Friday, October 31, 2008

Warna warni RIMUP


RIMUP adalah singkatan daripada Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia nya diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di sekolah ini. Di sekolah terdapat pelbagai kaum seperti Iban, Melayu, Melanau, Cina, Kenyah, Long Bawang, Eurosia, Kedayan dan sebagainya. Justeru SM Sains Miri telah membuat aktiviti berbentuk permainan kampung @ tradisional yang melibatkan pelbagai kaum.



Antara permainan yang diadakan seperti sepak raga bulatan, menyumpit, menganyam ketupat, jala atas bata, merebut kerusi, membuat wau dan main batu seremban dan congkak. Pelajar nampak seronok dengan permainan yang diadakan.
cikgu Safari sedang menyumpit sambil diberi tunjuk ajar oleh cikgu Hisham

Dalam Al quran Allah Ta'ala sendiri telah menggalakkan percampuran dan perpaduan antara kaum. Firman Allah yang bermaksud :

Wahai manusia! sesungguhnya aku telah jadikan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan dan aku jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling kenal mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di kalangan kamu.

Tuesday, October 28, 2008

Demam Durian


Kali ni nak berbicara pasal demam durian. Ye lah di Miri kinek tok (sekarang ni) sedang mabuk dengan lambakan buah duriannya. Ada RM5-RM8 sekilo. Abi dan ummi walaupun tak berkesempatan untuk makan durian di Kelantan tempohari tapi syukur alhamdulillah kerana di Miri ni baru nak menjadi duriannya....terubatlah rasa rindu di hati nak makan raja buah ni. Memang abi ni raja buah gak....yang paling bestnya bila buat pulut durian....

Teringat masa kat SMKA suatu tika dulu di tingkatan empat....warden-warden menjamu kami dengan pulut durian. durian ketika tu tak menjadi harga lagi (murah sangat) hinggakan boleh capai RM10 satu guni. Memang kami makan sakan....

Monday, October 27, 2008

Budak kampung Bakam



Ahad lepas abi dan 2 hero pergi jalan ke Sk Kampung Bakam. pergi tengok bebudak sekolah main sukan tahunan. kebetulan hari tu hujan lebat. So tengok dalam kereta ajelah. Hujan berhenti baru turun.

Seronok abi bila tengok bebudak tu dok berbaris atas padang. Padang yang basah kena air dah jadi becak. Apalagi bebudak main air atas padang. Teringat juga abi masa jadi budak sekolah suatu ketika dulu. Abi pun sekolah kampung juga. Seronok sangat bila dapat main hujan bersama kengkawan. Mungkin saat sebegini tak dapat dirasakan bagi generasi sekarang ini....maklumlah budak bandar....bukannya budak kampung.

lagi gambar di http://abuwijaz.fotopages.com

Saturday, October 25, 2008

Majlis Graduasi ilmu 08




Tanggal 25 Okt SM Sains Miri telah mengadakan MGI di Dewan Sri Pahlawan. Seramai 70 orang pelajar yang bakal menduduki SPM telah diraikan dalam majlis ini. VIP dalam majlis ini adalah En.Awang @ Ibrahim Ahmat dari PPG Miri. Majlis yang diadakan dengan cukup meriah turut dihadiri oleh YB Tuan Hj. Hasbi (Adun Limbang) kerana anaknya juga bakal calon SPM.

Tahniah kepada mereka yang telah bergraduasi ! Moga SPM anda cemerlang....Amin

untuk melihat byk gambar lg boleh layari http://abuwijaz.fotopages.com

Thursday, October 23, 2008

Nasyid Amal Luak


Teringat kepada sahabat seperjuangan dalam Yayasan Amal. Lalu dikepilkan bersama gambar semasa menyambut Aidilfitri pada tahun lepas di sebuah hotel. Gambar di atas adalah abi bersama kawan-kawan yang kebanyakannya satu taman @ kawasan berdekatan yg mana kami diminta untuk mendendangkan lagu nasyid. So, apa lagi yg ditunggu hentam sajalah lagu Amal lillah dan sajak Syed Qutb.

Cuma ahli kami telah berkurangan hari ini kerana Ust Mohd Kamil dan isterinya telah menyambungkan pelajarannya di UKM. Ust Afendi pun begitu juga. Malahan kami berharap kepada kawan-kawan (tak kira apa-apa latar belakang) agar dapat bersama kami dalam membantu masyarakat setempat khususnya di Miri ini. Marilah kita bantu golongan seagama dengan kita. Kesianlah kepada mereka ....kalau bukan KITA nak bantu mereka SIAPA lagi...kalau bukan sekarang untuk join kami BILA lagi ??tepuklah dada buatlah muhasabah !

Wednesday, October 22, 2008

Muqabalah Syakhsiah

Hari ni ummi bangun awal seawal 4 pagi walaupun malam tadi ummi tidur lewat dek kerana menelaah 'jaridah annabaul yaumi' (berita harian). Muka ummi nampak tenang saja walaupun dia tak cukup tidur. Jam 10 pagi ini ummi ada temuduga ke perlantikan tetap DG 41. Kalau dia lulus temuduga tu InsyaAllah ummi akan bergelar "Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah". Moga urusan ummi untuk temuduga hari ni dipermudahkan Allah. Amin. Jangan menggelabah ummi ya!

Tuesday, October 21, 2008

Vitagen





Dikongsikan hari ini adalah minuman iaitu vitagen. Ia adalah minuman kegemaran anak abi Wildan dan Jazlan. Setiap kali abi balik dari kerja mesti mereka akan tanya abi ada tak air vitagen. Memang kalau dalam masa satu minggu tu, abi akan belikan untuk mereka ni air vitagen. Alhamdulillah kedua-dua anak abi sehingga sekarang ni, belum ada mendapat penyakit-penyakit yang serius. Kalau demam pun, cuma dua hari dalam setahun. Bukan nak bangga tetapi itulah hakikatnya kami menjaga kesihatan anak-anak. Kami sanggup mengeluarkan duit adalah semata-mata untuk melihat anak sihat semasa mereka kecil. (kalau sakit waktu kecil, kesian pd mereka sebab mereka tak dapat nak lahirkan kesakitan melalui perkataan.


Dikongsikan di sini beberapa info tentang vitagen.


Adakah Vitagen sesuai diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun?

Ya. Vitagen boleh diberi kepada bayi-bayi yang berumur satu tahun atau kepada bayi-bayi telah dilahir beberapa bulan bergantung kepada kesihatan bayi-bayi dan keadaan najisnya. Mula dengan sedikit Vitagen yang dicairkan dengan air suam (sebagai contoh: satu sudu Vitagen dicairkan dengan dua sudu air suam).

Tujuan memberikan Vitagen kepada bayi-bayi adalah untuk membekalkan mereka dengan laktobasilus yang hidup dan bukan untuk mengganti susu ibu atau susu formula/rumusan.


Bimbang dengan kanak-kanak minum minuman sejuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka minum minuman sejuk, boleh mengeluarkan Vitagen daripada peti sejuk sebelum anak-anak mereka makan. Apabila anak-anak mereka habis makan, suhu Vitagen sudah hampir sama dengan suhu bilik.


Bimbang dengan kanak-kanak yang sedang batuk ?

Ibubapa yang bimbang dengan anak-anak mereka yang sedang batuk, adalah dinasihati bahawa semua jenis minuman sejuk tidak sesuai diminum. Akan tetapi Vitagen boleh diminum apabila sudah diambil keluar daripada peti sejuk selama ½ jam


Adakah Vitagen Cuma untuk kanak-kanak ?

Setiap orang tidak kira umurnya boleh menikmati manafaat Vitagen. Ia adalah minuman berkhasiat untuk sekeluarga.

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.