Saturday, November 21, 2015

cara atasi histeria di asrama

Assalamua'laikum wbth....

Apa khabar semua blogger dan peminat blog? lama sudah tak memetik keyboard ni...

Hari ni abi nak kongsikan cara-cara nak mengatasi histeria di asrama. Bagi warden khasnya memang pening kepala kalau berlakunya histeria kat asrama. Dah banyak kali abi menghadapi situasi sebegini sebagai seorang warden asrama.

1) jika berlaku murid kerasukan di asrama atau di sekolah, asingkan mangsa dengan murid yang lain. Letak murid yang sihat tu jauh2. Biarkan mangsa keseorangan, dengan erti kata lain ditemani oleh guru atau murid2 yang kuat 'semangat'.

2) jangan cuba membaca apa2 ayat daripada al quran. Biarkan mangsa. Guru2 jangan biarkan murid2 yang lain membacanya kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada pesakit @ makhluk halus. Seeloknya ayat suci al quran @ ruqyah dibaca oleh guru /ustaz ataupun mereka yang pakar dalam rawatan Islam ini.

3) jangan pegang mangsa. Jika anda pegang mangsa, mangsa akan meronta2 dengan lebih kuat lagi. Sebaliknya jika mangsa tidak meronta usah dipegang mangsa. jangan dikerumuni dan jangan buat bising di sekelilingnya.

4) Jika mangsa berada dalam surau, jangan biarkan ia mendengar bacaan ayat suci samada daripada imam ataupun cd/ corong mikrofon. Tutup mikrofon. Jangan gunakannya lagi. Asingkan mangsa di suatu sudut yang jauhh daripada orang lain.Biarkannya sendirian hingga tiba bantuan. Suruh murid2 yang lain pulang ke asrama mereka.

Awas dan ingatlah buat para guru/warden ataupun ustaz....jangan suruh murid2 bacakan ruqyah ke atas mengsa, kerana murid itu belum cukup ilmu lagi untuk menentang jin dan syaitan. Serah lah pada pakar untuk merawatnya. Yang penting ikuti langkah2 yang abi kongsikan tadi. 

wallahu'alam.


Tuesday, October 20, 2015

Dinner form 5








lokasi : Demong Beach Resort, Besut

Ihsan foto: FB Naiman Ghazali

Jom renungi solat


Jom renungi tentang kualiti solat kita....
Sejauh mana kita dan solat....
Adakah seperti yang diperkatakan ?
Kalau elok solat kita InsyaAllah hidup kita akan elok....


Friday, October 16, 2015

Majlis Persaraan Bonda Pengetua SM Sains Setiu

Yang ada takkan kekal buat selamanya....
Setiap pertemuan ada perpisahannya....
Sudah menjadi lumrah alam@ sunnatullah ...
Sebagai hambaNya hendak lah redha.

 persatuan silat dari SMK Lembah Bidong turut menceriakan majlis 

dayang-dayang siap sedia untuk menyambut mempelai 

En. Anuar Adnan orang kuat SBP turut hadir memeriahkan majlis 

Haaaaa, tengok cikgu-cikgu tu. Bukan main berfesyen lagi atas kepala tu....bebunga beb!lagipun tema majlis kali ni adalah purple...huhu

Kak Yus, Ticer lina & Ticer Saba.... Are U ok ??

With Soutul Iman of SAIS ...

yang diraikan, Bonda Hajah Saudah




Souvenier from batch form 5, wow!!!

daripada Koperasi sekolah

dari pentadbir sekolah, cikgu Aziz Guru Kanan Voteks

teh o beng satu, plssss......waiters la nih


kek daripada kelab guru

Happy retirements day Bonda from us, bamboo tu sebagai kenangan bonda yg tanam




Wednesday, October 7, 2015

banner pengetua bersara

Perah otak cikit malam ni. Esok pagi nak gi cetak. Sabtu mahu gantung terus....

harap2 dapat berjalan lancar.

Amin
adusss....ketandusan idea sudahhhhh...hasil air tangan abi.idea orang lama.huhu

yang ni pula frame gambar berukuran 3" x 2". Nanti kasi letak frame kayu. ni pun dah ketandusan idea sudahhhhh. Jeng kreng molek malam ni. otak letih wehhhh!!!!

Ni yang asal. Daripada yang ni maka terhasillah yg di atas tu....percambahan idea. Tak jauh bezanya hanya letakkan satu gambar bos tengah possing

Tuesday, October 6, 2015

Gaya mati kita

bagaimanakah kita nanti apabila ingin bertemu Allah SWT???



 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.