Sunday, May 21, 2017

BUDAYA MAKAN DI HOTEL..


Relevan kah dengan ekonomi ygtak stabil sekarang?minyak naik pun bising...
Hi-tea di hotel paling tidak RM40-45 perkepala (banyak betul makan).Boleh muat ke perut tu???

Jika makan kat kedai@restoran biasanya harga utk makan tengahari antara RM8-10.( tu pun ambik menu yg paling best)
Beza antara RM45&RM10 = RM35.
Tak membazir ke RM35 yg dibayar tu semata² untuk menjamu 'perut stokin' .Kalau lah kita berikan RM 35 kpd yg kurang berkemampuan,,,,mungkin dah 3 -4 orang dapat merasai sedeqah kita tu. Tapi kan, mungkin tak ramai yg berfikiran begitu. Mungkin ramai yg mengatakan....'alaaa skali skala makan hotel apa salahnya' huhu....

Tak nampak membazir ke kat situ?
Budaya makan kat hotel ni cukup sinonim bg yg kerja kerajaan mahupun agensi swasta.
Kalau kita ceritakan perihal harga kita makan kat makcik dan pakcik di kampung tu, gerenti ternganga mulut diorang! mungkin ada yg kata dgn RM45 tu, diorang boleh makan nasi bungkus pagi (ayam kampung contohnya) selama seminggu.

Bila la nak berhenti budaya makan ala² ahli mubazzirin ni?
Ada function sikit, makan kat hotel. Ada program sikit, makan di hotel.Kononnya nak nampak 'grand'. (bertepuk tangan la setan² kat sebelah korang makan tu.korang jer tak nampak) sekarang diorang dah ada sekutu!

Bulan puasa dah nak dekat. Memang niat tak nak membazir dlm bulan tu. Tak nak beli banyak makanan.Takut tak habis. Bulan puasa jer ke kita dilatih supaya tak membazir? Bulan lain??

Oh! hanya telahan drp umat akhir zaman.Kerana kita takut budaya ini lahir drp perancangan Dajjal yg suka kpd WOW! WOW hebatnya diorang ni...makan kat hotel...

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.