Saturday, August 12, 2017

First lesson of Qiyam

Cerita yang nak dikongsikan ni bukan untuk dibanggakan. Hanya untuk share bagaimana nak tarbiah anak2 sekadar dan ikut kemampuan kita selaras dengan kehendak agama atau lebih tepat lagi berlandaskan Sunnah Nabi SAW.

Alhamdulillah kelmarin, sepertiga malam jumaat dengan izinNya dapat juga abi gagahkan bersama2 dengan anak sulong mendirikan qiyam sepertiga malam. Dalam pukul 515 pagi dah bersiap untuk solat sunat. Sebelum tu, abi suruh along tidur awal seawal jam 9.00 malam. Tapi dia tidur pukul 9 lebih juga. Syukur ....senang along bangun daripada tidur.

Dengan izinNya dapat kami dirikan solat Sunat Tahajjud dan Solat Sunat Witir. Tak nak buat solat2 sunat yang banyak. Hanya itu sahaja sebabnya ia adalah FIRST LESSON dalam mendidik anak2 solat malam@qiyamullail. Dah lama abi idam2kan namun inilah peluang yang Allah gerakkan dan gagahkan untuk sama2 mentarbiah anak dalam mencari redha Allah SWT.

Tiada apa yang mampu abi ajarkan untuk kalian@anak2 melainkan untuk menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan taat pada suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Nak diberikan harta memang tak banyak harta yang abi ada. Hanya ajaran serta didikan inilah yang mampu abi ajarkan kepada anak2 abi di akhir zaman ini. Hamba Allah yang bertaqwa Allah jaminkan kebahagiaan hidup untuknya dunia dan akhirat. Bekerja lah kat mana sekalipun ataupun apa2 jawatan sekalipun, TAQWA kepada Allah mesti berada di hadapan.

Jika anak abi seorang peladang@petani, abi tak malu. Asalkan menjadikan diri hamba Allah yang soleh dan bertaqwa. Apa guna berjawatan tinggi....lawyer,arkitek,doktor,guru, dll....kalau tiada bekalan taqwa dan amal soleh dalam diri. Kita bukan sahaja nakkan kebahagiaan di dunia sahaja semata2 malah akhirat lebih2 lagi kita tuntut dan mahu.

Amat susah untuk mendidik anak2 di abad ini lebih2 lagi di abad teknologi. Banyak kekangan dan cabarannya baik daripada ibubapa mahupun anak2 sendiri. Amat terasa hati bila terdengar ibubapa dapat solat dan bangun malam bersama2 anaknya seawal 7 tahun lagi. Ya Rabbi...daku amat lemah dalam mentarbiah generasi hari ini khususnya anak2ku.

11 Ogos inilah step pertama ke arah pendidikan berqualiti dalam keluarga abi. Doakan semoga abi dapat istiqamah dalam mentarbiah anak2. Dan kita semua sama2 dapat mengamalkan kehidupan sunnah sejajar dengan syariat. Amin.

Habis Qiyam, abi bawa along ke masjid dan dengar kuliyah Subuh. Usai kuliyah, kami makan roti canai pula sebagai pembuka selera di hujung minggu ini. Sengaja buat gitu nak suruh along rasa seronok dan tidak alergik untuk qiyam dengan abi.

Anak2 adalah aset dunia dan akhirat kita!


No comments:

 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.