Sunday, May 28, 2017

Semalam pergi ronda2 Rantau Panjang. Dalam pukul 1130 gitew. Hajatnya nak beli baju raya untuk hero2 tapi takde yang berkenan. last2 beli seluar jeans slack sehelai. RM30. Pastu untuk her0 no 1 & no 2 diorang nak beli beg Quechua...

Usha sana sini maka terjumpalah. Rata2 diorang bagi rega yang sama. Beg yang budak2 muda duk wat stail loni tuh. Kecik jer tak lah besar sangat pun. RM20.

ihsan dari google


Saturday, May 27, 2017

Salam Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah musim cuti sekolah tahun ni betepatan dengan musim puasa. Puasa tahun ni disambut pada hari Sabtu bersamaan 27 Mei 2017. Dapat la abi sekeluarga sambut puasa dengan mak dan ayah di kampung. 

Malam tadi sempat berterawih malam pertama di masjid Nurul Hidayah Felda Kemahang 2. Imam Solat Terawih adalah imam jemputan. Dengar khabar daripada Thailand. Alhamdulillah bacaan nya sungguh merdu dan mengikut citer rasa abi. 

Hari ni pergi hantar ummi mengurut badan di Kampung Bechah Laut. Lepas urut badan, terus melencong ke Bandar Baru Tanah Merah. Shoping2 sikit mana yang patut. Intai baju raya untuk hero2. Tema tahun ni baju "kurta". warna tak kisah la warna apa pun janji kurta....kurta....kurta...bukannya kuch kuch ho ta hei ...hahaha...

Tak banyak lagi kedai baju raya yang buka. Khemah pun masih terbiar kosong lagi. Yang ada hanya khemah kepunyaan "Zaleha Textile". Banyak la juga baju kurta dan jubah2 kat situ. Sempat la abi sambar kurta untuk hero yang sulong dan kedua. Untuk hero yang ke 3 & 4 takdang nak beli lagi sebab terlupa bawa ukuran.huhu

Syukur tak terkira untuk Ramadhan kali ini kerana sempat lagi hidup dan bersama keluarga tercinta especially dapat sambut dengan mak ayah. 

Moga Ramadhan kali ini akan banyak membawa perubahan ke dalam diri abi , ummi dan anak2 khususnya dalam mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini. Biarlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang bermakna dari sudut sahsiah dan ruhiyah.

Wednesday, May 24, 2017

Kerabu Meggi

Bila tiba jer waktu petang, fikiran abi terus melayang nak masak apa yer untuk famili... Abi rasa begitulah hal nya dengan si ummi pd waktu ketika dahulu yang terpaksa memerah otak berfikir untuk memasak demi familinya.

Fikir punyer fikir maka keluar lah idea untuk buat kerabu meggi. Memandangkan sayur salad ada lagi kat peti ais tu, so decide utk buat kerabu meggi. 

Abi godek2 google sikit cari petua memasak kerabu....

so terhasillah kerabu meggi spt pd gambar di bawah.....yummmmiiii


banyak kkaro benda yang tak sempat dibeli tadi...
hajat nak beli sotong la, sosej ketam la...semuanya terlupa.

so, bahan2 yg diguna pakai dlm kerabu ni:
asam limau
daun salad
daun sup
lada hijau besar
ikan bilis digoreng siap
tomato
timun batang 

cara buatnya: 
toskan meggi yg direbus
letakkan bahan2 spt tomato, daun salad, lada hijau, ikan bilis dan timun 
perahkan asam limau 2 biji 
gaul biar sebati...
jangan lupa masukkan gula 1 sudu ker.1 sudu setengah ker.biar manis sikit2 gitew...
garam pun letak lah sikit...jgn banyak tau...takut masin 

ok siap gaul boleh la dimakan...

bismillah....

Tuesday, May 23, 2017

Salad Nugget

Tak tau nak wat mende ngan nugget. Kalu goreng dah selalu dibuat. Godek2 kot internet pun tak jumpa. Hanya ada resipi goreng jer.

So, semalam lepas solat asar abi gorengkan nugget. Pastu Nugget tu abi potong empat kerat gitu. Macam kiub jadinya. Gorengkan pula bijan sampai warna kecoklatan gitew! 

Ambilkan sayur salad@lobak kerinting dan potong kecil2. Masukkan juga timun batang dan tomato yang dipotong kecil2.

Letakkan dalam satu bekas besar kesmua bahan2 tadi. Rasioanalnya cuma satu, senang nak gaul. 

last bahan adalah air pencicah. Abi gunakan air pencicah ikan bakar ataupun sotong/udang. guna jenama LARIS. Masukkan air pencicah secukup rasa. Letakkan sedikit gula dan gaul hingga sebati.

Tal sampai sepuluh minit pun gaul. Dan hasilya........tadaaaaaa



Roti telor hancur

Dua hari lepas, bangun awal2 pagi menyiapkan sarapan pagi. Kesian kat hero2 asyik makan nasi dengan ayam jer setiap hari. Boring juga budak kan???huhu . So awal2 lagi abi dah sediakan menu mee goreng. 

Ala ringkas jer. Tumis bawang dan letak jer sos dan kicap tu. Sedap juga nanti InsyaAllah. Tak perlulah letak sayur. Bebudak bukannya suka makan sayur pun!

Ari ni, bekfas dengan roti telur hancur pulak. Pelik jer bunyi nama bekfes tu. Alaaaaa...telor digoreng hancur dan letakkan dalam roti. Masukkan kacang merah sikit. Kira jadi macam ala2 kebab la @ala2 roti john gitew. 


lebih kurang gini la yang dibuat pagi td.cuma yg ni lebih cantik sikit. takpe yang penting dapat masuk dalam perut.



Monday, May 22, 2017

Kenapa Allah pilih kita

ADA ORANG , ALLAH PILIH DIA UNTUK DIUJI

BUKAN ORANG LAIN TAPI DIA....

MUNGKIN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA

ALLAH NAK AJAR DIA DAN BERI DIA PENGAJARAN...

DAN BERI JUGA PELAJARAN UNTUK ORANG LAIN

USAH MENGELUH !!!

DI SITULAH KITA BELAJAR

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR ...

SEHINGGALAH KITA DAPAT MEMBEZAKAN

ANTARA KACA DAN PERMATA....

ANTARA HAQ DAN BATIL ...




N A S I H A T

HATI YANG LEMBUT AKAN MUDAH MENERIMA NASIHAT 

WALAUPUN DARIPADA SEORANG KANAK2

TAPI HATI YANG KERAS TIDAK MUDAH UNTUK MENERIMA NASIHAT

SEKALIPUN DARIPADA SEORANG MUFTI ATAUPUN ALIM ULAMAK 
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.