1 day ago
Wednesday, June 8, 2016
Ramadhan Kareem
Alhamdulillah syukur pada Allah, umat Islam di Malaysia telah menyambut 1 Ramadhan pada 6 Jun 2016 (Isnin) yang lepas. Dan bersyukur juga kerana amat bertepatan Ramadhan kali ini disambut pada musim cuti sekolah (cuti pertengahan tahun). Walaupun singkat cutinya tapi ia amat bermakna buat abi sekeluarga terutamanya dalam mengisi program Ramadhan bersama keluarga tercinta.
Tak lah terlalu banyak dan padat hanya cukup untuk mengimarahkan bulan Ramadhan ini. Dengan bertadarus bersama anak2 alhamdulillah ianya cukup bermakna buat kami sekeluarga sebagai pengikat kasih sayang.Aktiviti dibuat sebaik sahaja selesai solat fardhu secara berjemaah. Subuh,Zohor dan asar.
Sebelum berbuka pula, sempat abi berbicara sepatah dua kata sekadar peringatan@tazkirah sebelum menikmati juadah berbuka. Sembang2 jer...bukan rasmi pun macam kat masjid tu. Tajuk2 pun sekitar nikmat makanan, adab makan, bersyukur dan lain2 lagi.
Menu yang disediakan pun taklah terlalu mewah sangat. cukup dengan hidangan satu lauk dan satu sayur @ kuah. Bukan nak bakhil atau kedekut tapi sebagai satu tarbiah/didikan buat diri dan ahli keluarga. cuma ada lah ummi akan buat juga menu istimewa.Tapi tak sekerap sangat.
Tarbiah itu suatu yg wajib bagi ibubapa.Bukan pelajaran jer yg harus diberikan malah survival hidup pun harus diajar dalam keluarga. ianya tiada dalam sukatan pelajaran di sekolah.
wallahua'lam.
Kategori:
Keluarga,
sentuhan jemariku,
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment