Saturday, November 18, 2017

Konvokesyen Azzam....Pra Sekolah SK Kpg Buloh

Citer hari Selasa yang lepas...anak abi Ahmad Azzam Hakimi telah pun menamatkan pra sekolah nya (6 tahun) di SK Kpg Buloh, Setiu. Berjubah merah diorang tu. Cantik dan lawa!!  Tu adalah adalah ahli kelas diorang. Kelas Delima. 



zaman abi dulu takde lah konvo ala2 gini. Kira habis sekolah, habis lah...huhu...zaman lening jah kira macam2 dah diorang buat untuk menampakkan kemeriahan di alam sekolah. Alaa...kanak2 riang ria ribena...


yang perempuan berjubah biru...comel llote blako


korang masih ingat tak siapa nama guru tadika korang? 
Abi masih ingat lagi tau? Tahun 1986 & 1987 abi bersekolah tadika. Nama cikgu abi ialah Cikgu Noraini dan cikgu Hashimah. Terima kasih cikgu kerana mengajar abi A B C.... 1 2 3.... sehinggalah abi berada pada tahap sekarang ni. 

Moga Allah balas jasa dan budi baik kerana mengajar abi mengenal erti hidup.

Jazakumullahu khairan kathira.

Thursday, November 16, 2017

Surah Al Kahfi


Sempena hari Jumaat ni, jom kita baca.....

Moga Allah Selalu dan sokmo jaga kita antara Jumaat ni hingga lah ke Jumaat depan. Amin

Paling tidak pun baca ayat 1 - 10 dan 10 ayat terakhir.

Dia pun makhluk Allah jua

Tengah sedang menunggu budak2 nak berlatih menari, ada seekor burung yang terbang kat ruang legar lobi pejabat. Terus dia terhantuk di dinding cermin tu. Jatuh dan pening2 lalat kat lantai. Abi ambil dan tengok matanya terkebil2...Pening lagi gamaknya....

Oh kesian...mungkin masa dia terbang tadi tak pakai radar dan terus kena dinding.

Dia pun makhluk Allah jua dan harus dibantu. Kena buat ihsan terhadapnya. Bantunya terbang semula. Abi berikan burung tu pada beberapa budak SAIS agar menjaganya sehingga pening nya hilang dan dapat terbang semula.


Makhluk yang tak berakal pun Allah suruh kita membuat ihsan, inikan pula manusia yang berakal lebih lagi la kena buat ihsan...

Friday story

Pagi ni kluar makan dengan ummi. Tempat feveret ummi. Warung Tok Ma yang terletak di Bukit Grebar, Setiu. Dalam sebulan adalah sekali pergi makan situ. Apa istimewanya warung tu??? Kat situ ada gulai ayam kampung dan nasi kerabu sedap. Kira jjijak hati la kalau makan (kata orang kelantan) Kat situ lah antara warung ayam kampung yang abi dan ummi selalu makan selain kat Kg Bintang. Pagi ni kita makan berdua jah tau! Kasi romantik sikit di pagi Jumaat nih...huhu. Si baby Affan kite tinggal kat along suruh mengasuh kejap....Along memang boleh diharap. Sekali sekala nak juga makan berdua kan...kan...

Dalam pukul 9 lebih abi siapkan Affan pula....mandikan dia.Kasi dia segar bugar. Biasanya Affan akan jadi aktif selepas dimandikan. Ceria mukanya. Diajak bergurau pun dia mau.

Pukul 10 lebih abi bersiap ke SAIS pula melihat dan memantau anak2 ABAS membuat latihan menari. Persiapan untuk Hari Penutupan Showcase esok pagi. Berikan diorang laptop dan berlatih lah kat situ 2 jam.


Wednesday, November 15, 2017

Obses Kerja

Semalam adalah hari yang cukup memenatkan bagi abi. Dimulakan dengan sarapan roti canai "Roti canai ccotek" - ada telor ccotek atasnya.2 biji sekali hadap cuma yang satu lagi tu roti kosong lah. Sambil makan sambil sembang kedai kopi bersama geng2 penglipur lara. Geng yang selalu memeriahkan kedai kopi Kimie di awal pagi.

Bergegas pula ke makmal melihat hasil2 anak SAIS dalam KASTEK (Karnival Sains & Teknologi) tengok diorang present dan berkuiz. Abi dulu memang minat Sains sejak dibangku sekolah lagi. Mungkin minat kat cikgunya juga kot. Bukan cikgu pompuan la tapi cikgu laki. Penampilannya yang bersahaja dan wara'. Jarang kita lihat cikgu Sains yang wara'...Biasanya wara' ni kita kaitkan dengan penampilan ustaz2 dan ustazah2. Pemikiran abi pd masa tu la. Kewarakkan nya la yg menyebabkan abi minat subjek tu. Tapi kita minat pun tak lah tinggi sangat markah. Cukup makan je. At least kita tak lah tercorok sebaris dengan 'diorang' tu.




Namun, sebenarnya Sains lah yang mendekatkan kita dengan pencipta kita. Betul tak? Dengan Sains juga lah ia dapat memberikan kita pelbagai pahala.

Macam mana ye? Kita berfikir tentang keagungan ciptaan Allah dan rasa takjub dengan ciptaanNya. Kita berfikir tentang planet2 yang berjalan di orbitnya tanpa sebarang perlanggaran walaupun sedikit. Kita rasa heybatnya Allah. Itupun dah dapat pahala. Belum lagi kita kaji tentang pokok2 dan haiwan2...Seronok sebenarnya jadi cikgu Sains ni kalau dapat dikaitkan dengan agama. Kaitkan Sains dan agama. Di situlah kita mantapkan aqidah pelajar kita.

selfei dulu dengan adik Zul yg smart n hensom ni. Moga smart dia berjangkit jg ke kito nih....rasa muda pulak bila bersama orang muda.hihi

Oh ye.....habis pusing2 di makmal dan  snap beberapa keping gambar,turun semula dan kembali ke bilik guru membuat kerja2 pengkeranian yang tak habis2 dari dulu hingga sekarang. Pastu teringat kan pula nak mendaftar anak ke tingkatan 1/ 2018 Si Jazlan . Bergegas pula ke SMK Putera Jaya. Alang2 masa dah nak mendekati pukul 115 pm, pekena dulu nasi beriani kambing di Bandar Permaisuri. RM12 + Teh O Beng! Selepas ambik anak dari sekolah,masuk semula sambung kerja.....hinggala lah berjumpa dengan PKP untuk penilaian akhir PBPPP. Sembang2 dengan PKP hinggalah jam menghampiri pukul 5.Metabolisme badan dah makin menurun. Mata rasa kuyu jer.Nak cari bantal. Asyik duk ngadap komputer kan dari td.Penat mata, penat badan,penat otak. Last2 bersiap pulang.

Singgah di kedai Pok Ayub beli  nasi sekejap untuk hero2. Tentunya ummi tak masak dengan kondisinya yang kurang sihat. Senang citer beli n bungkus.

Lepas Isya' mata start kuyu lagi dan rasanya dalam pukul 930 lebih, shutdown!

Tersedar jam 400 pagi dan sambung kerja lagi sikit >>>>>PAJSK ....yg belum complete.
Setel sudah. Alhamdulillah.

keje....keje....keje.....

Usah mengata

Kita tidak ada masa untuk mengata kat orang... masa kita amat suntuk... kita tidak ada masa nak buka aib atau memalukan orang lain.. aib dan dosa kita sendiri pun cukup banyak.. di akhir zaman ni kita perlu banyak muhasabah diri dan cari amalan amalan yang soleh... kita perlu bimbing keluarga kita... masa kita makin sempit... mari kita cari bekalan untuk selamatkan diri kita di padang mahsyar nanti.. di mana setiap orang sibuk nak selamatkan diri sahaja... tak akan hiraukan orang lain !
- Mohib Khouli -

Dunia Bukan Pentas Lakonan!

Dunia Bukan Pentas Lakonan, Hidup Bukan Pertandingan!
'Tak mahu kalah'??? 'Tak boleh nampak orang lebih daripada kita'? Sedap istilah "tak mahu kalah" dan "tak boleh orang lebih".
Siapa yang letak kalah atau menang? Siapa yang membandingkan diri lebih atau kurang? Siapa yang bertanding untuk nampak "lebih"?
Mengapa perlu bertanding? Kita berjalan di atas LANDASAN TAKDIR KITA MASING-MASING. Fokus sahaja kepada laluan kita dalam menuju redha Allah. Usah rasa bertanding dengan sesiapa sehingga timbul rasa negatif seperti cemburu dan iri hati. Sia-sia semua itu.
Fahamilah dengan mata hati bahawa hidup ini bukan sebuah pertandingan. Dunia ini bukan tempat berlumba-lumba mencari "kelebihan".
Bertanding atau membanding untuk positif itu tidak salah. Sekadar membanding diri dengan yang lebih hebat untuk kita jadikan idola, agar berjaya dan membangun maju setanding orang-orang berjaya itu bagus. Majukanlah diri untuk beribadah kepada Allah.
Semua kita adalah manusia yang keluar dari perut ibu tanpa apa-apa, telanjang sahaja. Adakah kau seorang terlebih istimewa dan hebat daripada orang lain yang lahir-lahir sudah siap memakai baju sutera paling mahal sejak dari dalam perut ibu, dan ada kelebihan lain daripada orang lain, adakah??? Tidak, bukan. Janganlah saling hasad dengki dan iri, kerana kita ini lahir ke dunia sama-sama tiada apa-apa.
Dan mati nanti pun kita takkan bawa apa-apa, semua dikafankan dengan kain putih sahaja. Kain putih yang sama sahaja tak kira pangkat kita apa, kita lawa ke tidak, kaya ke miskin, putih ke sawo matang, kerja apa, status apa.
Tiada beza kan kita semua? Jadi mengapa nak rasa aku lebih, kau kurang? Mengapa nak cemburu dan iri hati?
Kita semua sama sahaja. Walau kita dato', datin, menteri, guru, janda, anak dara, isteri orang, anak orang, ketua jabatan, tukang sapu atau sesiapa jua...sama sahaja.
Perlu kita ingat bahawa kita semua sama di sisi Allah. YANG BERBEZA DI SISI ALLAH ADALAH TAKWA. Bukan pangkat, darjat, rupa atau harta.
Wallahualam.

copy n paste dr Fb
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.