Sejarah berulang kembali....itulah yang dapat abi kongsikan kali ni apabila selipar Jepun yang abi bawa solat Jumaat telah dikebas oleh pelajar abi sendiri. Memang tak berhati perut pelajar tu. Dah la selipar dia dikebas orang selipar diambilnya.
Macam biasa, apabila diketahui selipar dikebas budak....segera abi pecut motor YaMaHa EgO dan mengejar bas sekolah. Tiba di sekolah, abi check seorang demi seorang budak turun dari bas. Haaaaa! dah jumpa. Diambil oleh pelajar tingkatan satu. Selepas bersoal jawab dengan budak tu dan didapati bersalah ....terus abi bagi cubitan 360 darjah.Tak sakit pun....cuma sebagai pengajaran dan hukuman. (dalam hati memang geram juga sebab kaki dah sakit berjalan atas jalan panas).
Diharap benda ni tak berlaku lagi atas diri abi...Mungkinkah untuk kali ketiga akan berlaku lagi??Adakah sikap mencuri ini terus berleluasa dan sukar dibendung?Ini baruu satu kes di masjid SMKAM. Belum lagi buat survay di Masjid Negara...Masjid Nabawi....Masjidil Haram...perkara yang sama berlaku setiap hari...Tak takut Allah ke mencuri di rumah Allah ???
2 days ago
No comments:
Post a Comment