Monday, July 3, 2017

Perangkap tikus

perangkap yang dibeli RM8

kali ni dah masuk perangkap. Abi fikir ni kali kedua si mokkus ni masuk perangkap. Kali pertama masuk abi lepaskan saja dalam semak tepi rumah tu. Kali ni masuk rumah lagi. huhu...tiada maaf bagimu lagi.

Kali ni terpaksa campak dan buang daerah jauh2. Buang ke negeri pasir berdengung. Biar hidup ngan spesis hok sama jenis situ. Cari rumah baru pulak la situ.

Nok katok biar mapus sian sangat rasanya. Nak bagi makan racun tikus takut busuk rumah pula. Takut cari tak jumpa mana perginya. Last2 pikir buang daerah la.

Apa pandangan Islam tentang tikus ni?
Boleh bunuh tak?

Fatwa mengatakan bahawa tikus ini adalah salah satu makhluk perosak juga dan boleh dibunuh.

Tapi nak bunuh tu perlulah kepada ihsan dalam membunuh. Dengan erti kata lain nak bunuh biarlah mati cepat. Jangan siksanya lama2 seperti meletakknya di tengah panas atau pun menjirusnya dengan air panas dan sebagai nya.

Kalau nak pukul biarlah dengan sekali pukulan atau dua kali dan terus mati. Jangan sampai dia terazab sakit sebelum mati.

yang ni adalah salah satu teknik membunuh dengan cepat. tikus yang terkena jerat ini akan mati @KO terus

yang ni petua nak halau tikus:
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.