Masuk jer sempadan Machang, kelihatan pergerakan kenderaan agak perlahan sikit. Dalam hati abi berbisik ni mesti jem teruk jalan lepas banjir.
Sampai je kat highway Machang-Tanah Merah pun sama keadaan jugak. Jem teruk sehinggalah berenti makan tengahari sekejap di sebuah kedai makan. Masa tengah cari kedai makan tu, memang amat payah sekali sebab banyak yang tak buka. Ya tak buka sebabnya tiada air dan letrik.Hampir seminggu dikhabarkan. Huh! camner la mak ayah abi di Felda tu....
Selepas makan abi teruskan perjalanan menuju ke Manal. Stesen minyak tutup. Yang ada hanyalah kaki2 jual minyak dalam botol di bahu jalan. Dengar citer boleh tahan jugak la harganya sehingga boleh mencecah RM5 sebotol...darurat katakan...
Seterusnya meneruskan perjalanan ke sebuah taman perumahan di belakang Pantai Timur. Not sure nama apa taman tu. Tapi suasananya memang amat menyedihkan. Dengar citer air bah kat situ hampir mencecah bumbung rumah. So, banyaklah kenderaan bergelimpangan (bukan mayat) yang diselaputi lumpur atau bahasa Kelatenya "selut".Kelihatan orang ramai sedang membersihkan rumahnya masing2. Bersih apa yang patut. Yang dibuang pun ada dan dilonggokkan di tepi bahu jalan.
hanya gambar yang dapat menceritakan keadaan sebenar....
No comments:
Post a Comment