Friday, August 18, 2017

Char Kuey Teow

Pagi2 lepas dengar kuliah Subuh, singgah kedai beli nasi bungkus. Kerabu, nasi lemak dan bee hoon. Memang waktu time cuti hujung minggu, biasanya tak masak waktu pagi. So, abi banyak beli nasi bungkus.

Tengahari perut dah mula berceroottt.Adoiiii...masak nasi dan goreng ikan kerisi. Balik jer dari solat Jumaat, terus terkam ke dapur. Baju solat pun takdan nak tukar. Hilang sabar betol.

Bila dah masuk waktu petang, mula la pikir nak makan apa ekkk? jeng kepala sekejap mmikir. Last sekali suruh along gi beli kuey teow. Hajat di hati nak buat char kuey teow. Entah jadi ke tidak...huhu
Ummi jangan masuk campur ye...Kasi ummi rileks jer. Lagipun kesian kat ummi berdiri lama2 di dapur. Kan ummi bawa baby tu.

Pastu gi buka la peti ais. Tengok apa barang yang ada. Ada la bunga kobis, karot, sawi...Abi pilih karot dan bunga kubis. Letak banyak dalam masakan pun, anak2 bukannya makan. Kita yang tua ni la terpaksa habiskan.

Dipendekkan cerita, Char Kuey Teow yang nak dibuat tadi tuh tak menjadiiiiiii. Maka yang jadinya adalah kuey teow basah. Takpo la. Anak2 semua suka. Kering kuali!



kata tadi kuey teow basah tapi tak nampak basah pun.hahaha...takpe lah..janji masuk perut

No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.