Hari ni jemaah nazir datang ke sekolah abi. Habis benda dipantaunya daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya...Nak dijadikan cerita semasa abi tengah dok ngajar bebudak form 2 bahasa Arab, tiba-tiba muncullah dari balik daun pintu 2 orang nazir dan dia menyaksikan budak abi sedang tekun buat latihan. Lalu bersuaralah salah seorang daripada mereka " siapa dapat terjemahkan ( saya pergi ke sekolah ) dalam bahasa arab ? Lalu diminta seorang pelajar jawab. Alamak salah jawapannya pelajar pertama tadi.
Kemudian seorang anak murid abi angkat tangan dan menjawabnya " ana azhabu ilal madrasah"...syukur alhamdulillah dapat juga dia jawab . Syukran jazilan kepada Najihah Yahya!
Rupa-rupanya yang soal murid abi tadi adalah seorang ustaz!
2 days ago
No comments:
Post a Comment