Alhamdulillah musim cuti sekolah tahun ni betepatan dengan musim puasa. Puasa tahun ni disambut pada hari Sabtu bersamaan 27 Mei 2017. Dapat la abi sekeluarga sambut puasa dengan mak dan ayah di kampung.
Malam tadi sempat berterawih malam pertama di masjid Nurul Hidayah Felda Kemahang 2. Imam Solat Terawih adalah imam jemputan. Dengar khabar daripada Thailand. Alhamdulillah bacaan nya sungguh merdu dan mengikut citer rasa abi.
Hari ni pergi hantar ummi mengurut badan di Kampung Bechah Laut. Lepas urut badan, terus melencong ke Bandar Baru Tanah Merah. Shoping2 sikit mana yang patut. Intai baju raya untuk hero2. Tema tahun ni baju "kurta". warna tak kisah la warna apa pun janji kurta....kurta....kurta...bukannya kuch kuch ho ta hei ...hahaha...
Tak banyak lagi kedai baju raya yang buka. Khemah pun masih terbiar kosong lagi. Yang ada hanya khemah kepunyaan "Zaleha Textile". Banyak la juga baju kurta dan jubah2 kat situ. Sempat la abi sambar kurta untuk hero yang sulong dan kedua. Untuk hero yang ke 3 & 4 takdang nak beli lagi sebab terlupa bawa ukuran.huhu
Syukur tak terkira untuk Ramadhan kali ini kerana sempat lagi hidup dan bersama keluarga tercinta especially dapat sambut dengan mak ayah.
Moga Ramadhan kali ini akan banyak membawa perubahan ke dalam diri abi , ummi dan anak2 khususnya dalam mengharungi dunia yang penuh pancaroba ini. Biarlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang bermakna dari sudut sahsiah dan ruhiyah.
4 hours ago
No comments:
Post a Comment