Sabtu, 10 Jan memang dijadualkan semua pelajar putera puteri akan mendaftar di bumi SAIS. Setelah sekian lama terperap di rumah sendiri. Hampir sebulan lebih. Yang pasti mereka ni bercuti habis habisan. Sama jugalah dengan cikgu cikgi. Sampailah abi kedengaran ada juga yang bercuti sampai ke Indon. Syabas!!!
Hasil keputusan lewat mesyuarat minggu lepas, memutuskan bahawa semua guru haruslah menghadirkan diri atas urusan pendaftaran pelajar. Termasuklah bagi melicinkan urusan pembayaran yuran PIBG. Warden pula, baik yang bertugas mahupun tidak, ambil tugas dan peranan masing2 bagi melicinkan urusan pendaftaran. Abi berada di kaunter jualan passport outing/bermalam.
Bermula jam 2 petang, kelihatan berkerumun ibubapa hendak masuk ke Dewan Tok Setiu. Sedap nama dewan tu. Seindah nama Setiu. Nama dewan tu cikgu Saifulddin yang beri. Care Taker pada masa tu.
Guru2 hanya kelihatan beberapa kerat sahaja. Mana lagi guru lain???Meja kelas banyak yang rongak.Tiada gurunya. Tidak lama kemudian masuklah ibubapa menerjah meja2 pendaftaran.
Memang jaga kaunter adalah sesuatu yang boring! sape kata tak boring. Terpaksa kena layan pelanggan. Soalan yang sama pasti ketemu. Jawapan yang sama pasti diberikan.
Berakhir jam 5 lebih selepas penat lelah melayan pelanggan@ibubapa. Pun begitu, ada juga ibubapa yang datang lewat melebihi jam 530 petang....
Apa pun, terima kasih cikgu2 kerana sudi datang membantu urusan pendaftaran tempohari....(wasap daripada PK1)
5 hours ago
No comments:
Post a Comment