Saturday, July 16, 2016

kuliyyah maghrib kedua

gambar dirakam oleh Cg Q tanpa arahan drp tuan punyer badan...

malam ni kena bui kuliyyah maghrib di Surau Al Falah, Kg Pok Kancil....kuliyah tafsir. Kalau ikutkan malam yg sepatutnya adalah malam khamis. Disebabkan ada permintaan drp ore kampung ianya terpaksa diaawalkan...okehhhh...abi nak study dulu...

nak cari ilmu sikit n cari ketenangan jiwa...peaaaaaaceeee!

Assalam


kemeriahan syawal di SAIS

sambutan raya di Sais begitu menggalakkan...colourful anak2 sais dan bumi sais...

plan asalnya nok berkumpul di dataran Tok Ku Paloh tp keadaan cuaca tak mengizinkan. So kita alihkan berkumpul dlm surau pula...

dan selepas tu barulah aktiviti rasmi berkumpul n makan2 di dewan besar.

Jom layan gambar yg sempat diambil oleh sang vivo...

muslimah saisians

wefie sutir wat ubat pagi2

bersama mantee2 ku....

cantiknya mereka ni mengenakan pakaian raya

madam sensei Zurina with her mantees

ayahanda pengetua menyampaikan duit raya kpd anak2 SAIS.duit raya utk cikgu2 takde ko ayahanda? :) 

with my students...sblm bergerak ke dewan.test gambar sepukul.cuaca pun dah ok


bersama oghe kuat photoshop ambo, arif n ambok a.k.a farhan

p/s: hidup ini perlu diceriakan oleh kawan2 di sekeliling.tanpa mereka diri kita akan sunyi


Wednesday, July 13, 2016

Ballighu 'anni walau ayat!

Malam tadi adalah kuliyah pertama abi di Surau Al Falah, Pok Kancil Dalam. Ermmm, dah lama tak bagi kuliyah pada orang awam@kampung. Seingat nya kali terakhir saya berkuliyah ialah bulan Mei 2011 di Taman Surau Bumiko, Miri sebelum berpindah ke Setiu. 

Rasa janggal bila sesuatu benda itu kita telah lama tak amalkan. Janggal  bila mana semua audiens tu adalah orang kampung. Selalunya adalah pelajar-pelajar. Kekok tetap kekok! 'Ala kulli hal....alhamdulillah dapat diberi dengan baik....

Tajuk pertama untuk kuliyah malam tadi adalah tafsir Surah Al Fatihah. Firstly,abi terpaksa bagi intro panjang2 kelebihan menuntut ilmu dan bekalan akhirat nanti. Syukur berjalan lancar. 

Habis kuliyah, Hj Kamil (ore yg jaga surau) mintak abi ejaskan masa mengajar kepada hari Ahad.Katanya ada orang yg tak dapat hadir pada hari Rabu dan minta spy diadakan pd Ahad. Beres!!!!!

Tak jadi masalah kerana abi tak terikat ngan mana2 surau dan aktiviti lain. Yang penting sekarang ini,,,,misi "ballighu 'anni walau ayat" tercapai di kampung tersebut.

wallahu 'alam.


Sunday, July 10, 2016

Adakalanya doa kita KIV

Rasa liat juga tubuh ni untuk memulakan kerja selepas seminggu bercuti raya. Mungkin dah jadi lembab sebab makan kuih raya yang banyak.huhu...Nasib baik anak2 tak berona time bangkit daripada tidur. Risau juga sebab hari pertama persekolahan slpas cuti. Awal2 sebelum tidur abi dan ummi dah pesan pada pada angah dan achik supaya bangun awal sbb esok sekolah. Bagi peringatan mesra!

Tiba di tempat kerja dapat kawan2 yang ceria. Ada yg berbaju raya.. Warna warni lagi. Biasanya cikgu pompuan la. cikgu laki biasa2 jer. Tiba di meja ada bungkusan plastik dan dalamnya ada buah ...oh lama tak merasa buah ni. Dulu pernah bersungut dalam hati terasa sangat nak makan buah ni. Awal tahun ni rasanya...kini dah dapat apa yang dihajati. Datangnya daripada seorang hamba Allah.

"Benda yang kita bersungut@berdoa Allah tetap dengar walaupun ianya datang dari lubuk hati yang penuh dengan noda dan dosa. Sampai satu masa nanti Allah akan maqbulkan. Belum lagi kita berdoa bersungguh2 atas tikar sejadah dan dalam keadaan berwudu'."

 Mungkin apa yang kita doakan tu, Allah Ta'ala campakkan kepada seseorang dan menjadi asbab untuk dia tolong atau hulurkan bantuan. Kalau bukan kerana Allah nescaya hatinya takkan terbuka untuk bergerak ke arah itu.

Memang betul lah firman Allah yang bermaksud: 
"Apabila seseorang hamba itu berdoa kepadaku, sesungguhnya aku ini amat dekat dengannya....aku akan maqbulkan apa yang dia hajati@doakan..."

# KIV =keep in view = tangguh 



Saturday, July 9, 2016

kemeriahan syawal

Alhamdulillah puji dan syukur dipanjatkan pada Yang Maha Esa kerana dipanjangkan umur hingga dapat menyambut Syawal @ Eid Fitri bersama keluarga,ayahanda bonda serta sahabat handai. 

Tak nak celoteh panjang2 tentang raya ni....layan jer gambar di bawah kemeriahan Aidilfitri yang disambut di rumah bonda di Felda Kemahang 2, Tanah Merah.

#jangan tanya mana gambar isteri abi. Atas permintaannya dia tak mau gambarnya disiarkan dlm blog....pemalu orangnya :) 


sehari sebelum syawal diorang bakar daging. katanya belum pernah bakar dan guna dapur arang tu. kitorang bagi jer 

ini pula ketupat hasil buatan bonda dan menantunya

wefie sebaik saja habis solat raya

best raya kan!

bonda tak lepaskan peluang bergambar dengan cucunya

my mom and I 

antara tetamu yg hadir 

bersama kawan dari KL...Adli 



Monday, July 4, 2016

Temu Murni form 3 & 5

seputar majlis temu murni yang diadakan sebelum cuti raya....












Sunday, July 3, 2016

Cinta itu pergi dan kembali

Malam ni adalah malam yang terakhir abi bersama ahli qaryah Surau Al Falah berterawih. Rasa sayu hati pulak hati bila mengenangkan penerimaan ahli qaryah yang serba kekurangan ini. 

Usai bersalaman, kami moreh sama2. Dalam sembang2 abi minta maaf seandainya semasa mengendalikan solat terawih ada yang tak puas hati ke....lambat sangat ker..dan sebagainya...terus terang abi cakap abi memang tak pandai nak baca laju2 macam sesetengah tempat. 

Salah seorang ahli qaryah menjampuk cakap abi. "kalau laju sangat, semput kami ustaz!"
Dalam nada penuh gurauan abi mencelah " ambo pun enjin lamo juga nih...nak laju2 tokleh dah..."

Seorang ahli qaryah muslimah datang dan mencelah " tenang rasa hati bila dengar ustaz baca"...

Sayu pulak rasa hati bila ada yang kata begitu pada abi. Abi bukannya hafiz Al Quran atau ahli quran. Nak baca surah2 besar jauh sekali sebab tak hafal quran. Hanya sempat hafal beberapa ayat sahaja daripada mana2 surah. 

Alhamdulillah jika mereka dapat menerima bacaan abi seadanya...syukurlah. Memang susah untuk melayan karenah dan memenuhi hajat orang kampung ni lebih2 lagi kita yang pendatang ni hanya menumpang kasih di tanah air orang. 

Ramadhan bakal pergi dan akan kembali pada tahun hadapannya. Cinta Ramadhan itu hanya akan lenyap dalam beberapa hari dan episod sahaja lagi.InsyaAllah cinta Ramadhan akan datang lagi menemui kita jika Allah izinkan pada tahun hadapannya. 

"Ya Allah,pertemukanlah daku dengan Ramadhan pada tahun hadapannya....sesungguhnya aku masih merinduinya....Amin"

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.