Dunia Bukan Pentas Lakonan, Hidup Bukan Pertandingan!
'Tak mahu kalah'??? 'Tak boleh nampak orang lebih daripada kita'? Sedap istilah "tak mahu kalah" dan "tak boleh orang lebih".
Siapa yang letak kalah atau menang? Siapa yang membandingkan diri lebih atau kurang? Siapa yang bertanding untuk nampak "lebih"?
Mengapa perlu bertanding? Kita berjalan di atas LANDASAN TAKDIR KITA MASING-MASING. Fokus sahaja kepada laluan kita dalam menuju redha Allah. Usah rasa bertanding dengan sesiapa sehingga timbul rasa negatif seperti cemburu dan iri hati. Sia-sia semua itu.
Fahamilah dengan mata hati bahawa hidup ini bukan sebuah pertandingan. Dunia ini bukan tempat berlumba-lumba mencari "kelebihan".
Bertanding atau membanding untuk positif itu tidak salah. Sekadar membanding diri dengan yang lebih hebat untuk kita jadikan idola, agar berjaya dan membangun maju setanding orang-orang berjaya itu bagus. Majukanlah diri untuk beribadah kepada Allah.
Semua kita adalah manusia yang keluar dari perut ibu tanpa apa-apa, telanjang sahaja. Adakah kau seorang terlebih istimewa dan hebat daripada orang lain yang lahir-lahir sudah siap memakai baju sutera paling mahal sejak dari dalam perut ibu, dan ada kelebihan lain daripada orang lain, adakah??? Tidak, bukan. Janganlah saling hasad dengki dan iri, kerana kita ini lahir ke dunia sama-sama tiada apa-apa.
Dan mati nanti pun kita takkan bawa apa-apa, semua dikafankan dengan kain putih sahaja. Kain putih yang sama sahaja tak kira pangkat kita apa, kita lawa ke tidak, kaya ke miskin, putih ke sawo matang, kerja apa, status apa.
Tiada beza kan kita semua? Jadi mengapa nak rasa aku lebih, kau kurang? Mengapa nak cemburu dan iri hati?
Kita semua sama sahaja. Walau kita dato', datin, menteri, guru, janda, anak dara, isteri orang, anak orang, ketua jabatan, tukang sapu atau sesiapa jua...sama sahaja.
Perlu kita ingat bahawa kita semua sama di sisi Allah. YANG BERBEZA DI SISI ALLAH ADALAH TAKWA. Bukan pangkat, darjat, rupa atau harta.
Wallahualam.
copy n paste dr Fb
No comments:
Post a Comment