Saturday, November 18, 2017

Power Istighfar



"Barangsiapa  sentiasa  beristighfar  nescaya  ALLAH  memberikan  jalan  
keluar  untuk  setiap  kesedihannya  dan  membuka  jalan  untuk  setiap
kesempitannya  dan  ALLAH  memberikan  rezeki  yang  tidak  disangka-sangka."
(HR Ahmad, Abu  Daud,  Ibnu  Majah  dan  Hakim)


Kali ni abi cuba nak kongsikan power of Istighfar dalam hidup abi sendiri. Bukan nak menunjuk2 tapi sekadar perkongsian dengan ahli blogger sekelian betapa KUASA nya begitu hebat. 

Dalam hidup kita ni, kita tak dapat lari daripada pelbagai masalah. Ada masalah yang kecil mahupun yang besar. Di sini lah Allah nak menduga dan menguji hambaNya sejauh manakah kebergantungan kita kepadaNya. 

Ada yang kuat imannya akan terus tidak putus2 berdoa dan berusaha untuk menyelesaikan masalah hidunya. Di samping tawakkal kepadaNya. Ye, tawakkal yakni berserah kepadaNya selepas berusaha. Bukannya tawakkul yakni berserah tanpa usaha.

Dan salah satu daripada usaha seorang hamba yang sedang di landa musibah adalah dengan beristighfar. Mengucapkan kalimah keramat itu dalam keadaan yang pelbagai. Baik sesudah sembahyang atau ketika bersahaja, iaitu tatkala senang lenang. Nampak mudah bukan ? tapi tak semudah itu wahai sahabat2ku....

Ungkapannya cukup mudah sesiapa pun mampu melafazkannya hatta kanak2 sekalipun. Bukan itu sahaja manusia munafik pun mampu melafazkannya! yang jadi masalahnya sekarang adalah ISTIQAMAH. Istiqamah dalam melafazkannya.

Carilah masa yang sesuai untuk beristighfar. Contohnya selepas solat isya'. Capailah biji tasbih tu dan beristighfar lah. Amalkan selama sebulan berturut2, InsyaAllah anda akan istiqamah selepas itu. Ataupun diamalkan sebelum hendak tidur. Selepas bacaan doa tidur beristighfar lah...(silap haribulan anda akan tertidur sambil beristighfar) Alhamdulillah jika anda mati sekalipun pada malam itu, InsyaAllah anada mati dalam keadaan sedang bertaubat kepadaNya. 

Nak kongsikan di sini bila abi sentiasa amalkan zikir ini, abi nampak pertolongan Allah datang membantu. Sedikit demi sedikit segala masalah dapat diselesaikan. Memang benarlah pesanan Nabi Allah Nuh kepada kaumnya supaya beristighfar, nescaya pertolongan Allah akan datang. Ye, Nasrullah. Pertolongan Allah pasti dekat! 

Selamat beramal!


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.