Masa nak beli tanah kat Setiu dulu, antara syarat yang diletakkan dalam hati tanah itu mestilah dekat dengan surau ataupun masjid. Ye lah....kan diri kita ni dah semakin hari semakin
Alhamdulillah Allah dah maqbulkan doa kami tanah yang dibeli dan tapak rumah yang didirikan boleh dikatakan tak jauh dari masjid. 5 - 7 minit sampailah ke masjid jika menaiki motor.
Alangkah terujanya abi pabila niat yang dilafazkan bertahun2 dulu dah dimakbulkan Allah. Ramadhan yang pertama di Bumi Pak Kancil sebagai saksi bahawa abi dan ummi telah sama2 ke surau untuk menunaikan ibadat solat sunat terawih. Oh...dah lama rasanya tak duduk dekat2 sambil tangan ummi memegang erat pinggang abi yang tak berapa slim ni. Tatkala itu rasa bahagia datang tiba2."Pernah juga abi bisik2 ke telinga ummi suatu hari nanti abi akan bawa ummi dengan motor. Kita sama2 ke masjid. Buat amal bekalan hari tua."
Itulah yang dikatakan bhw bahagia itu ada di mana sahaja. Perasaan kasih dan sayang itu muncul dari benak hati. Walaupun sedang menaiki sebuah skuter Honda PCX, bahagia itu tetap ada! Tak kisah lah apa orang nak kata pun. Kami tetap bahagia walaupun tak berkereta mewah, takde kediaman@banglo besar. Bahagia itu suatu yang subjektif...(teringat kata2 seorang sahabat)
Jadi,apa gunanya berharta banyak kalau hati tak tenang,apa gunanya berjawatan tinggi kalau hari2 balik lewat malam....masa tiada untuk Allah dan keluarga.
Ada orang berbanglo mewah dan berkereta mewah tapi hati tak tenang.Ada orang lain hanya rumah batu yang sederhana besar sizenya,punyai anak 4-5 orang...semuanya baik2 belaka...rasa tenteram di hati.Tenang sokmo tidak macam orang berbanglo dan berkereta mewah td.
Pesan abi, jika dah memiliki pasangan, pandai2 lah untuk hidup secara bersederhana. Nak zuhud macam Rasulullah SAW memang tak dapat dah. So, jalan terbaik adalah hidup bersederhana berpandukan syariat. Jika belum berpasangan, carilah yang hidupnya dan keluarganya sederhana.InsyaAllah hidup kan selamat!!!
Honda PCX abi yang dah hampir 2 tahun memakainya
No comments:
Post a Comment