Sunday, June 20, 2010

Ahlan Biki Ya Ummi

Tok mek di hadapan rumah abi sebelum dibawa bersiar-siar sekitar Miri

Ahlan Biki Ya Ummi AlMahbubah "selamat datang wahai ibuku yang disayangi"....

Walaupun dalam kesuntukan masa ibu abi datang menjengok abi di Bumi Kenyalang ini, hanya dalam tempoh 3 hari sahaja tetapi ia cukup bermakna bagi abi melepaskan rindu dan menatap wajah ibu sepuas-puasnya.

Ziarahnya ke Bumi Miri ini sambil menumpang adik dan zaujahnya ke sini untuk membuat urusan perpindahan dan penyerahan tugas di sekolah lama kerana zaujah adik abi telah dapat berpindah ke SMK Dabong, Gua Musang.

Maafkan kami ibu, kerana cuti yang panjang (hampir 3 minggu) kami tak dapat mengunjungi ibu ke kampung halaman memandangkan kos perbelanjaan tiket kapal terbang terlalu mahal dan kami tak mampu membelinya. Kami amat-amat bersyukur dan menghargai kedatangan ibu ke sini.

Monday, June 14, 2010

Hari kedua di KK

Merendam kaki dalam kolam air panas. Tak tahan lama weh. Dalam kiraan 10 je dapat. Kali terakhir dapat rendam sampai 1 minit lebih tanpa angkat kaki.


sambung sikit lagi cerita di Brunei......alkisahnya abi dah ditinggalkan oleh kawan di jalanan Brunei. Sempat makan buah langsat berkilo-kilo nak cari kawan-kawan. Nak cari kampung Air pun tak jumpa. Last sekali kami pasrah. Nasib baiklah tepon yg dibawa boleh di sms kpd kengkawan. Janji punya janji maka bertemulah semula di Masjid Hasanol Bolkiah.

Kisah di Kota Kinabalu....hari keduanya kami ke Kundasang, Ranau dan Kolam Air Panas (poring). Alhamdulillah cuaca baik semasa dalam perjalanan. Jalan yang bengkang bengkok untuk ke poring menyukarkan kami untuk drive laju. Tapi abi begitu hairan sekali bas yang begitu besar memandu dengan laju. Mungkin mereka ni dah biasa ngan jalan tersebut.

Dalam perjalanan pulang, cuaca sedikit hujan. Jalan berkabus tebal dan menyukarkan pandangan kami. Kereta dapat dipandu 10-15 km sejam. Kali ini terpaksa menuruni bukit pula. Adegan yang tak sanggup berlaku telah berlaku dalam kereta yang mana Jazlan hendak kencing. Jalan berkabus tebal dan kami tak sanggup turun untuk parkir kereta. (silap2 dilanggar orang) Apalagi botol mineral kosong jadi mangkuk tandas mengisi air mineral jazlan pula. Satu pengalaman yang susah dilupakan.

Thursday, June 10, 2010

sehari di Brunei

Masjid Omar Ali yang tersergam indah menjadi daya tarikan pelancung luar dan dalam negara

Di hadapan Masjid Omar Ali

Di hadapan Masjid Sultan Hasanol Bolkiah

Memang dah hasrat kami sekeluarga dari dulu lagi nak pi Brunei. Alhamdulillah pada tahun ni berjaya gak menjejaki kaki ke Brunei walaupun bersempadan dengan Miri tak jauh. Tidak kurang daripada 40 km.

Abi membawa Atos dengan muatan barang2 keperluan dalam rangka cuti2 Malaysia ke Kota Kinabalu. Kami bertolak seawal jam 7.15 pagi dengan ditemani keluarga Abu Imam Al Mustaqim dan Abu Syakir.

Kami beristirehat di Limbang di Hotel Purnama sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

jumpa lagi pada entri yg akan datang!
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.