Thursday, June 18, 2015

pabila puasa berputik di hati

Terasa nak membicarakan tentang persiapan sblm menjelangnya Ramadhan. Apabila kita merindui sesuatu itu pasti kita akan buat persiapan yang secukupnya. Paling tidak kita akan persiapkan diri kita dengan berpuasa. Sekurang-kurangnya puasa beberapa hari di bulan Syaaban. 

Paling tidak perut kita dah merasai bagaimana rasanya@keadaannya pabila berpuasa di siang hari memandangkan dah lama tidak berpuasa. Sesetengah orang tu apabila berpuasa, akan merasai beberapa perubahan pada dirinya. Pening, mual, letih yang amat sangat dan sebagainya. Tapi akan hilang selepas berpuasa dua tiga hari selepas itu. 

Bagi yang merindui Ramadhan dan puasa pasti sudah mulai berpuasa semenjak di Syaaban lagi. Itulah namanya apabila cinta puasa itu dah mula berputik di hati.


Wednesday, June 17, 2015

salam ramadhan 1436H

Ku mengharap kan ramadhan
kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui
dengan sempurna....




Monday, June 8, 2015

tazkirahkan mereka!

Musim cuti sekolah dua minggu abi rasakan begitu singkat sekali. Segala perancangan ada yang dapat dilaksanakan dan ada yang tidak dapat dilaksanakan. Ya, kita yang merancang Dia yang menentukan! 

Masa bersama dengan anak2 di waktu cuti ini amat bermakna sekali buat abi. Sedari celik mata bangun tidur hinggalah melelapkan mata pada malamnya. Rutin harian mereka diperhatikan abi dan ummi. Apa yang mereka buat pasti akan abi tahu. Setidak2nya mereka bermain dan dengan siapa mereka bermain, apa yang mereka main akan diambil tahu. Saat umur sebegini haruslah kita awasi pergerakan mereka. 

Along dah terpilih untuk mengikuti Korobori Pengakap peringkat kebangsaan di Kem Telaga Batin selama seminggu. Alhamdulillah ada juga masa dan pengalaman berharga buat along.Namun kepulangannya sebaik sahaja habis kem dengan suara yang serak dan sengau. Semacam dah terkena selsema. Bila ditanya bagaimana dengan kem, seronok atau tidak. Dijawabnya tidak seronok. Macam2 kedengaran cerita2 yang tidak best sepanjang kem. Tidur lewat la, tandas rosak, kem komandan yang bengis la.....Sebagai seorang ayah abi bangga kerana anakk dah melalui saat2 sebegitu. Sekurang2nya itulah pengalaman bagi dia yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. 


Along, salah seorang peserta pengakap dari SK Kpg Buloh, Bandar Permaisuri

Angah pula, mengikuti Kem Anak Soleh anjuran Masjid Permaisuri di bawah kelolaan Imam Muda Us Ahmad Solihin. Pergi ke tempat kem awal pagi dan pukul 6 petang menjemputnya semula untuk pulang. Bila ditanya angah tentang kem, seronok katanya. lagipun kat situ ada kawan2nya satu sekolah.


Itu program luar. Program dalaman pula tak dilupakan. Sebaik habis solat Maghrib secara berjemaah, abi menyampaikan sedikit cerita yang penuh dengan iktibar. Ada cerita orang2 soleh dan juga kisah para nabi.Biar lah sedikit pun asalkan menjadi. Syukur angah begitu bersemangat untuk menjadi pendengar setia cerita abi setiap kali lepas solat maghrib. Tak sabar pula dia nak tau apa pula cerita keesokan harinya! 

Yang penting, tazkirahkan mereka! Berilah masa kita kepada mereka. Kalau kita dapat berikan masa kepada kawan2 kita dengan bersembang @ chitchat @whatsapp, mengapa tidak untuk anak2 kita...

Fikir2 kan.

bawa ex husband masuk rumah

soalan: 

Saya dah pun berpisah dengan bekas suami saya beberapa tahun yang lalu. Suatu hari dia datang berjumpa saya dan saya mengalukannya masuk ke dalam rumah dalam keadaan tiada sesiapa pun di dalam rumah. 

Bolehkah saya berbuat demikian? 

jawapan: 

Bekas suami puan dah pun berpisah dengan puan dan dia bukanlah lagi suami puan yang sebenar. Oleh itu puan wajib menjaga batas2 pergaulan dan aurat dengan bekas suami puan. bekas suami puan adalah orang asing @ bukan mahram  dan tertakluk kepada syarat2 dalam agama sama seperti lelaki2 lain yang boleh dikahwini. 

Oleh itu puan haruslah menjaga adab2 pergaulan agar tidak timbul fitnah belakang hari. Sebaiknya jika dia ingin berjumpa dengan puan,berjumpalah di tempat yang terbuka atau pun ditemani adik beradik@mahram.

Ingat! puan dengannya sudah tiada ikatan perkahwinan lagi....

wallahu'alam.

bawa tunang bersiar

Soalan: 
Bolehkah saya keluar bersiar-siar dengan tunang saya ? 

Jawapan: 
Tidak boleh dan berdosa keluar bersiar2 dengan tunang kerana tunang bukanlah isteri@suami. Dia hanyalah ikatan "tunang" sahaja dan tidak bergelar suami isteri lagi. 

Adapun jika keluar dengan kumpulan yang ramai seperti mak dan ayah atau beradik atas kemaslahatan tertentu seperti membeli pakaian kahwin dan sebagainya maka dibolehkan. 

wallahua'lam.

Saturday, June 6, 2015

selamat pengantin baru

6.6.2015 tarikh keramat seorang sahabat abi "Hazran" telah mengadakan walimatul urus di kpg lundang, Kota Bharu. Beristerikan seorang wanita dari Pahang, "Ana". Tahniah abi ucapkan atas undangan dan semoga rumah tangga yang dibina atas iman dan taqwa ini akan berkekalan dan berbahagia hingga ke syurga. Amin.


Wednesday, June 3, 2015

si kecil demam

Sehari dua ni Allah ujikan kami suami isteri dengan anak yg demam. Dah masuk hari ketiga Azzam demam. Siang malam abi dan ummi terpaksa menjaga suhu badannya dengan membasahkan tubuh badan dengan air. memang abi akui si ummi yang banyak menolong dalam masalah ni. 

Abi ke hulu ke hilir untuk menghantar anak ke kem anak soleh. Pergi menjengok rumah yang dalam proses buatannya. Makan minum pun terpaksa dibeli kerana tiada masa untuk masak. cuma malam tadi lah abi buatkan nasi goreng untuk anak2...

Harap2 masuk hari ke empat ni si Azzam hampir sembuh.Amin.  Memang kami tak guna ubat dari klinik. Hanya berusaha dengan jus qaseh Junior dan bertawakkal kpdNya.

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.