Saturday, May 20, 2017

minyak vs air



Kata orang minyak dan air tak boleh bercampur. Betul ke? Pernah tak tengok minyak dan air dalam satu bekas yang sama. Air dapat larut dalam minyak ataupun minyak larut dalam air. Bila dah larut maka kita takkan dapat kenal pasti lagi mana satu air dan mana satu minyak.

Perumpamaan ini ada betulnya. Jika diperhatikan memang air takkan bercampur dan sebati dengan minyak.Amat cantik perumpamaan ini jika kita lihat dari sudut kemasyarakatannya.

Dapat dilihat hari ini pelbagai ragam manusia yang ada. Ambil saja yang muslim atau pun yang mukmin. Mukmin ini pun 2 kategori. Satu mukmin yang soleh dan keduanya adalah mukmin yang 'asi. Walaupun sesama mukmin tapi cara hidup mereka adalah jauh berbeza.

Mukmin soleh adalah hamba Allah yang senantiasa taat pada suruhanNya serta menjauhi laranganNya. Mereka ini sentiasa mengingati Allah dalam setiap ketika dan takut untuk melakukan maksiat kepada Allah.

Mukmin 'asi pula adalah hamba Allah yang melakukan maksiat kepada Allah seperti berjudi,berzina, minum arak dan sebagainya. Mereka ini lali dari mengingati Allah. Tapi pada masa yang sama mereka masih lagi percaya kepada Allah cuma perangai atau akhlak buruk mereka sahajalah yang mencemari tittle mukmin itu.

Jadi difahami di sini mereka tidak akan dapat disatukan walaupun atas nama persahabatan lebih2 lagi atas nama perkahwinan. Mereka adalah aliran yang berbeza2. Cara hidup yang berbeza2. Satu orang ingin mencari redha Allah dengan melakukan ketaatan dan seorang lagi ingin mencari keseronokkan dunia yang bersifat sementara.

Memang betullah kata orang minyak dan air takkan bercampur!


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.