Sunday, January 29, 2017

berperangai aneh

Seorang sahabat meminta tolong abi rawatkan salah seorang muridnya yang berperangai aneh. Aneh dengan erti kata lain perangainya tak sama macam dulu. kalau dulu dia (gadis) adalah seorang yang menjaga adabnya dengan orang tua. Sopan dan baik tingkah lakunya. 

Tapi kini semuanya telah berubah. Bercakap kasar dengan ibubapanya hatta dengan orang tak dikenali pun dia bercakap kasar juga. Ada juga kekadang tu yang peliknya dia bercakap seorang diri, terdengar bisikan ke telinganya. Seolah2 ada orang yang berbicara dengannya. Pernah juga berlaku ke atas diri gadis tersebut mandi dalam bilik air begitu lama. Lebih daripada 1 jam. Hingga membangkitkan kemarahan orang tuanya.

Atas inisiatif ibusaudaranya maka sigadis tersebut telah saya rawatkan dan memang ternyata ada terkena gangguan gangguan makhluk halus. Walaubagaimanapun, semasa proses rawatan makhluk tersebut mendiamkan diri dan tidak ingin berkomunikasi dengan mu'alij (abi@perawat)..hinggalah akhir rawatan tiada apa2 respon daripada makhluk tersebut. 

Di akhir sesi rawatan abi nasihatkan@memberi tazkirah agama tentang keadaan seseorang itu dirasuk@dikacau makhluk halus. Perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT dan yang paling penting sekali adalah kesabaran yang tinggi apabila diuji dengan perkara sedemikian.

Abi memberikan beberapa ayat sebagai penawar kesembuhan daripada gangguan tersebut dan perlu diamalkan dalam tempoh seminggu.

#Setiap penyakit itu ada ubatnya,berusaha dan berikhtiarlah untuk mendapatkannya.Moga ada kebaikkannya.

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.