Thursday, September 10, 2009

Selipar Jepun

Tak der citer lain nak melainkan citer selipar juga. Boring juga asyik -asyik citer selipar. Tapi kali ni abi nak bagitau korang semua.....selesai abi solat jumaat di Masjid SMKAM, abi pun lepak-lepaklah kat situ kejap bersama member....sembang ilmiah...

Tiba waktu nak balik tu terkejut biawak sebab selipar jepun abi tiada dan dikebas oleh manusia tak berhati perut. Entah puasa ko tidak manusia tu...Abi rasakan manusia camtu memang tak menjaga pantang larang puasa....Mencuri biasa dibuat apatah lagi benda lain...

Tapi tak lain dan tak bukan ....denyut hati abi mengatakan itu adalah angkara budak sains sendiri. Mungkin depa ni pergi berkaki ayam dan balik memakai selipar curi...wallahu'alam!

Yang pentingnya, di bulan puasa kita akan diuji dengan bermacam-macam ujian dan dugaan. Terpulang kepada kita bagaimana cara untuk menanganinya. Kalau kita bersabar dengan cabaran dan dugaan maka besarlah pahala kita di sisiNya.

** dalam hati abi berbisik " aku baru diuji dengan ujian kehilangan selipar jepun. Itu baru ujian kecil. Banyak lagi orang diuji dengan ujian yg besar2 spt kehilangan anak, isteri, rumah dan lain-lain lagi.

'Ala kulli hal ....alhamdulillah.

Wednesday, September 9, 2009

Selipar power

gambar hiasan

Minggu lepas, abi bersolat terawih bersama para pelajar di surau. Nak dijadikan cerita pada kali ni, selipar abi dikebas oleh pelajar yang entah tak tau apa namanya. Selipar jenama power. Taklah mahal. Kedai Bata je beli tu. So, balik lah abi berkaki ayam...... :(
Kalau abi nak cari gaduh ngan budak tu,,,,mahu abi kumpulkan seluruh pelajar Islam dan check sorang demi sorang. Gerenti jumpa (kalau ikut pengalaman lepas). Setakat ni, dah 3 kali selipar abi cuba dikebas oleh pelajar tapi berjaya diberkas oleh abi sendiri!

Nak ceritanya....pelajar kita ni sanggup bedal@kebas selipar tak kira siapa punya. Seingat abi baru je malam kelmarin abi bagi tazkirah pada pelajar. Siapa kata syaitan takde di bulan puasa ni. Syaitan tetap ada di bulan ni, cuma ianya kurang berkuasa atau kurang mempengaruhi hamba-hambanya yang taat kpd Allah di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Itulah yang dimaksudkan dalam hadis nabi "......syaitan akan dirantai@diikat kakinya...."

wallahu 'alam..sekadar curahan rasa...

Sunday, September 6, 2009

Air mata Rasulullah saw


pemandangan dalam ka'abah
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya... Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'



Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Saturday, September 5, 2009

Ceramah Ust Wan Shohor Bani b. Leman

Akhi Muhtar menyampaikan cek kepada pengurus Tabung Baitulmal caw. Miri

PPG Miri turut menyumbang kepada Badan Kebajikan Anak Yatim Miri

Al Ustaz adalah merupakan seorang pensyarah di UIAM

Malam tadi abi bersama Wildan menghadiri satu ceramah dalam program "Semarak Wahyu" yang disampaikan oleh Ust Wan Shohor di Masjid At Taqwa. Ceramah bermula selepas habis solat terawih 8 rekaat dan witirnya. Banyak input menarik yg telah disampaika oleh al ustaz dalam masa 1 jam setengah. Rasanya tak sedar masa berlalu kerana asyik dengar ustaz berceramah walaupun dalam nada yang selamba dan mendatar. Bak kata orang Kelate macam dok "baghi"-bercerita.

Saper -saper yang tak pergi memang rugi....itu yg dapat abi katakan kerana banyak diceritakan benda-benda yg kita tak tau! Turut disampaikan juga ialah penyampaian cek kpd Tabung Baitulmal cawangan Miri oleh pengerusi Yayasan Amal Miri,akhi Muhtar Suhaili.

Thursday, September 3, 2009

kurang selera

gambar hiasan

Ramadhan dah hampir separuh meninggalkan kita. Sering kita dengar daripada kawan-kawan kita yang mana selera makannya dah berkurangan. Nak bersahur pun dah tiada selera lagi. Kekadang tu terpaksa bersahur larut malam takut waktu diniharinya kurang berselera...

Tapi sedarkah kita...bahawa tiada selera makan tak semestinya kita tiada selera untuk beribadat kepada Allah di bulan ini...Sesungguhnya Allah tak jemu untuk mencatit amalan hambanya yang banyak beribadat di bulan Ramadhan ini. Kebelakangan ini saf-saf solat berkurangan....manusia lebih suka untuk berehat di rumah ....konon-kononnya beribadat di rumah!

Minggu Cahaya Ramadhan 1430H

Majlis perasmian MCR dirasmikan oleh Al Ustaz Abu Wildan Muzaha

Waktu berbuka dah hampir tiba. Saudara Zulkhairi Eneng membahagikan tamar dan karipap

Pelajar muslimat bersiap untuk bersungkei

Allahummabariklana....dah tiba waktu sungkei...abi pun bersungkeilah bersama-sama depa tu!

Tahniah dan syabas! kepada team naqib/naqibah kerana berjaya mengadakan MCR tahun ni yang bermula semalam. Semoga 'amal diterima Allah swt.

Wednesday, September 2, 2009

Forum Ramadhan & Merdeka



Forum Ramadhan yang diadakan di Masjid An Naim Lutong, Miri
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.