Thursday, October 19, 2017
Tipu daya dunia
Camner nak tau melihat dengan mata hati??? mata hati itu adalah pemberian daripada Allah kepada hambaNya. Hamba yang selalu mentadabburkan ayat2 Nya baik siang mahupun malam, tatkala susah mahupun senang. Dari situ lah Allah kurniakan pancaindera yang keenam iaitu mata hati.
Allah berfirman yang bermaksud:
Dunia itu penuh dengan permainan dan perkara yang lagha.
Dari ayat tersebut tu pun kita dapat tau bahawa Allah ingatkan manusia supaya berhati2 dengan dunia yang diciptakannya. Allah ciptakan dunia untuk hambaNya yang soleh dan yang tak soleh.
Bagi orang soleh mereka akan jadikan dunia itu hanya sekadar tempat persinggahan dan tempat untuk mereka bercucuk tanam amal kebaikan dan kebajikan mereka. Hasilnya nanti mereka dapat lihat di akhirat sana. Itulah orang soleh. Dunia hanya berada di tangan mereka dan tidak di dalam hati mereka.
Adapun orang yang toleh@tak beriman mereka ini menjadikan dunia sebagai tempat hiburan. Seolah mereka ini tak ingat akan kematian dan Hari Kebangkitan semula. Mereka menggunakan segala isi dunia dengan hawa nafsu mereka tanpa mempedulikan amal soleh yang mereka akan bawa nanti.
Kita akan dapat melihat di dunia ini manusia akan berlumba2 dalam mencari harta. Kerja siang malam. Mereka bersaing untuk menjadi kaya raya ataupun hartawan. Mereka sanggup lakukan apa sahaja semi untuk melumpuhkan pihak lawan walaupun daripada sahabat sendiri. Yang penting mereka dapat menawan harta!
Ada yang sanggup menghiburkan hawa nafsu mereka. Siangnya bekerja untuk mencari nafkah diri mahupun keluarga. Malamnya pula untuk berhibur. Masuk kelab malam dan berpoya2 dengan lelaki ataupun perempuan ajnabi. Mereka layan nafsu mereka. Ada yang cuba untuk menipu golongan hartawan semata2 mencari sesuap rezeki haram. Oh ! tak takutkah mereka makan harta haram??
Mereka menipu golongan ini dengan body dan muka lawa mereka. Tak cukup dengan itu ditambah pula dengan kata2 manis berbaur nista. Ada yang terpedaya hinggakan berjuta2 duit lesap. Tak heran kan keluar kat paper@news "seorang Dato' ditipu berjuta2 duit oleh teman wanita". Tak perlu heran pun sebab itulah pekerjaan mereka. Menipu golongan kaya. Mereka berjaya menipu di dunia tapi adakah selamat di akhirat???Sudah pasti tidak.
Beringat lah wahai teman tentang tipu daya dunia ini. Apabila terkena atau terpalit sudah tentu amat perit dan sukar untuk kembali ke pangkal jalan.
wallahu'alam.
Tuesday, June 30, 2009
syukran Tree - Jie
Sebulan yang lepas, abi dah beli telefon yang dapat pakai 3G. Beli yang second hand je untuk kemudahan melihat anak-anak dan tak lupa juga melihat ummi ketika berjauhan. Memang Allah nak uji abi berjauhan selama 4 hari dengan mereka tu. Tapi syukur alhamdulillah abi dapat melihat wajah-wajah mereka melalui telefon 3G ni.
Saper-saper yang selalu dok keluar or out station, bolehlah beli telefon 3G untuk kemudahan anda. Kalau rindu yang amat sangat bolehlah tengok muka depa ni kat tepon !
Wednesday, September 10, 2008
Ustaz & Ustazah di "Selera Ramadhan"
Untuk makluman semua, ustaz/ustazah yang dimaksudkan adalah yang terkenal yang terdiri daripada Ustaz Wan Sohor Bani Leman, Ustaz Zawawi, Ustazah Nor Bahiyyah, Dr. HM Tuah dan lain-lain lagi. Di bulan puasa ini pun mereka masih lagi diundang menjadi tetamu dalam rancangan "Selera Ramadhan" yang disiarkan di tv3 jam 1.00 pm dan 5.00 am. Sekadar untuk melahirkan pendapat abi tentang apa yang dibuat oleh ustaz dan ustazah kita.....
Tak bolehkah ustaz/ustazah kita masuk dalam rancangan macam tu? aib kah? jatuh maruah kah? tak boleh kah mereka menyampaikan dakwah dalam bentuk seperti itu ? Kalau dulu artis yang menjadi tetamu undangan...kini ustaz pula...salahkah?
Mereka bukannya sekadar memberitahu cara masakan, bahkan turut diselitkan nasihat-nasihat agama dan pengajaran. Bukan kah itu adalah satu daripada strategi dakwah?
Rasulullah saw menyampaikan dakwah dengan berhikmah sekali. Firman Allah swt yang bermaksud:
Serulah kepada jalan tuhanMu dengan cara berhikmah dan pengajaran yang baik.
Mungkin dengan cara sebegitu, ibu-ibu yang mengikuti rancangan masakan akan secara tidak langsung mendapat nasihat-nasihat agama.
Allah menyuruh hambanya supaya masuk ke dalam Islam secara menyeluruh. Firmannya yang bemaksud:
Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh...
Ini jelas kepada kita dalam keadaan macam mana sekalipun Islam tetap diletakkan di tempat yang teratas sekali waimma kita masuk tandas mesti ada Islam iaitu membaca doa. Apatah lagi kalau dalam masakan pun kita mesti tahu adab-adab masakan, benda yang halal dan haram dan sebagainya.Bagi abi, Ustaz telah menunjukkan contoh yang baik bahawa mereka juga turun ke dapur dan boleh membantu isteri. Tidakkah itu suatu sunnah nabi menolong isteri dan membuat kerja-kerja rumah ?
Fikir-fikirkan...
wallahu'alam ...sekadar pendapat dari abi yang dhoif.
Wednesday, September 3, 2008
Fathoyif Oh Fathoyif
Bila tibanya bulan Ramadhan, gerai-gerai ramadhan di sekitar pekan Al Mafraq riuh rendah dengan orang ramai. Masing-masing sibuk dengan urusan untuk membeli juadah berbuka. Bukan sahaja di Malaysia yang mana hebat dengan pesta bazar ramadhan, di Jordan juga pun ada bazar ramadhan tapi taklah sehebat Malaysia.
Fathoyif! Fathoyif! Fathoyip! seru salah seorang penjual kuih di gerainya.
Memang gerainya khusus untuk menjual sejenis kuih sahaja, namamya fathoyif (dalam loghat arab Mafraq). Fathoyif adalah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dan diadun dengan beberapa bahan yang lain. Tak tau pulak abi apa benda lagi bahan-bahannya. Tak sempat nak belajar dari Pak Arab. Tapi bentuknya memang bulat, sebesar tapak tapak tangan dan warnanya kuning. Seakan apam di tempat kita cuma bezanya ia kosong, tak diisi dengan kacang ataupun gula. Abi kalau beli benda ni semasa belajar kat Jordan dulu, abi makannya dengan susu ataupun gula je...cicah saja ....kira oklah untuk muqaddimah berbuka....
Itulah situasi kami pada bulan Ramadhan. Gerai-gerai untuk menjual kuih muih amat sedikit sekali berbanding kat Malaysia. Kami takde cara lain untuk berbuka. Buah Tamar @ kurma sahaja rutin harian untuk berbuka. Dimakan 3- 5 biji buah tamar dan terus melahap "nasi" kegemaran kami semua.
Dulang lah tempat pertemuan rasa kasih dan sayang kami hidup bersaudara di sana. Di mana tumpah nasi dan kuahnya di situlah tangan-tangan kami bersatu. Itulah hebatnya ikatan ukhuwwah antara kami di Jordan suatu ketika dahulu....kini semuanya tinggal kenangan....
Thursday, August 28, 2008
Milik Siapa ?

Milik siapakah songkok itu ? Abi dah tengok songkok tu hampir 3 minggu berada atas bumbung. Macammana boleh berlaku ? Songkok boleh berjalan ke ?songkok boleh terbang ke ? atau ianya perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ??? Inilah situasi yang berlaku di sekolah abi.
Pada hemat abi ianya adalah angkara pelajar yang suka main-main dengan songkok. Apabila songkok tidak berada di tempatnya yang asal maka ia dimain-mainkan. Mungkin ianya dilambung tinggi dan bertenggeklah songkok tu atas bumbung....Apa nak jadi dengan budak abi ni....songkok yang berada atas kepala pun boleh dimain-mainkan lagi. Orang zaman dulu pantang main atas kepala. Memang tidak beradab kalau main atas kepala. Songkok adalah lambang kebanggaan orang Melayu. Zaman dulu, pemimpin kita pakai songkok. Askar Melayu pun pakai songkok.
Tuesday, August 26, 2008
Baju Larian Amal

kepada mana-mana pengunjung blog ni yang ingin membeli baju larian amal merdeka (t-shirt tanpa kolar) bolehlah mendapatkannya dengan abi. Tak mahal RM5 je satu. Dibahagian depan baju ada tertera logo Yayasan Amal dan Persatuan Kebajikan Islam Petroleum. Apa kelebihannya ? kelebihannya ...wang anda akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, balu, ditimpa bencana, program keagamaan dan sebagainya.
Tak mahal baju ni !!!boleh contact abi kinek towk !! maaf yeee,,,ini hanyalah bagi mereka yang tinggal di Miri sahaja. Penghantaran percuma.
Sunday, August 24, 2008
Jom ke sekolah semula
Buat anak didikku,
selamat menjalani alam persekolahan semula....
tatapilah pesan abi ini:
jangan buat nakal masa di sekolah,
jangan sakiti hati guru,
rajin-rajin buat kerja rumah,
kalau tak faham, tanya cikgu,
berkawan baik-baik...
itulah pesan ayah abi suatu ketika dulu sehinggalah abi menjadi orang berguna sehingga kini....masih terngiang-ngiang pesan ayah kepada abi walaupun ianya telah berlalu 20 tahun yang lalu. Di atas motor "Yamaha" model cdi itulah ayah abi mula berpesan. Abi memegang kuat dan erat pinggang ayah sambil telinga abi menadah untuk mendengar nasihat dan taujihat daripada seorang ayah yang hanya berkelulusan darjah enam...setiap kali ayah menghantar abi ke asrama, setiap kali itulah dia mula berpesan perkara yang sama....
Saturday, August 23, 2008
Pembikinan stiker cerita abi
Saturday, August 9, 2008
Sakit Pun Ok
Bila tiba bilik bilik warden, 2 hero aku ni takde kerja lain yang mereka buat melainkan ambil kertas dan conteng....ya lah, abi pun kesian juga tengok mereka ni kalau tinggal umah...takut umminya tension dengar suara bak halilintar...Umminya yang asyik terlantar atas katil kerana tak bermaya sebab makan sikit saja. Maklumlah masih alergic lagi. Abi kira dah ok ummi walaupun makan nasi satu kepal satu hari.....kalau tak makan langsung lagi parah.Lepas makan terus muntah.Dicampur pula dengan masalah "angin" dalam badan ummi yang belum sembuh sampai sekarang ni. Itu yang menjadikan ummi tak bertenaga.Abi tak boleh buat apa-apa...
Teringat abi salah satu buku karangan seorang sahabat abi seperjuangan (lepasan Al Al Bayt University) berjudul "Sakit pun OK"- Sahrul Azmi Sidek. Di dalamnya banyak dia mengolah tentang perjalanan hidupnya sebagai pesakit..diselitkan juga beberapa doa untuk pesakit dan motivasi.

kalau ada kawan-kawan yang berminat untuk memiliki buku ini bolehlah mendapatkannya di kedai buku Popular di Parkson, Miri. Harganya pun berpatutan.
Tuesday, August 5, 2008
Musim Exam Bermula

Sekarang ni musim exam dah mula. Semua pelajar mula sibuk untuk mentelaah pelajaran. Kalau pergi tengok mereka prep malam, senyap je....macam takde orang kat kelas. Tapi dalam senyap pun ada juga beberapa orang yang masih "tak sedar diri". Asyik buat benda lain dan sembang "tak profesioanal". Cuma pesanan abi pada mereka janganlah diamalkan study last minute. Buruk padahnya.
Beberapa tips abi nak kasi pada mereka untuk menghadapi peperiksaan:
1) Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah seperti mendirikan solat dan tidak membuat perkara maksiat.
2) Menjaga kesihatan diri seperti menghadkan aktiviti yang lasak (bola sepak dll). Dikhuatiri akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
3) Menghadkan menonton tv, membaca majalah, sembang-sembang non akademik dan lain-lain lagi kerana ia boleh menyebabkan fikiran terganggu.
4) Mengawal pemakanan. Jangan makan terlalu banyak kerana ia menyebabkan mengantuk. Kurangkan makanan yang berlemak dan pedas.
5) Bertanyakan guru jika terdapat sebarang kemusyilan berkaitan subjek.
6) Meminta redha dan doa daripada ibubapa.
Tuesday, July 22, 2008
Orang gaji (part II)

Di sini nak dikongsikan beberapa tips jika anda ingin mengambil orang indon @ mana-mana warga asing untuk jadi pembantu rumah.
1) seeloknya carilah pembantu yang mana masih anak dara atau yang belum kahwin. Jika diambil yang sudah berkahwin, lambat laun jika ia boring bekerja dengan kita dia akan cakap macam-macam (tipu) helah untuk berjumpa dengan anak @ suami.
2) kalau ada terambil juga pembantu rumah yang berkahwin dan ada anak, silalah buat perjanjian dengannya untuk tidak melepaskannya sebelum cukup 2 tahun. Di awal percubaan semasa mengambilnya, bagitau awal-awal kepadanya bahawa dia akan berada bersama kita sekurang-kurang 2 tahun.
3) Seeloknya gajinya tidak diberikan semua kepadanya. Berilah separuh daripada gajinya dan separuh lagi kita simpan. Jika berbuat denikian, barulah dia tak akan lari kerana dia akan rugi.
4) Jangan biarkan dia menggunakan handset. Handset boleh melekakanya daripada membuat kerja rumah. Dengan handset dia boleh berhubung dengan kawan-kawannya terutamanya "boy friend" dan kemungkinan besar boleh bawa orang ke rumah semasa ketiadaan kita.
5) Adakan sempadan antara kita dan dia. Seperti makan di rumah, hendaklah kita makan awal daripadanya dan jangan sesekali makan bersamanya. Kalau jarang-jarang makan dengannya takpe...kalau bergurau tu, jangan lebih-lebih seolah-olah bergurau adik beradik.
6) Selalu tegurnya jika ternampak dia buat silap. jangan pendam dan simpan dalam hati. kalau disimpan kemungkinan benda yang sama akan berlaku lagi.
7) Kalau ada duit lebih berilah apa-apa hadiah untuknya sebagai penghargaan kepadanya. Penghargaan daripada majikan kepada pekerja. Itu boleh meningkatkan lagi prestasi dan semangat untuk bekerja.
8) Jangan lupa ambil dan simpan "pasport"nya. Bawa bersama kita. Biar isteri letak dalam beg tangannya.
9) Kalau ada barang kemas tu, eloklah disimpan di tempat yang selamat yang mana anak kita sendiri pun tak tau.
10) Jangan bebankannya dengan kerja-kerja yang berat di luar kerja hariannya seperti memanjat pokok kelapa kerana boleh memenatkan badannya. Dia tu perempuan dan tak boleh buat kerja lelaki.
Friday, July 4, 2008
Bapaku tak solat

Suatu hari aku didatangi oleh seorang pelajar lelaki sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib. Biarlah aku rahsiakan namanya dan aku namakannya Amin (nama samaran). Amin menunjukkan kepadaku sejenis kayu yang diberikan oleh ayahnya kononnya kayu itu dapat menghindari jin dan syaitan. Amin bertanyakan kepadaku boleh tak dia guna pakai kayu yang diberikan oleh ayahnya itu. Aku jawab dengan nada selamba 'tak boleh' sebab ianya merupakan tangkal dan boleh memudaratkan sesuatu (HALAU JIN DAN SYAITAN). lalu aku jelaskan lagi bahawa ia termasuk dalam syirik. Si Amin tadi termenung sejenak dan tiba-tiba ia menangis. Aku pun terpaku seketika.
Sejurus kemudian Amin bersuara dengan nada yang terisak-isak dan katanya, "ustaz, ayah saya tak sembahyang". Aku tanya "macammana kamu tahu ayah kamu tak sembahyang ?".
Dia jawab "memang saya nampak dia tak sembahyang dan dia tak pergi solat Jumaat ".
"camner ngan mak kamu ?" aku tanya lagi.
"mak saya sembahyang ustaz, dia tak pernah tinggal sembahyang", katanya.
"sejak bila kamu perasan ayah kau tak sembahyang" tanyaku lagi dengan bersungguh untuk ingin tau lagi.
"sejak saya di sekolah rendah lagi..." jawabnya. tangisannya masih lagi tak berhenti tika itu. disapunya air matanya acapkali supaya tak jatuh ke pipi.
"kenapa kamu atau mak kamu tak ajak dia sembahyang ?"
"dah ajak selalu ....tapi dia buat tak endah je...." jawabnya dengan nada perlahan. Aku memerhati raut wajahnya yang mana aku kira dia malu padaku kerna tangisannya.
dipendekkan cerita....aku beri dia beberapa tips:
(1) ajaklah dia selalu sembahyang walaupun dia suka mengelak.
(2) sembahyang di hadapannya dan berdoa kuat-kuat dalam Bahasa Melayu supaya ayahnya diberi petunjuk.
(3) letakkan majalah-majalah agama (yg sebut tentang solat lagi baik) di atas meja @ ruang tamu.
(4) jumpa adik beradik ayahnya dan suruh mereka yang bagi nasihat.
(5) pasang tape, cd quran @ ceramah agama bila dia ada di rumah.
(6) jangan lupa berdoa pada Allah tiap-tiap kali lepas solat supaya Allah buka pintu hati ayahnya.
Wednesday, July 2, 2008
Pingu
Entri kali ni aku nak sentuh pasal “Pingu” iaitulah cerita kegemaran anakku. Kebanyakan daripada kita mungkin kenal siaran ni. Setakat yang aku tahu ia adalah cerita kegemaran kanak-kanak bukan dewasa.
Pingu ialah siri animasi yang mengisahkan seorang burung penguin yang nakal bernama Pingu. Siri kartun ini pernah disiarkan di
Pingu adalah satu siri animasi Switzerland siri ditujukan kepada kanak-kanak. Ia mengambarkan sebuah keluarga penguin yang tinggal di Kutub Selatan, dan terutamanya tertumpu pada kerenah anak lelaki, Pingu, dan rakannya Robbie Anjing Laut. Terdapat juga banyak adegan-adegan bertema keluarga, membuat sorotan ibu dan bapa dan adik kecilnya (selepas dia menetas) Pinga, serta beberapa watak-watak lain kecil.
Empat siri terdiri daripada 105 adegan semuanya telah dihasilkan semenjak 1986 seterusnya. Siri ini diarah dan dianimasikan oleh Otmar Gutman untuk TV Switzerland (Trickfilmstudio) dengan menggunakan teknik gerakan tanah liat.
Setiap episod adalah sepanjang lima minit, bagaimanapun satu episod siri istimewa sepanjang 20 minit ("Satu Perkahwinan Yang Amat Istimewa") juga dihasilkan, yang memperkenalkan sebuah keluarga penguin hijau.
Satu daripada ciri-ciri yang membuat Pingu satu kejayaan antarabangsa adalah hakikat bahawa terdapat tiada dialog sebegini. Kesemua dialog diberikan dalam sejenis bahasa penguin ("Pinguish" atau "Penguinese"), dipersembahkan (tanpa skrip) oleh Carlo Bonomi.
Pada 2004, Hit Entertainment membeli hak United Kingdom untuk siri (termasuk 105 adegan asal), dan menghasilkan 52 adegan selanjutnya, yang telah disiarkan pada tahun yang sama. Ciri suara baru ini pelakon Marcello Magni dan David Sant, kerana Bonomi, ketika itu berusia sekitar enam puluhan, di anggap terlalu tua.
Walaupun Pingu terletak di Antartika, dia dan keluarganya tinggal dalam iglu, yang hanya terdapat di Kutub Utara sahaja, dahulunya didiami oleh penduduk asli Inuit.
Walaupun begitu, aku tak suka anakku menonton cerita itu saja, ada juga aku belikan cd keluaran anak soleh untuknya. Hasilnya anakku dah dapat menghafal alif, ba ta sampai akhir dan juga menghafal sifat-sifat Allah. Begitu juga dengan lagu-lagu nasyid Wildan dah dapat hafal 4, 5 lagu.
Thursday, June 26, 2008
The Mystery of Anaconda
Ini adalah gambar dua ekor ular yang dijumpai semasa aku meronda asrama kelmarin. Kebetulan ada bawa sony bersama terus aku snap. Memang meremang bulu roma bila tengok ular ni....tak tau nak cakap bila kena patuk. Silap hari bulan boleh ko.
Ada kisah yang saya nak beritahu pembaca sekelian tentang ular ni. Ada seorang di kampung saya tu, rumahnya dimasuki oleh seekor ular yang besar. Lalu dibunuh ular tersebut yang berada dalam rumahnya sambil mulutnya mencabar untuk membunuh saki baki ular lagi. Keesokan malamnya ular yang lain pula datang dengan jumlah yang banyak dan begitulah pada malam yang berikutnya. Kerana tidak dapat tahan dengan jumlah ular yang terlalu banyak maka dipanggillah bomoh untuk mengusir kesemua ular tersebut. Alhamdulillah ular tersebut telah pergi.
Bomoh yang dipanggil telah menceritakan bahawa ular yang kena pukul itu adalah jelmaan jin. Oleh kerana terlalu marah pada orang itu yang telah membunuhnya maka sanak saudaranya telah mengacaunya.
Apa yang nak saya kongsikan ilmu di sini ialah apabila berhadapan dengan situasi seperti ular berada dalam rumah. Apa yang nak dibuat ??ikutilah beberapa tips ini:-
1) jangan sesekali membunuh ular tersebut, ditakuti ianya adalah jelmaan jin. Jika dibunuh akan timbul kemarahan daripada kaum kerabatnya.
2) cuba halaunya supaya keluar daripada rumah itu dengan kata-kata kita seperti "tolong keluar daripada rumah ini kerana rumah ini sudah ada penghuni'. cuba halau sebanyak 3 x. Jika ianya adalah jelmaan jin nescaya ia akan lari kerana takut dibunuh.
3) keluarkan kata-kata kepadanya seperti "jika kau tak lari aku akan bunuh kau".
4) sambil menghalaunya keluar, bacakanlah ayat kursi kerana jika ular tersebut adalah jin nescaya ia akan lari.
5) Jika ular tersebut tidak lari, maka kita bolehlah membawanya keluar daripada rumah itu seperti meminta orang lain supaya menangkapnya. Lalu bolehlah kita membunuhnya atau lepaskannya...
sekian.
Air Selusuh
Bismillahirrahmanirrahim..
Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)
Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.
Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:
1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);
2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:
- Surah Al-fatihah
- Surah al-Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa
- Doa 1
- Doa 2

3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat
4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.
5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..
Sekian, selamat mencuba! Wallahu aklam..
Tuesday, June 24, 2008
Nasi Maqlubah

Bahan-Bahan: -
1) 1/2 kg daging atau geng2nya...
2) 3 cawan beras atau lebih...
3) sedikit halia
4) 3 sudu jintan putih dikisar halus
5) 7 biji lada hitam dikisar halus
6) marjerin 3 sudu
7) garam gula
8) Asam jawa
9) 1/2 kg buah tomato dipotong nipis
10) 10 ulas bawang merah ditumbuk
11) 7 ulas bawang putih ditumbuk
12) minyak sawit
Cara Penyediaannya: -
1) daging
Gaulkan daging dengan serbuk jintan putih, halia, lada hitam dan 1/2 bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk. Perap selama lebih kurang 1/2 jam. Tumis 1/2 bawang merah dan bawang putih selebihnya dengan minyak sawit yang dicampur dengan marjerin beberapa minit sehingga nampak kekuningan. Masukkan daging yang diperap dan gaulkan dan masakkan selama lebih kurang 20 minit dengan api yang kecil. Periuk ditutup rapat.
2) Nasi
basuh beras sehingga betul-betul bersih. keringkan sekejap beras yang telah dibasuh dalam penapis selama 10 minit. Goreng setengah cawan beras tadi dalam sedikit minyak sehingga kekuningan dalam api yg kecil. Masukkan baki beras yang dikeringkan tadi dan gaulkan bersama beras yg telah kekuningan untuk 5 minit.
Masukkan daging yang di masak tadi kedalam beras yg digoreng dalam periuk dan digaul. Masukkan air secukupnya serta masukkan garam secukup rasa dan masakkan sehingga menjadi nasi. Sebolehnya dengan api yg sederhana. Anda pasti akan meleleh air liur menghidu baunya yang semerbak.. ;)
3) Tomato
tomato yang dipotong nipi-nipis digaul dengan air asam jawa secukup rasa. Jika anda sukakan masam lebihkan sedikit asam jawa tu. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. tomato ini untuk dimakan dengan nasi tadi. Kalau orang arab dia makan dengan sejenis pencicah dia mcm susu masam. jadi tomato ni lebih sesuai untuk citarasa orang melayu kita...
*petua untuk masak sedap ni kita jgn ikut sangat buku resepi. main hentam je lagi bagus.. mcm bawang.. kalau resepi kata 10 ulas.. hentam je nak masuk berapa... 10 ke 15 ke... jgn skema sgt.. baru masakan kita ada umphh... satu lagi kalau masak tak menjadi saya tak nak bertanggung jawab tau.. hehe.
from: Zamri Halim





4 Golongan manusia akhir zaman