Khamis hingga Jumaat yg lepas abi dan ummi sekeluarga melayan kaum kerabat sebelah ummi yang datang dari Thai. Mereka berlima datang menggunakan teksi yang disewa dari sempadan Rantau Panjang. Boleh tahan juga kosnya RM140 dari Rantau Panjang ke Setiu.
So, dalam masa yang singkat abi bawa mereka mengenali 'pekan' Setiu dan kami sempat singgah di "Satay Baung" pekena beberapa cucuk sate. Memang Setiu terkenal dengan satay Baungnya...
Jumaat, paginya abi bertolak untuk menghantar mereka ni ke sempadan. Sempat juga kami pusing2 sekitar Jerteh dan makan tengahari di Tanah Merah, Restoran Selera Tepi Sungai.
menjamu selera di Restoran Selera Tepi Sungai
No comments:
Post a Comment