Monday, November 10, 2014

celoteh kecil...

assalamu'alaikum wbth,

Amat lama untuk tidak mencoretkan kalam luahan rasa hati dalam blog ini. Allah menyibukkan diri abi dengan pelbagai kerja duniawi yang perlu disetelkan dalam masa yang suntuk ini.

Boleh dikatakan dalam bulan ini, abi menghabiskan masa di sekolah dengan membuat penggambaran majalah. Baik untuk persatuan@kelab mahupun kelas. Kini penggambaran hampir selesai sepenuhnya. Tunggu lagi masa untuk mengedit...

Nasib baiklah rakan partner sedia berkongsi tenaga mencurahkan masanya untuk menolong abi juga. Terima kasih Cg Yani@Ilyani Firdayu atas kesudiaan menyiapkan penggambaran walaupun berbadan dua!


Setiap kali selepas solat Subuh, abi berdoa pada Allah agar dimudahkan segala urusan pekerjaan pada hari ini.Tidak tergendala dan tidak terbantut. Walaupun pada hakikatnya  penggambaran ini direncanakan bermula pada pertengahan Jun yang lepas. Banyak kekangan demi kekangan masa dan aktiviti sekolah yang datang secara tetiba. Akibatnya abi terpaksa mengalah dalam percaturan ini.

Memang nampak mudah SEKALI tengok dalam pembikinan majalah ini. Sesiapa pun boleh cakap. Tapi kalau DUA KALI tengok sesiapa pun akan menolak dalam memikul amanah ini.Sekadar nak cakap bolehlah. Setiap kali berseloroh memang ada yang akan menolak. Itulah duniaku...

Walaupun begitu abi masih tetap boleh memberi senyuman untuk orang lain!


Thursday, October 30, 2014

Penggambaran sistem rumah

rumah Abu Bakar As Siddiq aka ABAS bersama wardennya 'abi' 

Mr. Hisham as a warden for Umar Al Khattab

Bro Suhaimi,warden Usman Al Affan 

Bro Haz, warden perihatin untuk Rumah Ali 


syukran jazilan atas komitmen warden2 yg sanggup turun padang pada hari ini bersama anak2 SAIS...

Roll call @ Inspection asrama

today and this morning ....

gelagat anak2 SAIS semasa rollcall asrama...merah n kuning 


Haziq n Udin 

Penggambaran majalah bermula....

Bahasa Antarabangsa....Arab, Perancis & Jepun

Cikgu Zalizan....baru transfer dari Sarawak 

cikgu cikgi SAIS

Pasca PT3

Pasca PT3 bermula ....

peace blako....

ticer Najiah...very spotting ticer

bola jaring....tengahari hari panas ceng pong diorang main gak!

geng mat rambo!!


kaunselorsss SAIS


Melayan karenah adik2 dr SK Panchor Merah


gambar credit to: Aisyah, form 3 ....syukran

Wednesday, October 29, 2014

Rasukan

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk menghirup udara segar dalam menjalani ibadah harian selaku hamba Allah SWT di muka bumi ini.

Banyak sangat perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang Oktober ini. Tak sempat nak update. Al maklum sibuk dan buat2 sibuk. Hanya sempat berwasap dan bertelegram. FB tak dilupakan.huhu....dunia belako!!!

Satu benda nak kongsikan di sini ialah berlaku ke atas seorang pelajar lelaki yang telah dirasuk oleh makhluk halus. Lewat maghrib beberapa pelajar lelaki datang menerjah rumah abi dan kebetulannya abi baru sahaja selesai mengarahkan bebudak di asrama turun solat ke surau.

Pelajar itu yang abi namakannya murid S  (bukan murid ssumbak) dalam keadaan menangis. Tak sedarkan diri. Bila ditanya lalu dijawabnya dia ingin pulang dan menunjukkan ke arah bukit di belakang flat.

Selepas beberapa ketika abi memulakan rawatan dengan ruqyah syar'iyyah. Dalam keadaan tubuh badan yang lemah dan penat abi meneruskan juga bacaan rawatan. Ternyata tidak memberikan kesan ke atas murid S itu.

Berfikir beberapa detik, lalu abi menyuruh tiga orang budak lelaki yang ada kat situ supaya azan secara bergilir-gilir. Alhamdulillah 'benda' tu dah keluar disebabkan kepanasan aura azan itu.

Murid S diberikan air jampi untuk diminum dan disapukan minyak wangi As Syifa' di badan.



 




Sunday, October 19, 2014

BBQ Party...santai geng PT3

 bergumbira selepas tamat PT3 ....syukur ya Rabb!

Bulat n Bucit nama yang tak asing lagi di kalangan form 3...cuba cari kat mane diorang

Bibah pun nak masuk bergambar juga...nak cari glemor dalam blog citer abi :)

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.