Thursday, April 25, 2013

minat cerita misteri

Baki masa yang ada semasa mengajar  di kelas *** Al Khawarizmi, abi sembang2 dengan pelajar sambil berjenaka. Tiba2 salah seorang daripada mereka menyampuk " ustaz! ceritakan cerita hantu untuk kami ".

Lantas abi menjawab selamba " takdak cerita ...." tergambar di wajah mereka hampa.
Bagi tidak menghampakan mereka abi pun bercerita lah tentang satu kelibat yang abi ternampak semasa kebakaran berlaku di asrama.

Ceritanya begini....
selepas berlaku kebakaran di bilik asrama, abi bersama sahabat2 yang lain masih lagi berlegar2 di kawasan asrama. Tiba2 pandangan mata abi beralih ke tempat tong sampah yang berdekatan dengan tangki air. Di situ juga terdapat satu kelompok sahabat2 abi dan di belakang merekalah lembaga@kelibat itu melintas, hanya dalam sekelip mata. Selepas itu hilang begitu sahaja dalam kejauhan malam. Nasib baiklah dalam jarak yang amat jauh daripada abi.
aras 3 yang terbakar


Walaubagaimanapun ia hanyalah makhluk Allah SWT juga dan tidak mempunyai apa2 kuasa melainkan dengan izinNya. Jangan takut padanya kerana ia tidak memudaratkkan kita selagi mana kita mengamalkan ZIKIR pelindung diri!

Apa itu zikir pelindung diri?
Cukup abi kongsikan apa yang selalu abi amalkan adalah al fatihah, ayat al kursi dan 3 Qul sebagai amalan harian.

wallahu'alam.

Tuesday, April 23, 2013

Riyaz Heritage, Pulau Duyong, Teganu Kite

episod cuti-cuti Malaysia 2013 part 1....




my bike

layan jer tengok gambar tu....tapi jangan lama-lama








"haza min fadli rabbi..." - ini adalah kurniaan dari tuhanku

Monday, March 18, 2013

menjiwai anak2 didik

Kekadang malas juga nak bercerita pasal tugasan warden asrama ni. Takut orang salah anggap kita @ abi ni kerja sampai nak mengeluh. Kerja menunjuk-nunjuk untuk orang lain. Maaf bukan itu niat di hati hanya sekadar perkongsian pengalaman hidup dalam menguruskan anak2 di bumi Setiu ini.

Minggu lepas, dijadualkan abi duty seperti biasa. Dan pada waktu malam (selepas pelajar menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau) mereka akan menuju ke kelas untuk persediaan prep malam. Antara waktu beginilah anak2 pelajar akan berurusan dengan warden bertugas khususnya dalam urusan kesihatan @ hospital. Waktu malam inilah mereka akan mengadu pada warden2 tentang kesihatan mereka. Sakit kepala, demam, muntah, sakit perut dan lain2 penyakit yang kronik ataupun tidak. Macam2 penyakit ada!

Kalau nak diikutkan hati@rasa, malas jer nak pergi hantar depa tu ke hospital. Selagi dapat bertahan, bertahanlah dulu dengan ubat yang ada ataupun dibekalkan oleh ayah dan ibu. Tunggu esok pagi dan pergi hospital dengan guru bertugas. Kalau abi rasakan depa tu masih boleh bertahan dan makan ubat, abi bagikan depa rest di bilik sakit asrama.Kalau nampak teruk dan kronik barulah ke hospital - bahagian emergency and trauma 

Macam2 pengalaman yang pernah abi lalui ketika mengendalikan urusan hospital pelajar2 ni. Cuma satu jer pesanan abi kepada mereka yang nak jadi warden atau bakal warden suatu hari nanti, anda haruslah "menjiwai anak2 didik" anda. Bayangkan jika anak anda berada dalam situasi tersebut, abi rasa sudah tentu anda bersegera membawanya ke klinik @hospital.

Pernah abi lalui seorang guru bertugas yang memandang tidak acuh@serius terhadap kesihatan pelajar. Pelajar tersebut sakit di siang harinya dan telah membuat aduan kepada guru bertugas. Mungkin pelajar tersebut akan dibawa ke hospital pada siangnya. Tapi sebaliknya berlaku tidak tahu apa sebabnya. Pelajar tersebut telah mengadu kepada warden pada malamnya dan dihantar segera ke hospital.

Persoalannya sejauh manakah sensitivi kita kepada masalah anak didik kita. Adakah nak dipasskan kepada warden bertugas sahaja. Mungkin fikir guru tersebut "warden ajelah yang pergi hantar sebab ada dibayar elaun" :( satu pemikiran yang tidak matang dan bijak bagi seorang guru.

 penerus generasi akan datang - memori SAISTHON 2011

PK1 sedang memberi amanat - memori SAISTHON 2011

Abi percaya anda tidak melepaskan tangan dan buat dooooooookkkkk jer jika anak anda sakit.

Friday, March 8, 2013

lost control

Sememangnya abi akui memang susah nak jaga @ kontrol bebudak kat surau yang mencecah ke angka 700 nih. Percayalah. Bila tibanya waktu tazkirah, si muzakkir kat depan berbuih air liur dok bagi tazkirah sedangkan bebudak tu pula asyik sibuk berforum di belakang. Seolah2 macam takder orang kat depan atau tiada apa2 yg sedang berlaku di depan.

Inilah yang mencabar karier abi sebagai warden. Kalau nak diikutkan hati rasanya nak melaung @ memekik je depan ustaz yang sedang berceramah tu. Nak kata satu patah perkataan jer "diaaaaaaammmmmmm". Tapi taknak buat aarrr napak sangat tak bijak dalam menangani masalah.

Walaupun sekali sekali ustaz di depan tu dok bercerita pasal neraka, tapi langsung tak dihiraukan mereka. Bertambak rancak adalah. Oh anak didikku. Sampai hati kau buat begitu. Berubahlah.....tapi mungkin juga ada faktor lain yang menyebabkan jadi begitu. Ustaz di depan tu kurang nak selitkan humor semasa berceramah. Kalau ada humor pasti semua budak akan ambil perhatian.


Thursday, February 28, 2013

Kirim salam

Kali ni nak sembang pasal alam misteri pulak. Tapi abi tak tau nak mulakan cerita dari mana.

Seorang pelajar yang menyampaikan salam seorang hamba Allah dari alam ghaib kepada abi. Errrmmm, seram juga rasanya apabila mendengar khabar tersebut. Biasanya kita menerima salam daripada orang yang dapat dilihat dan dikenali.

Walaubagaimanapun sebagai orang Islam abi wajib jawab salam tersebut. "wa'alaiki wa'alaihis salam"...

Moga2 ianya suatu petanda yang baik.

Wallahua'alam. Tak ulas panjang. seraaaaaaam :) 

misteri

astaghfirullah ....abi menarik nafas panjang apabila sekumpulan pelajar perempuan menunjukkan kepada abi satu kantung kain yang mengandungi beberapa bahan seperti paku, kuda laut dan biji buah. Benda tersebut dijumpai berada dalam bantal asrama pelajar perempuan.

Soalnya untuk apa benda ni dibuat? Angkara siapakah ni?

Dalam soal ni abi percaya bahwa benda ni diwujudkan adalah bukan niat kebaikan. Mesti ada sesuatu niat yang tidak baik oleh si pembuatnya. Mengapa berlaku ? mengapa memilih jalan ini ?

Kebanyakan orang di sini semuanya beragama Islam, yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi sayangnya masih lagi percaya kepada benda yang karut marut. Dengan erti kata lain khurafat. Awas! khurafat boleh membawa kepada SYIRIK!

Apalah gunanya jika kita benci membenci terhadap seseorang di dunia ni. Mungkin apa yang dia dapat adalah rezekinya kali ini. Kenapa kita harus menghukum orang tersebut?? Seharusnya kita redha dengan ketentuan Allah. Buat apa nak pertikai percaturan Allah ? Tepuk dada tanyalah iman, bukannya tanya BOMOH.

Abi amat sedih kerana masih lagi bangsa MELAYU ISLAM  hari ni masih lagi dimomokkan dengan unsur khurafat ini. Tinggalkanlah kepercayaan karut marut itu kerana ianya mengundang bahaya kepada si pembuatnya. Kalau bukan di dunia, maka padahlah dia di akhirat kelak.

 sebuah beg kecil yang berisi benda2 aneh

 inilah dia bahan2 yg digunakan dalam proses perbomohan

Kepada si pelaku tersebut, jika membaca entri ini abi mohon agar kembalilah ke pangkal jalan. usah diulangi lagi perbuatan tersebut. Bertaubatlah. Mana tau jika esok kita meninggal dunia, amalan kita tidak diterima Allah. wal 'iya zubillah min zalik.
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.