Setiap hari bila buka sahaja internet@FB pasti akan ada je berita beriti tentang MH370. Usaha2 Kerajaan bagi mencari pesawat dan mangsa2 turut dipergiatkan.Tak kurang juga timbulnya bermacam2 konspirasi tentang misteri kehilangan pesawat tersebut. Hampir setiap hari ada2 jer konspirasi.
Seronok abi membaca setiap konspirasi yang digembar gemburkan oleh pihak2 tertentu. Macam2 yang keluar. Risikan demi risikan bersandarkan kepada hujah2 yang bernas ditonjolkan demi untuk menyatakan bahawa kehilangan MH370 adalah penuh dengan misteri. Dan ianya bukanlah suatu yang kebetulan tapi suatu yang dirancang oleh pihak2 tertentu.
Jika konspirasi itu benar2 berlaku tak lain dan tak bukan abi menuding jari kepada Dajjal moden (US) yang berkomplot menghilangkan pesawat MAS itu. Memang abi akui planning diorang memang hebat di pentas dunia sehingga sanggup menipu mata2 dunia dengan lakonan@sandiwara mereka. Mereka sanggup membunuh orang mereka sendiri demi untuk menjayakan misi dan visi mereka. Lihatlah tragedi 9/11. Bukti di depan mata terpampang luas setelah dianalisiskan oleh mereka yang pakar maka benarlah itu suatu perancangan yg hebat daripada Dajjal. Ya Allah lindungilah kami dan anak2 kami daripada fitnah Dajjal.
Lebih mengujakan dalam konspirasi ini, kehadiran seorang "ustaz" yang mendakwa bermimpi tentang pesawat berikut. Seolah-olah beliau berada dalam situasi tersebut.Diceritakan daripada A-Z. Hebat ustaz juga memainkan peranan dalam misteri ini. Bagi abi baik percaya pada ustaz daripada percaya kepada BOMOH!
23 hours ago
No comments:
Post a Comment