempur dengan jin harimau (part 1)


1- Malam tadi,dapat call dr PK HEM sekolah. Dia minta abi turun dan katanya ada beberapa orang pelajar kena rasuk di surau. Dengan berbekalkan beberapa zikir pelindung diri dan anak isteri serta tawakkal kepada Allah abi pergi.

2- Tiba di surau abi rasa kekok dan kelm kabut sikit akibat bunyi deruan@ teriakan daripada pesakit pelajar ting 2. Abi cuba mententeramkan keadaan dengan menjauhkan pesakit antara satu sama lain.

3- Agak terkesima abi, bila mana seorang pesakit berada posisinya macam harimau.Dia meraung n menjerit kesakitan akibat daripada bacaan imam solat.... Abi tengok tangannya dalam keadaan genggaman dan duduknya macam harimau.

bersambung.....mata mengantuk lahhhh :)

Saturday, February 4, 2012

lepas gian kejap

Hari ni lepas gian pergi shopping barang2 surau di Jerteh bersama2 dengan kengkawan. Sambil2 tu masuk kedai Galeri Hidayah dan beli sehelai seluar jubah. RM18 satu. Bulan lepas dah beli satu helai tapi rasa tak cukup lagi sebab selesa pakai waktu berjubah.

Balik dari Jerteh, rehat setengah jam dan terus bersiap sedia untuk pergi ke kenduri kawan, Qzairuddin bin Mohamed di Kg Rahmat, Felda Chalok. Abi pergi sefamili. Kali pertama lepas ummi berpantang keluar bersama Ahmad Azzam jauh dari rumah. Ambil angin luar katakan.
Ermm, dapat gak merasa gulai kawah. Dah lama tak merasa ni.

Friday, January 27, 2012

sedih n hampa

Seperti biasa tatkala Wildan dan Jazlan pulang dari sekolah pada sebelah petangnya, mereka akan memberitahu apa2 peristiwa yang telah berlaku di sekolah. Baik bersama kawan2 di sekolah mahupun pesanan2 daripada guru2.

Kelmarin, si Jazlan balik ke rumah dengan muka seposen (sugul). Balik daripada merentas desa. Itu adalah antara aktiviti SK Guntong Luar selepas cuti Raya Cina. Lalu dia ceritakan pada abi.

"Wildan dapat hadiah tapi dia tak dapat",katanya dengan linangan air mata.

Jaz dapat nombor berapa ? tanya abi.

Tak dapat apa2 nombor.....sahutnya dengan sedih. Air matanya seakan2 mahu menitis dari tepi kelopak matanya.

Abi cuba mententeramkannya dengan berbagai2 nasihat agar dia tak menangis dan berkecil hati. Memang antara anak abi, dialah yang beremosi sedikit berbanding dengan adik beradik yang lain. Nampaknya dia dah dapat menerima hakikat.

Kalam akhir abi sebagai tausiyyah untuknya " sekarang Jaz kecil lagi....nanti tahun depan Jaz sudah besar dan boleh berlari laju ".....dia mengiyakan saja apa yang abi kata!

Thursday, January 26, 2012

inzar sebelum tempur

gambar hiasan

Masih lagi abi nak cerita tentang kerasukan yang melanda bebudak sekolah abi. Maaf, bukan nak tunjuk kehebatan diri tapi nak tunjukkan kehebatan ayat2 Allah SWT.

Seorang pelajar perempuan berada dalam keadaan murung selepas habis kelas Pendidikan Islam. Lalu beliau terus tertidur @ pengsan. Abi bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan daripada pelajar. (macam abi pulak yg jadi hero! hi hi).Kami mengasingkan pelajar yang tak sedarkan diri tadi berjauhan dengan pelajar2 lain. Moga2 dengan harapan tiada lagi pelajar lain yang kena kacau oleh makhluk tu.

Selepas diperiksa hal keadaan pelajar tadi barulah abi tau bahawa dia seolah2 dalam kerasukan. Tanda2 nya:
1) pengsan/murung
2) sejuk kaki & tangan (setelah ditanya)
3) tak suka dengar bacaan ayat suci Al Quran setelah dioffer.

Keadaan ini abi rasakan bahawa ada baiknya abi menggunakan teknik "inzar" yakni memberi peringatan. Memberi peringatan dengan erti kata lain warning makhluk tersebut sebelum ia disakiti dengan ayat AQ.

"keluar kamu daripada tubuh badan budak ni kalau tak sakit kamu nanti aku bantai@pukul kamu dengan ayat AQ" , kata abi dengan memberi peringatan pertama.

"kalau kamu tak nak sakit baik kamu keluar ikut kaki "....sambung abi lagi.

Tiada apa2 respon daripadanya. Selepas itu abi mula membaca At Ta'awuz (a'uzubillahi minassyaitan.....) . Terus dia angkat kaki menandakan dia nak cabut lari. Habis bacaan tadi, makhluk tu beredar, barulah budak tadi sedar. Abi melaungkan azan supaya makhluk tadi tidak mendekati budak itu lagi dan membacakan beberapa doa perlindungan.

Moralnya: inilah kehebatan dan keagungan ayat Allah SWT.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.