Friday, July 14, 2017

Kek Lapis Sarawak


Alhamdulillah hati rasa sayu sebab seorang anak murid "Arfizi Safian" yang exsainsri telah menghantar beberapa "Kek lapis Sarawak" untuk  abi dan keluarga.

Sebenarnya Arfizi ni adalah anak murid abi pada tahun 2003(kalau tak silap). Asalnya dari sekolah lain dan menyambung ke tingkatan 4 di Sainsri. Banyak kenangan bersama beliau. Kini, beliau pun telah menjadi pendidik seperti abi juga di Kota Samarahan. Syabas Arfizi!

Bila makan kek lapis tu, fikiran abi mula lah teringatkan pelbagai kek lapis Sarawak time beraya di Miri dulu.6 tahun lepas. Memang best sangat kek lapis diorang. Macam2 perisa ada. Kalau pergi ziarah kat rumah kengkawan, ada la 2 3 jenis kek lapis diorang. Abi tak lepaskan peluang untuk menjamah kesemua kek yang dihidang atas meja.

Yang pastinya kek lapis diorang memang menggamit kenangan!

Syukran Arfizi atas hantaran kek tu. Sila tunggu hantaran balas pulak dari ustaz.

The Keropok!

yang pakai baju kaler pink(tengah) itulah anak murid abi...


Sunday, July 9, 2017

Sambutan Raya di SAIS
















credit to Muizuddin and team majalah sekolah

Saturday, July 8, 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SAIS





credit to Sir Naiman dan kru bertugas

Tuesday, July 4, 2017

Malam untuk berehat

ihsan dari google

Malam untuk berehat...berhentilah bekerja. Badan penat otak letih kerana seharian bekerja. Tumpukan pada keluarga dan amal ibadat kepadaNya...

Memang cantik sangat Allah SWT ciptakan malam tu untuk hambaNya berehat.

Tadabburlah maksud firmanNya:

"dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat. dan kami jadikan malam sebagai pakaian" ....surah An Naba' (9-10)

hari ini warga SBP dikejutkan dengan kematian seorang Pengetua SEMESTI. Arwah ditemui tidak sedarkan diri dalam keretanya pada jam 3 pagi. Sebelum tu, arwah telah keluar dari rumahnya untuk meronda2 kawasan sekolah dan berehat dalam keretanya lalu tertidur terus dan selama2nya.....

Al fatihah untuk arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Digolongkan di kalangan orang2 yang beriman. 

Cuma kita yang hidup ni, berpadalah dalam melakukan kerja.Jika badan letih, berehatlah. Jangan duk kacang sangat! (loghat kelate) kelak merana badan. Mungkin arwah dah sampai ajalnya begitu. 

Gunalah waktu malam sebaik mungkin.

SELAMAT MALAM

Monday, July 3, 2017

Perangkap tikus

perangkap yang dibeli RM8

kali ni dah masuk perangkap. Abi fikir ni kali kedua si mokkus ni masuk perangkap. Kali pertama masuk abi lepaskan saja dalam semak tepi rumah tu. Kali ni masuk rumah lagi. huhu...tiada maaf bagimu lagi.

Kali ni terpaksa campak dan buang daerah jauh2. Buang ke negeri pasir berdengung. Biar hidup ngan spesis hok sama jenis situ. Cari rumah baru pulak la situ.

Nok katok biar mapus sian sangat rasanya. Nak bagi makan racun tikus takut busuk rumah pula. Takut cari tak jumpa mana perginya. Last2 pikir buang daerah la.

Apa pandangan Islam tentang tikus ni?
Boleh bunuh tak?

Fatwa mengatakan bahawa tikus ini adalah salah satu makhluk perosak juga dan boleh dibunuh.

Tapi nak bunuh tu perlulah kepada ihsan dalam membunuh. Dengan erti kata lain nak bunuh biarlah mati cepat. Jangan siksanya lama2 seperti meletakknya di tengah panas atau pun menjirusnya dengan air panas dan sebagai nya.

Kalau nak pukul biarlah dengan sekali pukulan atau dua kali dan terus mati. Jangan sampai dia terazab sakit sebelum mati.

yang ni adalah salah satu teknik membunuh dengan cepat. tikus yang terkena jerat ini akan mati @KO terus

yang ni petua nak halau tikus:
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Inikan raya II

antara mereka yang bertamu ke teratak abi raya kali ini....

anak2 Ex Saisian 



keluarga Hazran N Zul 

Keluarga Ust Hakiman Al Ahmadi 

bersama baby "Hamra' "cg Hazran 

Saturday, July 1, 2017

Inikan raya

Raya tahun ni jatuh pada hari Ahad@1 Syawal. Umat Islam di Malaysia beraya 29 hari jer tahun ni. Biasanya 30 hari.

Raya pertama hngga kelima semua disambut kat rumah ayah bonda.
Cuma raya kedua dan ketiga pergi beraya kat Tumpat dan Palekbang...

Alhamdulillah jalanraya tak la jem sangat macam tahun2 sudah.
Biasanya time raya gini memang gerun dan menakutkan la sbb jem.



 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.