Thursday, January 26, 2017

perlu sabar dalam berubat


ihsan dari google



Abi mendatangi seorang pesakit remaja yang mana dipercayai oleh bapanya bhw ada terkena makhluk halus . Semenjak dua menjak itu remaja tersebut seolah bertindak di luar kawalannya dan keluarganya merasakan bhw kelakuan itu bukan daripada remaja tersebut.
Dipendek citer@filem....selepas sesi merawat si bapa seolah merasa tertekan dengan nasib anaknya yang menghidap penyakit ganjil itu.
Merawat itu ada tahap untuk kesembuhan. Ada orang tu dengan sekali baca ruqyah jer dah sembuh. Ada orang tu beberapa kali ruqyah dan ulang alik merawat baru lah sembuh. Bergantung kepada keadaan pesakit.
Yang pentingnya dalam situasi begini, sipesakit atau ahli keluarga kena lah bersabar atas musibah yang melanda. Semuanya datang daripada Allah. Kita hanya perlu berikhtiar dan berserah pada Allah bila akan sembuh.
Macam kita makan ubat batuk, jarang orang sembuh dengan sekali makan ubat jer. selepas 4 atau 5 kali makan ubat baru lah sembuh. Begitulah kisahnya dalam hal merawat ni. sama macam makan ubat.


wallahu'alam

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.