Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan ruang masa dan kesihatan tubuh badan untuk beramal dalam bulan yang mulia ini. Hari ni dah masuk hari yang ke 13 kita umat Islam berpuasa. Amacam puasa korang semua?? seronok tak puasa? rasa letih lagi tak??
Alhamdulillah rasa letih dan dahaga tu dah dapat diatasi kerana kita telah pun berpuasa hampir 13 hari. Dah jadi biasa kata orang. Alah bisa tegal biasa. Kalau korang masih lagi letih dan penat tak taulah camner korang puasa. Tapi ia mungkin bagi sesetengah daripada kita ni yang mungkin kerjanya amat berat sedikit yang memerlukan kepada kerahan tenaga. Mungkin akan terasa.
Cuaca dah kira baik dan stabil pada Ramadhan kali ini. Asyik hujan jer. Sejuk juga rasanya bumi Allah ini terutamanya dapat hilangkan kepanasan yang sekian lama. Tanaman2 abi pun mendapat siraman yang secukupnya daripada hujan rahmat Allah SWT.
Terawih....tak lengkap puasa tanpa solat terawih. Betul tak? walaupun ianya adalah sunat muakkad tapi sebagai mukmin adakah kita hanya nak berpuasa pada siangnya sahaja sedangkan pada malamnya kita berehat? oh tidak....
Junjungan besar Nabi kita pun berteraawih pada malamnya bersama para sahabatnya di masjid sebanyak 8 rekaat. Kemudian baginda menunaikannya semula di rumahnya. Bagaimana dengan korang semua? Harap ok lah terawihnya bukannya KO!
Tapi jangan pula duk berbalah sesama sendiri pula, nak buat 8 rekaat atau 20 rekaat ? benda sunat tu takyah la nak digaduhkan atau diperdebatkan.
Ok lah...selamat melakukan ibadat puasa.
1 day ago
No comments:
Post a Comment