Tuesday, December 5, 2017

Work Out@ berkebun

Alhamdulillah cuaca pagi tadi amat cantik dan molek. Panasnya yang tak sangat terik. Sesuai la nak bercucuk tanam @ bersenam. Tapi ari ni abi pilih untuk berkebun. Sambil2 tengok dan melayan anak2 pokok lada, kacang botor dan juga serai.

Sebelum tu sempat juga lah meracun rumput2 yang ada kat depan rumah tu. nampak macam dah tinggi hingga ke paras lutut. Takut juga jadi tempat pembiakan ?*&^%$#.....nauzubillah...Yang pentng kita kena jaga kebersihan alam sekitar. Bukan setakat dalam rumah je kena jaga, luar rumah pun kena jaga. Syukur dapat habiskan 10 liter air pam dengan 2 kali isi. Harap mati lah dikau wahai rumput.

Turun pukul 9 lebih dan berenti dalam kul 1130 lebih. banyak juga lah peluh yang keluar. Kira ok lah tu untuk ari ni. Nak bersenam yang berat2 pun rasanya dah tak daya, hanya pegang cangkul dan cabut rumput jer. Menebas lalang sikit2 pun dah berpeloh. Orang tua katakan. huhu. Yang penting keluar peluh. Betul tak???

Bila dah berumur 40 an ke atas ni, tak boleh lasak2 dari segi pergerakan. Sebab abi bukan kaki yang jenis lasak2...main sukan pun dah berenti lama dah. 5 tahun yang dulu. sekarang nak main macam 5 tahun yang dulu tak jamin. Rasanya semput dan tercungap2. Malas lah. Baik jaga badan dengan mencangkul jer.

Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di waktu petang.

Nak buat camner kerjaan Tuhan belake. Lepas zohor hujan dah mula turun. Memang musim dia takleh nak kata apa.Tak tau la racun yang kena rumput tadi tu sempat meresap ke tak....pasrah!

wallahua'lam.


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.