Saturday, February 28, 2009

Lawatan Ke SMK Agama Miri


Jumaat (27 Feb) satu pasukan SM Sains Miri yang terdiri daripada warden-warden dan beberapa oran guru serta pengawas sekolah telah melawar SMKAM. Lawatan yang memakan masa masa hampir 3 jam itu banyak memberi input dan maklumat kepada kami tentang projek keceriaan di SMKAM. Kami dibawa berjalan -jalan sekitar asrama dan blok sekolah melihat panorama kcantikan dan keceriaan di situ.

Thursday, February 26, 2009

Teknik Hafazan


Hari ini abi mengajar perkataan seerti dalam Bahasa Arab. Apa yang ingin dikongsikan bersama ialah teknik menghafal perkataan arab. Sebagai contohnya: kataba (menulis), qama (bangun), ightasala (mandi) dll.

Apabila guru hendak mengajar perkataan “kataba” dan menyuruh pelajarnya menghafal perkataan tersebut, guru menyuruh pelajarnya menyebut perkataan tadi sambil membuat aksi “menulis”. Proses belajar seperti ini dinamakan sebagai “sebut dan aksi”- Ini adalah istilah yang datangnya daripada idea abi sendiri. Tiada kaitan dengan teori pembelajaran yang lain.

Contoh perkataan lain “akala” bermakna makan. Pelajar dikehendaki menyebut perkataan "akala" sambil membuat aksi makan atau menyuap sesuatu makanan ke dalam mulut.

Kaedah sebegini amat sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar yang ingin mempelajari bahasa-bahasa lain selain daripada Bahasa Arab serta ingin menghafaznya.

Selamat mencuba.

Wednesday, February 25, 2009

Ayam Laga


Seorang sahabat datang bertanya: apa hukum memelihara ayam laga @ jantan dan menjualnya pada orang lain?

jawapan:
hukum memeliara binatang ternakan asalnya harus. Tak kira apa jenis haiwan ternakan. Selagi ia tak disalahgunakan untuk tujuan tertentu seperti judi, memuja dan lain-lain lagi.

Adapun menjualnya pada orang lain adalah harus tetapi harus dingat jika kita menjualnya kepada orang untuk tujuan mahu melagakan ayam tersebut adalah haram kerana kita pun bersubahat dalam menganiayai ayam tersebut.

wallahu'alam

Sunday, February 22, 2009

Kem Imam Muda


Sabtu (20 Feb) - satu Kem yang dinamakan kem Imam Muda telah diadakan di sekolah ini bertempat di Surau As Syakirin. Sebanyak 3 slot telah diisi dalam program ini iaitu:

ceramah 1 : "mengapa saya mesti solat" - Al Ustaz Arisan Abdul Rahman
ceramah 2 : "Smart Imam" - Al Ustaz Muzaha Hj. Mohamed
ceramah 3 : "solat dari perspektif sains" - Al Ustaz Surjana Abd. Gani

Alhamdulillah semua peserta dapat menghadirkan diri walaupun penat bergotong royong pada paginya. Tujuan kem ini diadakan adalah mendedahkan kepada pelajar cara-cara menjadai imam dengan betul disamping mengetahui selok belok solat berjemaah. Tahniah kepada semua kerana menjayakan kem ini.

Saturday, February 21, 2009

Anakku pandai berleter...

Rasanya agak lama dah abi tak up date blog ni. Tak sempat nak berblog. Al maklumlah keje busy giler kat sekolah tu. Bermula Selasa hinggalah ke Sabtu petang, banyak program di jalankan di sekolah...anak-anak tengok hairan saja bila mana abi keluar lagi untuk pergi kerja pada sebelah petangnya...Kata Wildan : "abi pergi sekolah lagi...kan tadi sudah pergi sekolah...."
Jawabku: Ya, pergi lagi...abi kerje lagi...
Wildan: Apalah abi ni kerje banyak sangat....
Abi: Kalu abi tak kerja tak ada duit...abi kerja banyak ,,,,banyak duit dapat...

Ya lah anakku belum lagi mengerti erti pekerjaan sebagai pendidik...So, terpaksalah aku jawab selamber. Bermula petang selasa sekolah abi ada sukantara,rabu pun sama gak...khamis adalah Temasya Olahraga Tahunan ke 17....jumaat rileks kjap...Sabtu sambung lagi dengan gotong royong sekolah...diikuti petangnya abi kena bagi ceramah di Kem Imam Muda untuk pelajar-pelajar sekolah abi...malamnya menghadiri majlis bersukur seorang rakan yang mendapat cahaya mata... Hari ahad....hari ini ...sori...tolong jangan ganggu abi...ini saat abi bersama keluarga..dah penat rasanya kerja di sekolah....nak juga bersama keluarga...

Monday, February 16, 2009

menggunakan kalimah Allah

Seorang sahabat datang bertanya abi " bolehkah kita bila bercakap dengan orang non muslim kita menggunakan lafaz InsyaAllah dan sebagainya ".

jawapan:
Boleh dan tidak berdosa kita menggunakan kalimah tersebut. Lagipun kalimah tersebut menunjukkan identiti kita sebagai orang Islam yang berpegang teguh dan iltizam dengan agamanya. Melalui lafaz @ perkataan juga kita boleh berdakwah kepada orang lain.

wallahu'alam.

Tulah (hukuman) ?

Alkisah ceritanya bermula apabila abi mengajar kelas Bahasa Arab dalam sebuah kelas. Adalah dalam kelas tersebut dua orang hamba Allah (my student) very-very naughty hinggakan beberapa kali abi nasihatkannya supaya jangan main atau bercakap-cakap semasa guru sedang mengajar. Tidak dihiraukan nasihat abi. Memang abi sakit hati. Kalau nak ikutkan hati mahu berikan dia sup selipar jepun abi ni. Tapi abi ikutkan iman. Abi berikan bebudak tu pengukur lemak sebagai tanda amaran awal. Ye lah sabar seorang guru ada tahapnya juga. Guru bukannya malaikat. Guru ada emosi dan perasaan tapi malaikat tiada itu semua.
Beberapa hari kemudian.....diadakan acara merentas sekolah kepada para pelajar. Malang tak berbau pelajar yang main-main dalam kelas abi suatu tika dulu terseliuh kakinya. Dalam hati abi bila nampak budak tu...itulah TULAH namanya kerana tidak mendengar nasihat guru dan menyakiti hati guru. Walaupun abi bukan wali Allah tapi apa yang menimpa seharusnya dijadikan pengajaran dan iktibar pada masa akan datang buat diri yang alpa.
wallahu'alam.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.