Wednesday, September 9, 2015

berhabuk...

Alhamdulillah dapat juga jari ini memetik keyboard...

Agak usang rasanya bila lama dah meninggalkan blog ni. Seolah rumah yang bertuan tapi tidak dijengok tuannya.

Berhabuk memang la berhabuk. Sebab takdak orang yang menjengok.
Kali ni mmng banyak citer abi nak kongsikkan.

24 Ogos memang tarikh keramat yang tak dapat abi lupakan. Our anniversary ...
Bila kenangkan tarikh ni, lamanya abi dah kawin dengan ummi. 17 tahun beb! Kalau budak laki memang dah akil baligh ni. Kalau pompuan pula memang cute giler aaaarr.Bersolek sana sini. pipi memutih...

Alhamdulillah abi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama isteri dan anak-anak. Terima kasih buat isteri kerna sudi menjadi pendamping hidup ini. Tiada kata-kata indah  yang nak dilafazkan melainkan jazakumullahu khairan kathira atas layanan kpd diri ini, layanan untuk anak-anak dan sebagainya.

Seandainya abi tiada dan abi pergi dulu menghadap ilahi, abi ingin perkatakan bahawa abi halalkan atas apa yang berlaku sepanjang hayat kita berdua. Tiada dendam,zalim menzalimi apatah lagi ingin menganiyai insan kerdil yang banyak memberi khidmat sepanjang al hayah az zaujiyyah.


5 Sept adalah my besday abi. huhu dah masuk 40 rupanya abi ni.....kalau tengok di kepala tu mmg adalah 4 5 urat anak rambut putih. kat janggut pun ada. Bila kita dah meningkat usia, percayalah umur kita semakin pendek.

Hayat kita makin singkat dan makin hampir dengan kubur. Ajal maut kian menghampiri. Entah esok entah lusa kita bakal menemui pencipta kita.

Ya Allah matikanlah kami dalam keimanan kepadaMu. Tempatkanlah kami bersama orang-orang soleh dan auliya'Mu. Amin.


gambar tahun 2010

tahun 2011


tahun 2013
 
 tahun 2014

and it's me in 2015...

alhamdulillah 'ala kulli hal....




Thursday, August 20, 2015

abi n kuey teaw

Bismillah..thummal hamdulillah..

Pagi semalam dapat bangun awal. Mungkin tido awal kot. Isya' pun solat lewat. Bangun di sepertiga malam dah. Badan penat sangat2. Bangun pagi dapat la buat sesuatu anak2. Jarang berlaku dalam sejarah hidup abi, sediakan makanan pagi terutamanya yg berat2 utk anak2 ke sekolah. 

So pagi semalam, berbekalkan ilmu memasak  yang ada abi jadi chef beraksi di dapur untuk masak @ goreng kuey teaw. Memang simple sangat penyediaannya tapi itulah yang selalu dipuji oleh anak2.Bahannya tumis bawang putih sahaja dan masukkan kicap dan sos cili secukup rasa.  Anda pernah buat ??? he he he....itulah resepi segera. Memang sedap. Tak percaya sila buat. Semudah itu kan ? 

Tapi kalau korang nak buat best2 lagi, boleh la masukkan sayur sawi ke, udang ke , ayam ke, dan lain2 lagi lah kalau nak...eksosori . Tapi kalau anak2 ni jarang sangat yang suka makan sayur dan seumpamanya.

Itulah rahsianya nak menambat hati anak2 . Anak2 abi memang suka la time abi masak kue tiaw ataupun mee goreng. Mee goreng lagi la diorang suka. buat atau goreng macam ala2 basah ckit tu. Memang gaduh la diorang berebut mee goreng tu. kih kih kih...

ok la cukup sampai di sini sahaja citer semalam. Apa pun yang kita buat kalau untuk anak isteri kita InsyaAllah berpahala dan termasuk dalam amal soleh. Walaupun apa yang kita buat tu sebesar zarah atau sekecil biji kacang tetap akan dinilai di sisi Allah SWT.

Monday, August 10, 2015

good luck firgeosa

Bersengkang mata selama dua hari ni mengadap komputer untuk menyiapkan banner form 5. Alhamdulillah dah siap tapi sekadar je la...tak reti mano!


GOOD LUCK TO FIRGEOSA !



Mata pun dah merah dan terasa layu....huhu. So, nak tido lah. Esok ada "job" lain pulak yang bakal menanti....

see u tomorrow,,,,,,assalamua'laikum .....

12.23 am ....

Friday, August 7, 2015

Tuesday, August 4, 2015

Ziarah mahabbah eid

 Alhamdulillah thummal hamdulillah....Allah yang mengaturkan segalanya atas hambanya. Ziarah ke rumah Ust Zamri Rejab tercapai juga akhirnya setelah sekian lama. Walaupun dek kesibukan jalanraya di musim eid ini Allah capaikan juga hasrat hati untuk mengunjungi sahabat abi ini yang dikenali di Jordan lagi. Lokasi: Bersebelahan UMK, Bachok

 Sudah daripada kawan2 abi yang sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat Master malahan ada yang telah pun pergi jauh dari itu, PHD. Abi bila lagi ???erm...rahsia :)

Ziarah kami juga sempat berkunjung ke teratak Kak Tie di PCB. Merupakan antara sahabat baik ummi semenjak di Jordan lagi. Ukhuwwah kami tetap diteruskan walaupun dah melebihi satu dekad. Alhamdulillah.

possing jap antara feveret kami di rumah orang...

Eid kami....tema merah

anak2 penyejuk mata hati

bersama adinda Zul dan anaknya, Farhan

 wefie raya

ayahanda...susah sangat nak bergambar dengannya. Kali ni dapat sempena raya.huhu

bonda tercinta...
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.