" Selamat bercuti ustaz ".
"Selamat Bercuti cikgu " .
" Selamat bercuti ustaz ! Mana ustaz pergi cuti ?"
Itulah antara kata -kata anak murid abi tengahari tadi sebelum meraka pulang ke rumah masing. Di rauk wajah terbayang 1001 keriangan di wajah anak murid abi kerana dapat bercuti panjang selama hampir 2 minggu.
Sebelum deringan loceng terakhir jam 11.45 pagi berbunyi menandakan sesi persekolahan tamat, seorang ustaz yang bertubuh gempal menaiki motosikal Yamaha Ego bernombor QMK2692 menuju ke perkarangan asrama. Di belakangnya pula sesusuk tubuh yang berlainan saiz daripada ustaz. Kurus tapi tak kering....
"aku rasa ada budak kita yang buat kerja lain ni. Disuruh bersih bilik, tak dibuatnya.Entah-entah dok melepak sambil lipat baju, masuk dalam beg.." sapa ustaz bertubuh gempal tadi.
"ummpph!memang ye pun...kalau kita tak pergi jengok, tak buat kerja budak kita syeh!" tambah cikgu Syahrul yang bercermin mata separuh jatuh ke hidung sikit. Kepalanya sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan memerhatikan gelagat budak sainsri dari jauh.
Lima minit kemudiannya sampailah mereka berdua ke asrama. Terus dibunyikan hon motor beberapa kali agar budak-budak tanbih (ambil perhatian) dan buat kerja. Ada yang berlari-lari dan masuk ke bilik semula. Ada yang curi-curi ayam jengok.
"assalamu'alaikum ustaz!"
"wa'alaikumussalam. Apa yang kamu buat? "
"Lipat baju ustaz. " jawab salah seorang penghuni bilik 204.
akan bersambung.....
2 days ago
No comments:
Post a Comment