Wednesday, July 31, 2013

nenek tua

Itulah yang cuba digambarkan oleh abi apabila seorang teman membelek2 foto dalam hpnya, lalu ternampaklah benda ni.

Foto tersebut telah diambil oleh anaknya sewaktu sedang bermain2. sekali tengok rupa macam rupa nenek tua. Mungkin dah beratus2 tahun umurnya. Ya makhlus halus seperti jin memang hidup lama sehingga beratus2 tahun. Hanya manusia umat Muhammad SAW yang umur mereka antara 60-70 tahun.

Kat mana makhluk ni? Ia berada di aras bawah rumah abi sahaja. eeeeeeiiiiiiii....


Saturday, July 20, 2013

Cerianya mereka

Ramadhan Kareem....

Oh anak2 abi....kekadang mengeluh juga pabila melihat anak2 ni berpuasa. Seolah-olah macam orang yang tak berpuasa. Si along dan si angah asyik bermain, bergaduh, berteriak sana sini dan macam2 lagi. Tak penat ke budak2 ni????

Seingat abi masa budak2 dulu, bila tiba je time puasa, lemah lentok sebab tak tahan. Kalau boleh tido, nak tido sepanjang hari dan tak nak buat kerja lain. Tapi heran betul dengan along dan angah ni,abi membebel hingga habis air liur ni pun tak juga dihiraunya. Memang tak boleh dok diam.

Betul orang kata, zaman kanak2 ni penuh dengan MAIN saja. Semua benda nak dimainnya. Tak kira masa dan tempat. Bila dah penat baru tido....






gambar kenangan semasa cuti sekolah yg lalu. Bersiar2 di Taman Tema Air Tengku Anis, Kota Bharu.

Monday, July 8, 2013

Ramadhan kareem

Semalam adalah hari melihat anak bulan dan menurut penyimpan mohor besar di raja ibadat puasa jatuh pada hari rabu (10 Julai).

So, abi nak ucapkan selamat menjalani ibadat puasa kepada pengunjung2 ghaib blog cerita abi ni. Semoga amal ibadat kalian diterima Allah SWT. amin.


Saturday, July 6, 2013

acara balapan dan padang

1 & 2 Julai 2013....acara Balapan dan Padang berlangsung






hasil perah otak bebudak ABAS dan gandingan mantap timbalan ketua rumah 
(abi lah tu :) ), maka lahirlah fesyen sebegini...Mana pulak perginya Maskot ni???dok sembunyi di belakang.Walaubagaimanapun tahniah sebab dapat naib johan perbarisan.





sesungut (bukan senggugut ye) lebah dicipta daripada dawai

haaa...ni rumah merah yg dapat Johan. rumah kuning kalah kepada mereka lah. Takpe tahun ni diorang menang. tahung depang kito pulak!

:: cina islam | 2013 ::: Mesir : Wajah sebenar Amerika terdedah

:: cina islam | 2013 ::: Mesir : Wajah sebenar Amerika terdedah: 27 Syaaban 1434 H. [MOD] - Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muha...
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.