Tuesday, July 4, 2017

Malam untuk berehat

ihsan dari google

Malam untuk berehat...berhentilah bekerja. Badan penat otak letih kerana seharian bekerja. Tumpukan pada keluarga dan amal ibadat kepadaNya...

Memang cantik sangat Allah SWT ciptakan malam tu untuk hambaNya berehat.

Tadabburlah maksud firmanNya:

"dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat. dan kami jadikan malam sebagai pakaian" ....surah An Naba' (9-10)

hari ini warga SBP dikejutkan dengan kematian seorang Pengetua SEMESTI. Arwah ditemui tidak sedarkan diri dalam keretanya pada jam 3 pagi. Sebelum tu, arwah telah keluar dari rumahnya untuk meronda2 kawasan sekolah dan berehat dalam keretanya lalu tertidur terus dan selama2nya.....

Al fatihah untuk arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Digolongkan di kalangan orang2 yang beriman. 

Cuma kita yang hidup ni, berpadalah dalam melakukan kerja.Jika badan letih, berehatlah. Jangan duk kacang sangat! (loghat kelate) kelak merana badan. Mungkin arwah dah sampai ajalnya begitu. 

Gunalah waktu malam sebaik mungkin.

SELAMAT MALAM

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.