Wednesday, July 31, 2013

nenek tua

Itulah yang cuba digambarkan oleh abi apabila seorang teman membelek2 foto dalam hpnya, lalu ternampaklah benda ni.

Foto tersebut telah diambil oleh anaknya sewaktu sedang bermain2. sekali tengok rupa macam rupa nenek tua. Mungkin dah beratus2 tahun umurnya. Ya makhlus halus seperti jin memang hidup lama sehingga beratus2 tahun. Hanya manusia umat Muhammad SAW yang umur mereka antara 60-70 tahun.

Kat mana makhluk ni? Ia berada di aras bawah rumah abi sahaja. eeeeeeiiiiiiii....


Saturday, July 20, 2013

Cerianya mereka

Ramadhan Kareem....

Oh anak2 abi....kekadang mengeluh juga pabila melihat anak2 ni berpuasa. Seolah-olah macam orang yang tak berpuasa. Si along dan si angah asyik bermain, bergaduh, berteriak sana sini dan macam2 lagi. Tak penat ke budak2 ni????

Seingat abi masa budak2 dulu, bila tiba je time puasa, lemah lentok sebab tak tahan. Kalau boleh tido, nak tido sepanjang hari dan tak nak buat kerja lain. Tapi heran betul dengan along dan angah ni,abi membebel hingga habis air liur ni pun tak juga dihiraunya. Memang tak boleh dok diam.

Betul orang kata, zaman kanak2 ni penuh dengan MAIN saja. Semua benda nak dimainnya. Tak kira masa dan tempat. Bila dah penat baru tido....






gambar kenangan semasa cuti sekolah yg lalu. Bersiar2 di Taman Tema Air Tengku Anis, Kota Bharu.

Monday, July 8, 2013

Ramadhan kareem

Semalam adalah hari melihat anak bulan dan menurut penyimpan mohor besar di raja ibadat puasa jatuh pada hari rabu (10 Julai).

So, abi nak ucapkan selamat menjalani ibadat puasa kepada pengunjung2 ghaib blog cerita abi ni. Semoga amal ibadat kalian diterima Allah SWT. amin.


Saturday, July 6, 2013

acara balapan dan padang

1 & 2 Julai 2013....acara Balapan dan Padang berlangsung






hasil perah otak bebudak ABAS dan gandingan mantap timbalan ketua rumah 
(abi lah tu :) ), maka lahirlah fesyen sebegini...Mana pulak perginya Maskot ni???dok sembunyi di belakang.Walaubagaimanapun tahniah sebab dapat naib johan perbarisan.





sesungut (bukan senggugut ye) lebah dicipta daripada dawai

haaa...ni rumah merah yg dapat Johan. rumah kuning kalah kepada mereka lah. Takpe tahun ni diorang menang. tahung depang kito pulak!

:: cina islam | 2013 ::: Mesir : Wajah sebenar Amerika terdedah

:: cina islam | 2013 ::: Mesir : Wajah sebenar Amerika terdedah: 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muha...

Sunday, June 30, 2013

Abu Bakar As Siddiq


nah tercipta sudah satu sepanduk @ banner untuk hari perbarisan nanti. Sebesar size 4' x 3' yang berharga  RM35.


Thursday, June 27, 2013

edisi pecah kepala

Kali ini abi terpaksa fikirkan dengan geng2 rumah kuning (Saidina Abu Bakar As Siddiq) tentang replika @ maskot rumah. Dan lebih memecahkan kepala otak bila kena fikirkan tentang perjalanan dan kelancaran rumah dalam acara balapan dan padang pada kali ini.

Nasib yang menimpa abi, ketua (guru) rumah kuning masih lagi bercuti dalam pantang bersalin. Mungkin akan melapor beberapa hari lagi sebelum menjelangnya sukan.

Alhamdulillah berkat kerjasama MT rumah kuning dan ahli2 nya semuanya berjalan lancar. Begitu juga dengan guru2 rumah semuanya memberikan komitmen yang jitu dan padu. Syabas! Dan itulah sebenarnya nilai yang perlu diterapkan dalam rumah kuning itu sendiri "nilai kerjasama SANG LEBAH" dalam menghasilkan madu.

Yup! rasanya maskot lebah yg akan menjadi pilihan kami pada tahun ini. Harap2 menjadilah maskot tu walaupun simple. Yang penting ianya dihasilkan dalam jangka masa yang pendek. Biar ada dan jangan tiada. Budak2 ni kalau nak buat sesuatu yang tiada kaitan dengan subjek mereka tentu suka.

Bahan2 dah tersedia dan dibeli oleh seorang cikgu yang komited terhadap rumah kuning ni. Antara bahan2nya dawai, spam, salotep dan spray. Hopely, ianya akan terhasil.

Kepada Allah kami berserah....

salah satu maskot (dari blog lain) yang menarik perhatian abi. ringkas tapi menarik.

yang ni pun nampak ringkas juga. Tapi nak buat sayap belakang tu nampak cam susah jer



 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.