Saturday, January 21, 2017

di sebalik musibah

Sekarang ni musim tengkujuh @banjir di Terengganu. Kelmarin, Setiu dah dilanda banjir. Sekitar Bandar Permaisuri (jalan utama berhampiran Kedai Zua) dinaiki air separas betis. Akibatnya ramai keter terpaksa parkir di tepi bahu jalan. Tak berani nak lintas air.

Tapi bagi lori n keter Hilux atau keter yang tinggi perutnya selamba jer lintas air bah tu.

semalam sempat pergi tengok air kat jalan utama situ. Dekat kedai Zua. 

Jalan utama Sg Tarom - Bandar Permaisuri 

Ada juga lori yang menyediakan perkhidmatan angkut keter. Dengar citer RM100 sekali angkut sampai ke seberang sana. Bagi mereka yang sayang pada keter mereka spy tak kena air banjir boleh la guna khidmat ni.

Keter kalau dah masuk air kat tempat sensitif, memang banyaklah kena bayar kalau rosak gak!

Tapi apa pun yang melanda bumi ini, harus dilihat melalui 2 persepsi, pro n kontra. Mungkin banyak kontranya tapi tak dapat dinafikan pro nya pun ada. 

Mungkin sebahagian makhluk Allah ada yang rasa gembira dengan kehadiran hujan ini. Mereka perlukan air sentiasa untuk kehidupan. Cuba lihat pokok2 atau tumbuh2an...mereka akan rasa gembira dan ceria bila ada hujan. Mungkin kita tak tahu kegembiraan mereka tapi itulah hakikatnya ...

Kalau tiada hujan, sudah tentu mereka kekeringan dan tercari2 atau tertunggu2 bila hari nak hujan.



No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.