Sunday, February 9, 2020

Tak banyak menulis di blog@FB

Tahun ni adalah tahun aku malas nak menulis di blog ataupun di FB. Bukan apa, entahlah susah nak cakap. Semenjak aku mula belajar dalam ilmu eskatologi ni, aku dah mula pasif dan tak bersemangat lagi nak berinternet....

Jadi, suatu masa nanti kita akan berhadapan dengan satu zaman yang mana teknologi sudah tiada lagi. Zaman apa tu???

Itulah zaman yang mana zaman sebelum kedatangan Dajjal, iaitulah zaman Al Mahdi. Dikatakan zaman itu adalah zaman seperti mana zaman Rasulullah saw. Bila sebut zaman seperti zaman nabi bermakna itulah zaman yang tidak menggunakan sebarang teknologi. Apatah lagi segala jenis komputer tak berguna lagi.

Kita hari ni seolah sedang menunggu zaman teknologi 5G. Barat dah mula mempromosikan teknologi 5G. Bila dah masuk alam 5G dunia semakin maju lagi setapak. Tapi sempat ke Malaysia ni nak menuju ke era 5G?

Tuesday, January 21, 2020

Permulaan Tahun 2020 yang mendebarkan

Masuk je tahun 2020 kita dah dikejutkan dengan pergolakan politik antarabangsa iaitu Iran dan Amerika. Amerika telah menyerang orang kuat Iran, Briged Jeneral Qassim Sulaimani dan mati.Akibatnya menimbulkan kemarahan rakyat Iran.

Dan Iran telah melancarkan serangan balas ke atas kubu pertahanan US di Iraq.

Rasa2 nya ye ke ?

Aku rasa kan ini satu sandiwara dan lakonan lawak antarabangsa yang dimainkan oleh kedua2 negara tersebut. Dan sebenarnya aku rasakan mereka cuba2 nak cuit atau cokek2 Rusia spy masuk campur...

Takpolah...kita tunggu dan lihat...
 
Copyright © 2017 Cerita Abi. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.