Wednesday, April 4, 2012

Awasi percakapan anak

Anak-anak bila dah besar dan mula bercampur dengan kawan2, macam2 perkataan yang keluar daripada mulutnya. Ada yang sedap didengar dan ada yang tak sedap didengar. Perkataan yang sopan dan kurang sopan. Bila didengar perkataan yang tak sedap keluar daripada mulut anak2 seperti perkataan mencarut rasa nak cubit je mulutnya. Kalau boleh nak ditenyeh dengan cili merah. Biar bersiul kepanasan!

Sebagai ibubapa yang perihatin terhadap perlakuan anak2, perkara sebegini harus dibanteras awal2 supaya ia tak menjadi kebiasaan dan tabiat pada anak2.
Ada juga abi dengar dan lihat dengan mata kasar sendiri, ibubapa tak marah pabila anak2 nya mencarut atau menyumpah seranah spt babi, bodoh, tolol, bengong dan sebagainya. Ibubapa sendiri pun menggunakan perkataan sedemikian dalam percakapan seharian mereka.

Jikalau didengar jer perkataan yang tak sopan terus ditegur secara spontan. Jangan biarkan ia lama2. Jika tidak si anak akan merasa perkataan itu adalah biasa dan tiada apa2 masalah!

Tegurlah anak anda dengan hikmah dan jangan marah2. Ingatkan mereka tentang pahala dan dosa. Ingat !!! perkataan yang keluar daripada mulut anak2 anda adalah mencerminkan anda. Ingat !!! jangan biarkan perkataan kotor masuk ke dalam rumah2 atau kediaman2 anda. Hiasilah rumah anda dengan lidah yang menyebut perkataan Allah, masya Allah, Allahu akbar, Bismillah dan sebagainya. Insya Allah rumah anda akan diberkati dan dirahmati.

Monday, April 2, 2012

melepas penat



Selepas program habis di Pusat Ko Merbau Menyusut, pada belah petangnya abi dan anak2 ke Lata Belatan, Besut. Nak lepas tension anak2 terutamanya si Furqan yang dok berkurung dengan tok ayahnya di felda tu.

Kegembiraan jelas nampak pada Qan sebab lama dok tunggu saat2 main air ni. Tak kurang juga Wildan dan Jazlan yang main air sampai kecut jari tangan. Memang main sakan! Hampir satu jam kami di sana. Jam 6 pm pulang ke Tanah Merah semula.

Kem Jati Diri Tingkatan 1




Bermula Khamis dan berakhir pada Jumaat yg lepas, SAIS telah menganjurkan satu program jati diri untuk murid2 tingkatan 1. Macam biasa, tetap dan berpencen abi ditugaskan dlm ajk dokumentasi dan kerohanian. Ditambah satu lagi tugas yg tidak kurang penatnya iaitu ajk peralatan khemah.

Biasanya di hujung minggu abi akan balik untuk menjenguk baby dan Furqan. tapi kali ini terpaksa ditunda atas sebab kena berkhidmat untuk sekolah. Yes! "saya yang menurut perintah". Terpaksa akur dengan kehendak sekolah sebab kita bekerja di bawah kerajaan.

Pagi Jumaat, abi besrsiap untuk pulang ke Kelantan demi menatap wajah anak yang tersayang. Keesokan paginya, Sabtu, pergi lagi ke Pusat Ko, Merbau Menyusut, Setiu bagi menghadiri majlis penutupan.

Overall, the activity was sucsess and May Allah bless our self, amin.

Wednesday, March 28, 2012

Program Cakna Al Furqan

Ustaz Khairul Azman sedang memberi tunjuk ajar kepada adik Lokman

Ustaz Amran bersandar di dinding semasa mengajar kitab suci kepada beberapa orang pelajar.

abi bersama seorang pelajar lemah Al Quran

BADAR SM Sains Setiu semalam telah melancarkan satu program berkala pada tahun ini iaitu Program Cakna Al Furqan. Program ini yang menitik beratkan masalah pembacaan dan tahsin bacaan di kalangan pelajar tingkatan 1,2 & 4.

Secara tidak langsung program ini membasmi buta Al Quran di kalangan pelajar2. Berkat kerjasama guru2 agama SAIS di bawah pengerusinya Ustaz Khairul Azman Bin Ibrahim dan penggeraknya Ustaz Amran Nassan ianya berjalan lancar.

Program ini diadakan 3 kali seminggu antara maghrib - Isya'.

Moga ianya dirahmati Allah dalam usaha memartabatkan Al Furqan.

Team MTQ SAIS



Julung2 kali pada tahun ni SAIS telah menghantar pasukannya ke MTQ ke peringkat zon. Alhamdulillah ada juga tempat. Peringkat zon 1, tilawah nombor 3, hafazan nombor 1 dan nasyid nombor 2.

Syukran kepada geng2 ustaz @ ustazah atas kerjasama yang diberikan dalam melatih dan memberi tunjuk ajar kepada anak didik SAIS. Moga Allah memberkati usaha kalian semua.

Jangan jadi ssssummmmbat!!

boring

Rasa dah boring tengok background blog asyik pakai baju tak tukar2 lagi dari tahun lepas. So tahun ni nampak gayanya kena tukar baju lah.

Blog anda punya camner? dah tukar baju ? or still ngan yang lama....ingat kalau baju kiter lama2 tak tukar akan jadi lusuh tau! so jom tukar template...

Sunday, March 25, 2012

skype pengikat cinta kami


Ummi telah belayar ke Miri hampir seminggu. Menunaikan kewajipannya sebagai pendidik. Tatkala rindu mendatang terhadap anak-anak dan suaminya :) maka ummi akan membuka skype nya untuk menatap wajah2 tersayang.

Dapatlah sikit melepas rindu walaupun tak dapat membelainya! Itulah kehebatan teknologi kini yang kita tak terfikir pun sejak dulu kini menjadi kenyataan. Seingat abi dalam era 90 an dulu benda sebegini takder pada masa tu. Yang ada hanyalah Mirc (yg dapat hantar mesej je). Tapi sekarang dengan adanya skype cinta kami anak beranak bertaut erat. Itulah kehebatan Skype!
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.