Biarlah kite ni tak sehebat pusat2 tahfiz yang lain pun, janji masa bersama anak2 terisi dengan baik. Alhamdulillah diorang sambut baik dan tak memberontak.
Kem nya bermula selepas solat Subuh berjemaah bersama2. Selepas tu diorang akan mula menghafaz selama lebih kurang 40 minit - 1 jam (sesi 1), manakala selepas asar pula (sesi 2) akan diadakan sesi tasmik. Jadual nya cukup fleksible dan tak menekan anak2. Diorang bebas nak buat apa2 selepas menghafal.
Surah yang diorang hafal adalah Surah Al Mulk. Abi kalau dapat nak cuba diorang hafaz surah ni dalam cuti sekolah ni. Kalau dah hafaz nak tambah lagi Surah Luqman (1 muka surat). Setakat ni along dan angah hampir ingat satu muka surat S. Al Mulk tu.
Kenapa pilih Surah Al Mulk???Tak pilih surah yang lain. Surah ni banyak kelebihannya. Antaranya bagi pembacanya yang membacanya setiap malam sebelum tidur, jika meninggal dunia akan terlepas daripada soal jawab kubur. InsyaAllah nak suruh anak2 membacanya sebelum tidur bila dah hafal nanti.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Surah Luqman pula dipilih adalah kerana isi kandungannya yang sarat dengan nasihat seorang bapa (Luqman) kepada anaknya. InshaAllah akan diperhalusi isi kandungannya sambil menghafal nanti. Abi pun boleh tumpang sekali juga dalam menghafal ni. Dulu dah hafal tapi sekarang ni banyak yang lupa.
Apa program korang semua dengan anak2??? Pastikan ianya bermanfaat untuk anak2..Jangan biarkan jiwa diorang kosong tanpa apa2 pengisian. Carilah apa2 program untuk diorang tu. Kesian diorang. Kalau asyik mengadap gajet jer setiap hari, itu memusnahkan anak namanya. Kalau dapat hantar pergi mengaji Al quran pun dah dikira ok. Perbetulkan tajwid mereka. Biar mereka tau sekurang2nya baca Al Quran dengan tajwid. Abi tak rasa apa yang mereka belajar di sekolah dapat diambil sepenuhnya. Mesti kena cari guru mengaji yang lain. Kalau ibubapa dapat ajar lagi baik lah.
Tahun lepas, abi punya program bersama anak2 di musim cuti adalah hafazan doa2 pilihan yang ma'thur daripada Al quran. Abi pilih beberapa doa dan alhamdulillah kini mereka dapat membacanya selepas solat. Mereka dapat hafal sekurang2nya 10 doa daripada Al quran. Moga2 mereka ini sentiasa mengamalkannya selalu dalam kehidupan mereka walaupun abi dan ummi dah meninggal.
Ok lah , selamat bercuti bagi warga pendidik. Jagalah anak2 anda. Mereka adalah mutiara yang perlu digilap senantiasa dengan " roh iman dan amal" agar mampu mendepani arus globalisasi dan zaman fitnah dajjal.
wassalam.
No comments:
Post a Comment