Friday, August 18, 2017

Umur 40

Sedar dan tak sedar umur abi dah nak masuk ke angka 42. Huhu. kira dah nak separuh abad la nih. Patut la sakit situ sakit sini. Apa pun abi cukup bersyukur kerana dianugerahkan nikmat kesihatan olehNya. Walaupun ada la sikit2 penyakit Hypertension tu tapi tak la tinggi sangat. Syukur sangat n selalu. 

Apa yang perlu dibuat pada umur 40 an ke atas ni???

Tatkala umur hampir mencecah 40 tahun atau telah pun mencecah 40 tahun ke atas, seseorang itu dikira sebagai orang yang matang akal fikirannya, matang tindak tanduknya,apatah lagi tutur katanya mencerminkan seorang yang sempurna pemikirannya.
Tidak seperti kebudak-budakkan feilnya. Begitu juga percakapannya tidak seperti budak darjah 3!

Sahabat Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ Qotadah رضي الله عنه - berkata, “Bila seseorang telah mencapai usia 40 tahun, maka hendaklah dia berhati-hati.” Maksudnya saat saat harus waspada.

Bahkan sahabat Abdullah bin Abbas رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak unggul mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.“

Ayuh kawan-kawan abi jom baca doa Nabi Sulaiman ini dan amalkan serta titipkan dalam setiap doa kita.


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.