Thursday, May 3, 2012

Hari Kebudayaan Bahasa Arab






  
selang 2 hari selepas balik berkursus di SK Bt 29 abi pergi pula ke SBPI Gopeng, Perak bagi mengikuti Hari Kebudayaan Bahasa Arab. Bersama abi 2 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan. Sehingga 22 April berada di sana.   

salah satu benda yang menarik perhatian abi kat sana ialah "gazebo". Ianya adalah hasil rekaan pelajar2 aliran sains teknikal SBPI Gopeng. Memang menarik!


 pelbagai pameran diadakan termasuk alat bantu mengajar turut dipamerkan.

Monday, April 16, 2012

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Kursus PBS - Bahasa Arab Tingkatan 1
Tarikh : 15 - 17 April 2012
Tempat : SK Bt 29, Setiu
Masa : 830 am- 330 pm

Bila menteri pendidikan baru memegang tapak baru, nescaya ada2 saja benda baru dalam dunia pendidikan. Kali ni, tiada lagi peperiksaan. Yang ada hanyalah PBS yang memerlukan pengorbanan daripada guru untuk mencatit markah daripada setiap pelajar.

Apa2 pun syabas kepada Menteri Pendidikan Malaysia kerana memperkenalkan dasar baru dalam dunia pendidikan. Kita lihat Menteri Pendidikan yang lain pula bila dilantik nanti :)

Sunday, April 15, 2012

Santai di jeram


Peristiwa semalam- selesai abi dan anak2 pergi shopping keperluan harian di bandar Tanah Merah, terus abi meluncur ke Jeram Linang, Pasir Puteh. Santai di hujung minggu demi untuk menghilangkan stress Furqan yang mana asyik teringatkan abi dan rumahnya di Setiu.

Setiap kali abi balik ke TM asyik2 dia bagitau nak pergi Setiu, Sedih abi bila mendengar rintihan dan rayuannya untuk ke sana. Namun apakan daya, masa dan keadaan belum lagi mengizinkan Furqan dan abi hidup bersama. Tunggulah masanya nanti. Akan tiba nanti.

Saturday, April 14, 2012

majalah oh majalah

Bila sebut jer pasal majalah, fikiran abi terus melayang kepada majalah sekolah. Ye lah, itu adalah satu tugasan rasmi yang diberikan oleh pihak sekolah kepada abi pada tahun ini. Satu tugasan yang amat berat abi rasakan kerana abi bukanlah seorang penerbit mana2 majalah sebelum ini. Cukuplah pengalaman yang perit sewaktu bertugas di Miri satu ketika dulu.

Atas kepercayaan dan amanah dari sekolah sekali abi diberi tugasan. Sampai kini, satu helai muka surat masih belum terbuat untuk majalah sekolah SAIS. Kerja datang bertimpa2 yang berkehendakkan masa yang tertentu. Siap satu datang lagi satu. Itulah budaya kerja SBP !!

Thursday, April 12, 2012

kue teow


Hajat di hati nak balik ke Tanah Merah petang ni, tapi apakan daya badan terlalu ponat lalu terlelap selepas solat Asar. Sedar2 jam menunjukkan pukul 6 petang. Tu pun Si angah yang kejutkan abi dan bertanyakan abi jadi ke tak balik ke TM. So setelah difikirkan maka tak jadilah balik ke TM dan esok pagi jelah balik. Mungkin anak abi si Furqan ternanti2 kepulangan abinya petang tadi. Kesian Qan....hu hu hu

Waktu malam abi ambil keputusan dengan anak2 untuk makan di luar je. Malas nak masak malam ni.So selepas solat Maghrib abi keluar ngan anak2 ke tempat biasa @ selalu dok makan di Setiu tu. Menu favourite bebudak 2 orang tu tak lain tak bukan adalah kue teow. Abi makan sup perut je.

Cerita pasal anak2 abi, asyik kue teow jer bila makan di kedai. Sudah puas disuruh supaya cuba menu yang lain tapi tetap menolak. Mungkin dia ikut sebelah umminya yang suka makan kue teow. Citarasa abi adalah berlainan ngan umminya.

So makanlah kami anak beranak sekadar untuk hidup dan survival hidup. Makan sekadar rezeki yang diberikan Allah pada kami hari ini. Alhamdulillah kami anak beranak masih dapat makan seperti mana orang lain. Cuma tak dapat makan macam orang2 kaya makan seperti makan di hotel2 5 ***** @ resort2 mewah.

So kita hidup ini bukan untuk makan semata2 tapi untuk mengabdikan diri kepada Sang Pencipta dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya!

Monday, April 9, 2012

aku suri rumah


Memang tak dinafikan lagi sepeninggalan ummi (bukan mati), banyak perkara dan benda harus abi lakukan especially yang berkaitan dengan hal rumah tangga seperti urus makan minum anak, basuh baju dan lipat kain baju, sapu menyapu rumah termasuklah kemas mengemas rumah. Pendek kata bukan itu sahaja kerja suri rumah, banyaaaaaaakkkkkk....tak terkira!

Kepada sang isteri......
yang pernah menjadi suri rumah dan pada masa yang sama bekerja di luar, abi tabik spring pada dia sebab pandai urus rumah tangga. Tapi ada juga yang abi tengok huru hara rumah tangga bila dua2 bekerja. Tapi tak dinafikan ada isteri2 yang bekerja di luar rumahtangganya bagus sekali. Contohnya isteri abi (bila lagi nak puji isteri :) ) Terima kasih pada isteri @ ummi kerana sanggup uruskan rumahtangga sehingga sampai ke tahap ni. Syabas ummi!

Kepada sang suami.....
anda seharusnya faham dan mengerti jika sekiranya isteri anda bekerja di luar dan masa yang sama menjadi suri rumah. Janganlah dikekang @ dibebani dengan kerja2 yang TAK MAMPU dilakukannya. Cukuplah dia melaksanakan tugas2 di rumah sahaja. Janganlah menengking atau memarahi kaum hawa ini dengan keterlaluan. Cukuplah sekadar mendidik dan mentarbiah mereka kerana manusia itu tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.

Seringkali abi dengar daripada kawan2 setempat kerja, sedih rasanya hati pabila suami tergamak menyuruh isterinya balik ke rumah sharp pada masanya. Kalau habis kerja jam 5 petang bermakna dia kena sampai di rumah jam 5.15@5.30 petang. Si suami harus faham jam 5 adalah masa penamat kerja sahaja, pastu ada lagi kerja2 lain seperti mengemas itu dan ini. Kalau dia seorang guru, bukan bermakna jam 1 @ 2 petang tamat p & p habis kerja, bukan begitu. Ada lagi kerja susulan yang harus dibuat seperti menyemak kerja pelajar, membuat kerja2 perkeranian dan sebagainya. Oh ya rabbi ....kalau ada si suami yang tak mengerti dan tak memahami isterinya, maka sesungguhnya dia melakukan kezaliman pada isterinya.

Sepatutnya sang suami bersyukur kerana isterinya sanggup juga bersama2 mencari nafkah keluarga!

Bila abi jadi surirumah, banyak benda yang abi pelajari, antaranya dapat rasakan bagaimana isteri kita rasa bila bekerja di luar + suri rumah. Antaranya juga jadi suri rumah ni bukan satu kerja yang mudah dan rileks. Penat oiiiiiii!

So renung2kanlah dan kasihilah isteri anda.

Wednesday, April 4, 2012

Santai Petang



Sekitar majlis Barbeque anjuran guru2 quaters. Aktiviti membakar ayam dan ikan keronge cukup sinonim dengan barbeque ni. Perkara sebegini jarang berlaku semasa abi berada di Sarawak suatu ketika dulu.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.